Thursday, July 15, 2021

Tony lupa Selangor gagal -SU Politik PAS Perak.

 

...terdedah bahawa lebihan stock tersimpan di Selangor adalah tinggi dan Kerajaan Selangor gagal melaksanakan kempen vaksinasi..


SAYA terbaca komen Tony Phua, salah seorang pemikir dan perancang utama DAPH. Sejak bila DAPH berpegang dengan sikap sebegini saya pun tak tahu. Apa yang pasti ketika krisis pencemaran mengejutkan di Sim sim Johor, tiada istilah letak jawatan. Kes yang hanya berlaku di Johor zaman PH menjadi Kerajaan Persekutuan tidak berlaku di tempat lain seperti COVID-19 di seluruh dunia.

Saya tidak sepenuhnya menolak teori cadangan Tony ini. Namun apabila ia datang dari pimpinan DAP yang menjadi teras pemerintahan di Selangor, ia sesuatu yang lucu. Tony tidak meminta Exco Kerajaan Tempatan Selangor meletakkan jawatan kerana banyaknya kilang haram yang mengakibatkan pencemaran sungai di Selangor.

Paling melucukan jika kita melihat angka yang dirujuk oleh Tony itu, sebahagian besar datang dari Negeri DAPH itu. Selangor adalah penyumbang terbesar angka itu. Dari angka 11,079 , Selangor menyumbangkan 5,263 hampir separuh dari keseluruhan kes. Negeri Sembilan juga Negeri DAPH menyumbangkan 1,033 di tempat ketiga. Jika dicampur dua negeri PH tanpa melibatkan Pulau Pinang, Negeri PH menyumbangkan 6,296 lebih dari 50 peratus yang disumbangkan 14 negeri di Malaysia.

Saya menumpukan Selangor kerana ia Negeri DAPH yang konsisten penyumbang utama sekian lama. Selangor memperuntukkan angka besar kewangan namun masih di tempat pertama. Selangor ada ‘pakar’ bekas Menteri Kesihatan DAPH yang jadi penasihat. Seorang yang ditawarkan DAPH kononnya untuk membantu Kerajaan Persekutuan tetapi gagal di negeri sendiri.

Saya tidak pasti apakah peningkatan konsisten Selangor peneraju COVID-19 di Malaysia satu kegagalan atau sabotaj. Dr Mariah selaku Exco Selangor pernah menempelak Khairi Jamaludin kononnya Selangor tidak mendapat bekalan vaksin mencukupi. Akhirnya terdedah bahawa lebihan stock tersimpan di Selangor adalah tinggi dan Kerajaan Selangor gagal melaksanakan kempen vaksinasi dengan berkesan. Adalah mustahil seorang Exco Kesihatan Negeri tidak tahu bekalan vaksin Kerajaan Pusat kepada negerinya sendiri. Selangor mendapat bekalan tertinggi bulan Julai. 

“Saya menghadiri mesyuarat CITF pusat pagi ini. Alhamdulillah, Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin untuk bulan Julai. Bekalan tertinggi. Terima kasih YB Menteri (Khairy Jamaluddin),” ulas Dr Mariah dalam permohonan maaf kepada Khairi Jamaludin atas fitnah beliau sebelum ini. 

Selangor juga bertindak menggunakan sistem SELangkah sebagai satu ‘isyarat menolak’ MySejahtera yang dibuat Kerajaan Pusat. Semua negeri selaras termasuk Pulau Pinang tetapi Selangor ‘tunjuk pandai’.

Selangor juga menubuhkan task force sendiri yang kononnya pakar-pakar diketuai Dr Zul dengan peruntukan ratusan juta ringgit . Berbeza negeri lain yang memberi tumpuan penyelarasan dengan Kerajaan Pusat melalui KKM. 

Tidak perlu berhujah kepada saya kononnya COVID-19 ini tanggungjawab Pusat jika bukti tindakan degil Selangor Selangkah demi Selangkah berbeza dari Kerajaan Pusat. Adalah wajar Tony membantu Negeri Selangor milik DAPH sebelum meludah kahak hijau ke langit. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 14/7/2021

1 comment:

Anonymous said...

Kera jaan negeri Pee H pimpinan abang besar kafir harbi roket adalah kera jaan gagal kerana gagal mengawal wabak covid-19 di negeri mereka sendiri walaupun puak kaki kencing rakyat ini sibuk main wayang persepsi menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan persekutuan.

Tanpa bantuan kerajaan persekutuan, sudah lama rakyat negeri Pee H pupus atau melarikan diri ke negeri-negeri bukan Pee H kerana wabak covid-19 atau kebuluran.

Ini bererti mereka adalah spesies kepala tahi @ poli-TIKUS yang cuba membaiki labu. Labu musnah, mereka tergolek kenyang di waktu rakyat hidup menderita. Sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !

Inilah contoh puak pemimpin hipokrit muka tembok lidah biawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails