Monday, August 16, 2021

6 lelaki Saudi ditahan ganggu seksual pelancong wanita

 

RIYADH: Enam lelaki Arab Saudi ditangkap kerana mengganggu seorang wanita yang mengunjungi ibu kota Riyadh, perbuatan yang dianggap jenayah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber pendakwaan kepada agensi berita rasmi SPA, siasatan dibuka terhadap enam warga negara berusia 20-an mengenai insiden di mana mereka mengelilingi kenderaan pelancong asing dan memperlekeh secara lisan dan isyarat.

Enam tertuduh yang mengaku salah ditangkap dan ditahan sementara siasatan sedang berjalan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Usaha untuk memerangi gangguan seksual bermula baru-baru ini di Arab Saudi, sebuah kerajaan Islam yang konservatif di mana isu keganasan berdasarkan gender masih sangat asing.

Pada Mei 2018, kerajaan menyatakan jenayah gangguan seksual boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda 300,000 riyal (RM338,938).

Sejak 2017, negara itu berusaha mengatasi perkara itu melalui kempen hak-hak wanita dengan sokongan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Namun, pembaharuan itu disertai dengan tindakan keras terhadap pembangkang, termasuk pejuang feminis.

Arab Saudi berharap dapat meyakinkan pelancong asing memandangkan negara itu berusaha mengembangkan sektor berkenaan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i). 6 lelaki Arab Saudi ditangkap kerana dituduh mengganggu seorang wanita pelancong, iaitu  'mengelilingi kenderaan pelancong asing dan memperlekeh secara lisan dan isyarat'

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun. Adakah undang-undang itu mengikut Islam dan adilkah?

(ii). Tindakan itu dikatakan 'Usaha untuk memerangi gangguan seksual bermula baru-baru ini di Arab Saudi, sebuah kerajaan Islam yang konservatif di mana isu keganasan berdasarkan gender masih sangat asing.'

Kenyataan ini sebenarnya digunakan oleh media barat untuk menghina dan memburukkan agama Islam yang sebenarnya. Begitulah biadapnya mereka dan barua-baruanya.

(iii). Tindakan keras terhadap kononnya 'pejuang (sebenarnya perosak) feminis' adalah wajar kerana mereka juga adalah barua-barua perosak agama Islam yang suci. Bab ini tahniah Saudi...


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...

No comments:

Post a Comment