Friday, August 27, 2021

Adun PAS cari dana lain bantu penduduk miskin, bukan macam P/Pinang.

 


Adun PAS cari dana lain bina rumah penduduk miskin

KOTA BHARU: Dalam tempoh tiga tahun setengah sebanyak 30 rumah di bawah Skim Rumah Duafat dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Salor.

Adunnya Saiful Adli Abu Bakar berkata, setiap tahun sepatutnya hanya tiga rumah dibina melalui peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan lebih ramai penduduk miskin dapat tinggal dalam keadaan rumah lebih selesa.

“Antara usaha yang saya lakukan mencari sendiri derma sahabat handai, sumbangan zakat dari individu termasuk agensi kerajaan dan swasta di dalam dan luar Kelantan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Sekarang kita sudah bina 27 rumah dan insya-Allah tiga buah lagi dalam proses pembinaan. Ini menjadikan semua 30 rumah semenjak selepas Pilihan Raya Umum lepas.

“Alhamdulillah sepatutnya tiga rumah dhuafat sahaja dibina setahun, tetapi inisiatif yang saya ambil dengan mendapatkan dana jumlah rumah dhuafat dapat ditambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Dun Salor di perkarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek dekat sini semalam.

Menrutnya juga syarat yang ditetapkan kerajaan negeri, penerima bantuan rumah tersebut dikategorikan sebagai keluarga miskin anak ramai termasuk anak yatim dan armalah.

Malah kata beliau Pusat Khidmat Dun (PKD) Salor turut mengadakan kerjasama dengan Pejabat Tanah dana Jajahan Kota Bharu bagi memastikan rakyat miskin yang tiada lot sendiri turut mendapat bantuan rumah. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam tempoh tiga tahun setengah sebanyak 30 rumah di bawah Skim Rumah Duafat dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Salor. ADUN terpaksa cari dana sendiri untuk membantu golongan duafat.

Bukan seperti di Pulau Pinang ADUN-ADUN yang diperuntukkan wang bantuan untuk rakyat duafat pun  beberapa peratusnya dikebas oleh ADUN_ADUNnya sendiri. Apa punya kerajaan negeri macam tuu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails