Thursday, August 19, 2021

5 Perkara, Kebijaksanaan Agong Tangani Kemelut Politik PM -Dr Kamarul Zaman

 

Agong tangani kemelut politik secara penuh bijaksana

KEBIJAKSANAAN Yang di-Pertuan Agong (YDPA) jelas terserlah di dalam cara Seri Paduka menangani isu peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Pertamanya ialah kerana setelah menerima peletakan jawatan ini Seri Paduka terus melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri caretaker sekali gus mengelakkan dakwaan memihak kerana ia adalah selari dengan amalan sebelum ini membabitkan lantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.

Keduanya ialah kerana kecepatan Seri Paduka berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara sehari selepas peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selain pemberian tempoh untuk semua 220 ahli Dewan Rakyat mempersembahkan surat akuan (statutory declaration) sehari kemudian yang membayangkan keseriusan Seri Paduka untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku sesegera mungkin.

Ketiganya ialah kerana ketelitian Seri Paduka membuat keputusan dengan melibatkan Sultan Perak di dalam sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama tersebut atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selain memanggil dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa pada 20 Ogos selaras dengan kehendak syura walaupun Seri Paduka sebenarnya tidak dituntut oleh Perlembagaan Persekutuan supaya berbuat demikian.

Keempatnya ialah kerana ketegasan Seri Paduka yang mahukan pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin dengan menitahkan supaya Perdana Menteri yang telah dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat supaya tidak akan timbul sebarang pertikaian ke atasnya sekali gus menjadikan proses pembuatan keputusan dapat dilakukan secara lebih telus dan terbuka.

Kelimanya ialah kerana kematangan Seri Paduka yang mahukan supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik selain mengingatkan supaya, demi mengharmonikan suasana, ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan, di mana ini sepatutnya mendorong parti-parti politik untuk tidak bersikap konfrontatif.

Saya amat optimis bahawa dengan kebijaksanaan Seri Paduka, yang bersungguh-sungguh mahu memastikan permasalahan yang berlaku sebelum ini akan berulang lagi, pembentukan sebuah kerajaan baru yang lebih stabil akan dapat dilakukan dengan lebih cepat sekali gus menyaksikan kemelut politik ini tidak berpanjangan dan seterusnya tumpuan akan dapat kembali diberikan kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 yang telah meragut sekian banyak nyawa dan usaha memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk kerananya.

Adalah diyakini juga bahawa pemilihan Perdana Menteri yang paling ketat dalam sejarah negara ini, khususnya titah supaya Perdana Menteri yang telah dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, akan memberi ruang yang lebih luas untuk Perdana Menteri tersebut menambahkan sokongan kepada beliau, termasuklah dengan cara menjadikan pentadbiran beliau lebih inklusif dan akomodatif sepertimana dititahkan.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/8/2021


21 comments:

Anonymous said...

Hanya yang berani kerana benar dan tidak gila kuasa akan berjuang menentang kerejaan gagal sehingga berjaya

Ada dlu yg berjuang... tapi dek kerana kunun dapat kuasa nak tegak Islam, skrg dah terbalik.

Lihat Islam apa yg mereka dapat?

Along dan riba dibenarkan waktu pkp. Untuk bantu rakyat katanya.

Menteri2 Islam sendiri langgar sop dan undang2 ulul amri. Pemimpin agama lain dlm P eNd bleh patuh pula....

Kes adib x da perkembangan.

BMF sunyi,

RUU?

Org Islam dan rakyat susah angkat bendera putih, dikeji.

Menteeeri agama dan mula setuju menteeri duit ttng TH, dah ada sesama geng pandang serius plak.

Cuma satu perkembangan jelas..

Bala covid yg lebih.

Semua di atas akan berulang di bawah pemerintahan baru

Sani said...

Rakyat boleh nilai Sama Ada bijak atau tidak.
Tapi bodohlah kalau pilih semula kerajaan yg gagal utk ganti kerajaan yg gagal.
Bodoh bebenor MP yg ada.otak letak kat Kaki.
Hanya pentingkan jawatan Dan duit.
Memang pukimak MP2 yg hipokrit

Anonymous said...

Mungkin kena buat bodoh sbb nak selamat dunia.

Orng fitnah 1 2 pembangkang dengan kes mahkamah.

Tapi x sedar rasanya 99% amano tipu/rasuah/ambil komisyen/ambil peluang atas kuasa yg ada dan paling kurang sekali biarkan penipuan berleluasa. Mereka ni kalau PH perintah lama.... penuh lokap seluruh negara.

Anonymous said...

Komisen duit torwong sapa rembat..!?

Sani said...

Duit 400juta yg diberi zaman PH,buat apa.beli mercedes ker.rakyat nak air bersih pun susah.
ITu lagi teruk.
Biasalah .bila jadikan agama alat tunggangan.inilah hasilnya dpt pengikut Yang bodoh lagi bangang

Anonymous said...

Terowong dah siap buat ke blm? Bila nk jatuh hukum?

Sapa pgg kuasa skrg

Anonymous said...

sani number yg convincing formidable dan legitimate ada lagi takkk...!!

goreng ja lebih...

Anonymous said...

Ha ha ko la rembat kot

Sampai skrg merangkak cari bukti

Anonymous said...

Anon 636 la yg kene goreng.

HiduuuP Kerajaan Melayu Islam dgn amano.

Dah bala turun kat Kedah.

Hr tu nak sangat ubah laluan air sungai ciptaan Allah tak nak kasi lalu Penang sbb kunun air tu hak negerinya.

Ingat senang2 nak 'belat' sungai bro???

Takziah kepada semua mangsa

Anonymous said...

Pasal agong tak jemput ph. Saja tanya.

Anonymous said...

Ha ha lawak la anon.

Jangan la libatkan YDPA. Baginda buat ikut kebijaksanaan dan x bleh lari dr perlembagaan. Udah geng penipu/pelompat/extrme berpakat utk majoriti, YDPA nak buat mcmana lagi?

Jangan timbulkan keraguan kpd YDPA. Ko ni kenalan rapat menteri undang2 dluntubke????

Ha ha

Anonymous said...

Alhamdullillah. Baginda ikut kebijaksanaan.

Anonymous said...

YDPA sentiasa bijaksana. Hr tu pun baginda lantik pujaan anon 709. Last sekali pujaan anon tu siap x kisah dikatakan bodoh.

YDPA lantik lain pula.

Rakyat x cerdik sj yg x faham. Sbb tula Melayu ketinggalan dr bangsa lain

He he

Anonymous said...

Rakyat gembira YDPA bijaksana. Semoga bijaksana itu dititipkan juga kpd rakyat jelata.

Anonymous said...

utk sani n gangs.. kikiki

Bang Non the power of speech..!!

It's strong, legitimit, convincing and formidable.. Tu diaa bab ni walaun yang paling terkinja kinja telan ayak lior.!!

“The support I have is conclusive.

I’m not talking about four, five or six, I’m talking about much more than that,” and I had a “strong majority”, and close to two-thirds... peeerghhh padu beb berpinau mata walaun nengornya..!! Naik mata putih walaun macam skandal orgasme walaun terkinja kinja tahan keghairahan...

Anwar said with the “strong and convincing support, the time for the Muhyiddin Yassin-led government has come to an end”. Fuyooo tak tahan teman nengor nyer..!!

Anwar urged Mahiuddin to cooperate and ensure a smooth transition...!! perrghh gila babun punya statement..!!

Akhirnya semua walaun kena goreng hangus terbakoo yeoop..!! Walaun terkinja kinja tepuk tangan kena goreng dengan brother..!!

Deyy macha..!!

Brapa banyak kali mahu kena goreng haahh..!!

Ingat tak dolu dolu Bang Non punya statement..!!

Bukan 24 bulan bukan 24 hari bukan 2 minggu bukan 2 hari bukan 24 jamm..!!
Hari ini ker Putar Jaya esok minyak turunn.!!

Tapi itu semua nyer tumpooo yeoppp..!!

Anonymous said...

Minyak naik ko meroyan..minyak bang non nk bg turun pun ko meroyan..ko dah kenapa setann???

Anonymous said...

Antara petikan ucapan bang non :-
1. Hari ni perintah, esok harga minyak turun.
2. Mahiaddin kena letak jawatan kerana tiada majoriti. Serah jawatan pm kpd saya.
3. Saya tidak gentar dgn permainan politik kotor dan jijik. (Siap dgn memek muka)
4. Saya yakin dan percaya rakyat tidak mudah terpedaya dgn politik murahan
5. Menurut Psalm 106:3: ‘Berbahagialah segala orang yang menegakkan keadilan dan yang berbuat
kebajikan pada setiap ketika’”. Petikan kitab yahudi.
6. With a clear and indisputable support and majority behind me, the government led by Tan Sri
Muhyiddin Yassin has fallen.
7. Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen.
8. Dan lain lain lagi

Anonymous said...

Lebih baik dr mengaku biar dikatakan bodoh atau bercita2 naikkan business Melayu dgn lancar "Digital Mall"

Ha ha

Anonymous said...

Lim Kit Siang yang mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri (TMP), jika Perdana Menteri (PM) datang daripada gabungan parti politik berbeza.

Agaknya dia kesian kut, lama sangat duduk di kerusi bakal pm. Kalau pm turun, timbalan naik. Boleh tahan juga nyanyuk lks.

Anonymous said...

kesian otai tokong mat sabun asyik kena game dng Anwar.

Anonymous said...

Jangan dilayan RBA sani and the gang...level otak mereka setaraf dengan lembu bila berpandukan kepada komen komen sampah mereka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails