Tuesday, July 27, 2021

Sidang Parlimen: C-19, S'ngor paling gagal, N9.. Anwar seperti hilang kewarasan

 

Sidang Parlimen perlihat watak sebenar pembangkang

APA yang dijadikan modal perjuangan oleh pembangkang telah berlaku semalam. Persidangan Parlimen. Angkuh, samseng, biadab dan penipu adalah label yang boleh diberi kepada pembangkang semalam. Apa yang mereka mahukan ialah undian bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk menyelamatkan kerajaan dari COVID-19.

Ketika beberapa pemimpin pembangkang diberi ruang menyatakan pandangan berkaitan usul yang dibawa oleh DAP Bruas dan Ketua Pembangkang, penyokong kerajaan hanya mendengar dengan tertib. Namun giliran pihak kerajaan langsung tidak diberi ruang. Gangguan di luar batasan akhlak dan kematangan sebagai pemimpin nyata terserlah. Ramai yang menyifatkan persidangan semalam ialah aksi dari zoo yang ditonjolkan pembangkang.

Antara isu yang menjadi asas oleh pembangkang ialah berkaitan Darurat. Mereka sangat bimbang Darurat disambung. Dalam masa yang sama mereka juga sangat bimbang pilihan raya dilaksanakan. Mereka hanya mahu perubahan kerajaan secara menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana modus operandi di Perak menukar Menteri Besar. Jatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan akan berubah seperti dilakukan oleh Tun Mahathir.

Perancangan pembangkang ternyata gagal apabila Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa Darurat tidak akan disambung dan kerajaan telah membuat keputusan pada 21 Julai lalu. Kenyataan ini membuatkan pembangkang hilang halatuju. Ada suara yang menyahut ‘kita menang’ dan ada yang menyahut ‘kenapa tak bagi tahu awal’. Suara itu ternyata dari pengikut yang hanya mendapat taklimat tanpa dijelaskan operasi sebenar pembangkang.

Anwar juga nampaknya terkejut namun beliau mula mempersoalkan kerajaan adakah ia telah dipersembahkan kepada YDP Agong. Seakan hilang rentak, Anwar mula berpusing-pusing dengan autanya. Akhirnya selepas sidang, pembangkang nampaknya bersetuju menggunakan hujah Kor Meng kononnya semua saman selepas 21 Julai tidak lagi valid. Saya rasa tak perlu diperjelaskan lagi kekeliruan yang ditimbulkan Kor Meng kerana ia timbul dari kekeliruan beliau sendiri.

Umum mengetahui bahawa Darurat ini hanya sehingga 1 Ogos. Kerajaan membuat keputusan pada 21 Julai untuk tidak menasihatkan YDP Agong untuk menyambung Darurat. Bererti Darurat akan berakhir 31 Julai ini. Perkara yang tertangguh kerana Darurat seperti PRN Sarawak dan beberapa PRK perlu dilaksanakan. Tiada kaitan dengan saman pun kerana saman telah dilaksanakan sebelum Darurat lagi.

Apa yang jelas, rakyat seluruh negara dapat melihat watak sebenar pembangkang. Mereka hanya mahu pengundian membuktikan Perdana Menteri hilang sokongan namun mereka juga sebenarnya berpecah dan masih tiada majoriti. Angka yang mahu dipersembahkan Anwar seringkali tercicir dalam perjalanan ke Istana Negara.

Pembangkang hanya mampu berusaha mempersepsikan kononnya kerajaan gagal namun mereka gagal. Mereka juga gagal membuktikan mereka adalah alternatif kepada rakyat kerana tiada apa yang mampu meyakinkan rakyat.

Selangor adalah negeri kaya PH yang paling gagal di samping Negeri Sembilan dalam mengurus COVID-19. Sebab itu Anwar seperti hilang kewarasan apabila Selangor disebut negeri paling gagal. Selangor adalah cerminan kegagalan pembangkang dalam mengurus COVID-19. Apakah mereka diharap mengurus negara? Perlu diingat, ketua jawatankuasa COVID-19 Selangor adalah Menteri Kesihatan PH. Apa lagi modal pembangkang hari ini. Kita tunggu. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 27/7/2021

3 comments:

Anonymous said...

Dah lama tak tengok SAMPAH2 PAKATAN TIADA HARAPAN bersidang didalam parlimen? Sesekali tengok dah macam majlis MONYET2 pula?

Anonymous said...

ADUN2 Pakatan Hancing Selangor GUMA GOYANG TULUR SAHAJA? Cukup bulan amik GAJI BUTA sahaja?

Anonymous said...

Selangor kini semakin PARAH, ADUN2 Pakatan Tiada Harapan tidak berbuat apa2? Cuma makan GAJI BUTA SAHAJA? CELAKA BETUL monyet2 ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails