Friday, July 02, 2021

Mabuk punya hal, pemilik restoran dikompaun RM25,000.

 

Mohamad Zainal (kanan) bertanya sesuatu kepada pelanggan sebuah pusat hiburan yang diserbu di Jalan Changkat Thambi Dollah di ibu negara, hari ini. - Foto BERNAMA

Pemilik restoran salah guna lesen dikompaun RM25,000

KUALA LUMPUR: Sebuah premis hiburan di Jalan Changkat Thambi di sini, dikesan beroperasi di sebalik lesen restoran dan kedai makan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Taktik itu terbongkar dalam serbuan sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pemeriksaan mendapati lapan individu termasuk empat wanita didapati minum minuman keras di premis itu.

Katanya, enam adalah warga tempatan termasuk tiga wanita, manakala dua lagi, masing-masing seorang wanita warga Vietnam dan seorang lelaki warga Bangladesh, berusia antara 35 hingga 46 tahun.

"Premis ini didapati memulakan operasi perniagaan jam 3 petang dan menggunakan lesen restoran dan kedai makan dan tempoh lesen sah mulai 5 September 2020 hingga 4 September ini.

"Berikutan itu, pemilik dikompaun RM25,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP manakala lima pelanggan warga tempatan, dikompaun RM5,000 setiap seorang atas kesalahan sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, dua warga asing ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.4) 2021.

Lihat siri Thaikini:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails