Mohamed Abdalrasool
KUALA LUMPUR: Semangat Palestin bukan yang menjalar ke seluruh dunia pada Ramadan lepas, kini turut merebak ke negara matahari terbit ketika berlangsung temasya Olimpik Tokyo 2020.
Atlet dari negara-negara Islam masih lagi sukar untuk melupakan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Islam di Gaza sehingga lebih 250 nyawa melayang.
Semalam, media melaporkan atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool menarik diri daripada berdepan dengan lawan dari Israel, Tohar Butbul di gelanggang judo pada temasya di Jepun itu.
Kejadian yang berlaku itu merupakan kali kedua di Olimpik Jepun di mana minggu lepas atlet Fethi Nourine dari Algeria juga menarik diri.
Dia enggan bertemu Butbul sebagai tanda protes terhadap Israel yang berterusan menindas rakyat Palestin.
Sepatutnya pada aksi semalam, Mohamed Abdalrasool, 28, muncul berdepan dengan Tohar Butbul dalam kelas 73 kilogram.
Sebaliknya beliau tidak memberikan sebab menarik diri daripada pertarungan tersebut, namun sehari sebelum itu muncul pada sesi menimbang berat badan.
Minggu lepas, Fethi Nourine bersama jurulatihnya mengumumkan menarik diri daripada bertanding bagi mengelakkan bertembung dengan atlet dari Israel.
Malah Nourine ketika memberitahu stesen televisyen Algeria, keputusannya menarik diri dianggap tepat, di mana baginya isu Palestin lebih besar daripada yang lain.
Fethi Nourine
Pada Mei lalu, rakyat Palestin yang dilaporkan terkorban akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza mencecah 253 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, di Gaza sejumlah 253 penduduk Palestin terkorban termasuk 66 kanak-kanak, 39 wanita dan 17 orang tua, manakala 1,948 cedera, termasuk 20 kritikal. – HARAKAHDAILY 27/7/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang wajar kerana tindakan Israel itu merupakan kejahatan jenayah perang yang biadap. Israel melancarkan serangan habis-habisan di Gaza, yang telah disekatnya selama 15 tahun.
Human Rights Watch menerbitkan laporan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut. Dalam laporan ini, organisasi menyimpulkan bahawa tindakan Israel merupakan jenayah perang.
Laporan itu menyatakan bahawa serangan ke atas Gaza adalah sebahagian dari pendudukan Israel yang sedang berlangsung. Omar Shakir, Pengarah Organisasi Israel dan Palestin, mengatakan,
"Penting juga untuk memahami bahawa pencerobohan ini mempunyai konteks yang lebih luas. Peristiwa itu berlaku pada saat Jalur Gaza ditutup sangat luas untuk dunia selama 14 tahun dan setelah percubaan diskriminasi untuk mengusir penduduk Palestin dari kediaman mereka di Yerusalem Timur yang diduduki.''
4 comments:
Jangan lupa kat malaysia ada mini zionist. Belum tahap bunuh tapi sudah berperang filosofi yg disokong kuat oleh liberal dan parti kuali.
Ada walaun mungkin terima sumbangan dari mini zionist maka untuk kos caci sesama islam. Hampeeh.
Puak munafiqun seperti puak liberal suka mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka sanggup bersekongkol dengan parti kafir harbi untuk menghina, menindas dan melemahkan dan menafikan hak Islam dan umat Islam kerana mereka telah menjual agama Islam untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia tetapi Allah tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada mereka di dunia dan akhirat.
Bahkan puak munafiqun ini sanggup menjual ibubapa mereka sendiri untuk memenuhi kehendak nafsu serakah mereka sendiri. Maka kita tidak terkejut melihat mereka kencing rakyat hingga hancing dengan pelbagai janji palsu dalam menipufesto mereka tanpa merasa malu atau segan.
Rupa-rupanya penunggang roket kafir harbi sangat suka menfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam , parti Islam dan perjuangan Islam yang membela dan melindungi agama Islam dan umat Islam.
Dengan upah dedak cap roket, penunggang roket sanggup melakukan pelbagai bentuk kejahatan, fitnah dan kezaliman untuk menafikan hak Islam dan hak umat Islam.
Ini bererti pununggang roket adalah pelacur politik murahan.
Post a Comment