Tengku Zafrul rasa lucu difitnah beli nasi kandar guna helikopter
MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berasa lucu selepas difitnah kononnya membuat pesanan pembelian nasi kandar popular di Ipoh, Perak dihantar menggunakan helikopter.
Tengku Zafrul berkata, daripada menggunakan helikopter sebagai penghantar lebih baik beliau mengunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh membantu usahawan kecil.
Tambah beliau, gambarnya sedang makan nasi kandar yang digunakan untuk memfitnahnya di media sosial merupakan foto lama.
“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Disember 2020, tapi crop tarikh. ⠀
⠀
“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” kata beliau.
Sebelum itu media melaporkan sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular di bandar raya ini, yang lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan, sebuah helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi.
“Setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh, didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.
Sementara itu, pemilik perniagaan nasi kandar yang enggan namanya disiarkan mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.
Pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.
“Saya agak ragu-ragu juga, kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.
“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.
“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah pernah saya terima, tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.-SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lucu.. Beli nasi kandar guna helikopter? Puak-puak anti kerajaan dah bangkrap isu. Mula perbanyakkan fitnah, tanpa bukti. Juak-juaknya dapat le peluang 'kenyang sikit', jilat nasi tumpah...
1 comment:
Bangsa liberal dah ketandusan modal. Makan nasi kandar pun jadi bahan politik. Daya mikirnya macam budak darjah tiga kelas D. Patutlah kasut hitam pun jadi bahan peringkat nasional.
Post a Comment