KUALA LUMPUR: Pemanah negara Syaqiera Mashayikh memulakan saingan hari pertama acara memanah di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan bergaya selepas mencatat rekod peribadi terbaik pada pusingan penentuan ranking acara recurve individu wanita, hari ini.
Pada aksi berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, Syaqiera, 20, menamatkan saingan di tempat ke-43 daripada keseluruhan 64 peserta dengan berjaya memperoleh 630 mata sekali gus memperbaiki rekod 619 mata dilakukan pada kelayakan terakhir Olimpik di Paris Jun lepas
Syaqiera dijadual berdepan pemanah Rusia Elena Osipova pada pusingan pertama Selasa depan.
Atlet kelahiran Segamat, Johor itu merupakan pemanah wanita ketiga negara layak ke Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).
Dalam pada itu, rekod Sukan Olimpik berjaya diperbaharui oleh pemanah wanita Korea Selatan An San selepas atlet berusia 20 tahun itu mengumpul keseluruhan 680 mata untuk memadam rekod 673 mata yang dicatat pemanah Ukraine Lina Herasymenko pada Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Khairul Annuar Mohamad dijadual turun beraksi dalam pusingan penentuan ranking acara recurve individu lelaki di venue sama, tengah hari ini. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semoga berterusan ikut syariah.
1 comment:
Beberapa di antaranya yakni menutup seluruh tubuh selain yang dikecualikan oleh Alquran. Menurut pendapat yang lebih kuat ialah muka dan dua telapak tangan. Berikutnya, tidak tipis dan tidak menampakkan bentuk badan.
pakai ketat
lambat lagi la nak ada aturan untuk umat Islam negara ni
tutup aurat
nak keluar arahan pun takut
apa cerita pas n amno
nak dapat barokah n rahmat dari Allah macam mana
ini macam punya gaya
Post a Comment