Sunday, August 29, 2021

Aghhanistan: Empayar dunia barat berkubur &bom airport.

 

Yvonne Ridley, ditawan Taliban. tapi akhirnya masuk Islam.

1. Empayar dunia berkubur di Afghanistan

AFGHANISTAN adalah contoh klasik yang membuktikan bahawa kehadiran dan campur tangan Barat dalam hal ehwal tempatan sesebuah negara akhirnya akan membawa padah. Amerika Syarikat bukan yang pertama kerana sebelum itu, Soviet Union dan British juga tewas di negara ini.

Selepas 20 tahun pakatan ketenteraan dipelopori Amerika Syarikat cuba menubuhkan dan mengukuhkan kerajaan berpaksikan Barat di Kabul, kerajaan itu akhirnya tumbang di tangan Taliban pada 16 Ogos lalu dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya lima hari.

Wartawan yang juga aktivis kemanusiaan British, Yvonne Ridley, berkata Barat mungkin tidak memahami pemikiran, ideologi atau kepercayaan Taliban, tetapi pada sama Barat tidak boleh mengharapkan kumpulan itu untuk menerima dan mengamalkan kebudayaan, sikap dan kepercayaan Barat.

Katanya, sudah sampai masa kuasa Barat berhenti campur tangan dalam hal ehwal Afghanistan dan sebaliknya menyokong dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara berkenaan yang mengalami kesengsaraan dalam tempoh yang lama.

“Rakyat Afghanistan berhak menentukan masa depan mereka sendiri. Jika rakyat mahu menyingkirkan kerajaan yang dipaksakan kepada mereka oleh Amerika Syarikat, itu urusan mereka dan bukan kita,” katanya dalam komentar portal Middle East Monitor.

Ridley terkenal apabila ditahan Taliban pada 2001 selepas menyeludup masuk ke negara itu dengan memakai pakaian tradisional burkha. Dia yang bertugas untuk akhbar Sunday Express ditahan kerana disyaki mengintip untuk Amerika Syarikat yang ketika itu hendak menyerang Afghanistan. Selepas ditahan selama 10 hari, dia dibebaskan atas dasar kemanusiaan.

Katanya, keadaan tempat ditahan adalah sangat asas, manakala pengawal bukan sahaja tidak mendera atau membuat sebarang ancaman fizikal, malah melayan dengan penuh hormat.

Dua tahun kemudian, beliau memeluk Islam. Ridley terbuka hatinya untuk memeluk Islam kerana ketika menjadi tawanan, beliau buat kali pertama membaca kitab suci al-Quran yang disifatkannya sebagai langkah pertama kembali ke agama fitrah.

“Al Quran seperti ditulis semalam untuk hari ini. Ia ibarat kaca kristal yang jernih menerangkan bahawa wanita di sisi Islam adalah sama dari segi semangat, nilai dan pendidikan,” katanya yang dibesarkan sebagai penganut Protestan.

Selain aktif menulis, Ridley menjadi penyokong kuat Palestin serta memegang jawatan Setiausaha Agung Liga Muslim Eropah.

Sementara itu, katanya sama ada suka atau tidak, Taliban kini kembali berkuasa dan mengikut maklumat kumpulan itu sebenarnya lebih suka penyelesaian diplomatik.

Katanya, kerajaan Kabul pimpinan Ashraf Ghani sebenarnya boleh mencapai penyelesaian secara aman dengan Taliban, tetapi sentiasa beranggapan bahawa Amerika Syarikat akan sedia memberi sokongan menyebabkannya tidak berbuat demikian.

Ridley berkata, Ashraf lupa terhadap senarai diktator dan pemimpin yang ditabalkan oleh Barat, tetapi akhirnya dikhianati oleh rakan mereka di Washington dan Eropah.

“Presiden Saddam Hussein (Iraq, 1979-2003), Kolonel Muammar Gaddafi (Libya, 1969-2011) dan Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia, 1987-2011) adalah beberapa contoh pemimpin berkenaan. Mereka pada suatu masa disokong Barat. Jika masih hidup, mereka pasti mengesahkan apa yang saya kata,” katanya.

Sementara itu, katanya Afghanistan masih dalam keadaan tenat akibat konflik sejak 20 tahun lalu, tetapi hanya sekarang, jumlah orang awam terkorban menjadi penting dan dilaporkan dalam media Barat.

Ketika perjalanan dari Kabul ke sempadan Pakistan selepas dibebaskan Taliban pada 2001, katanya terdapat bukti menunjukkan kawasan awam, termasuk hospital, musnah dalam pengeboman pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat.

Bagaimanapun ketika itu, katanya tiada siapa berminat terhadap bilangan orang awam yang menjadi mangsa, sekali gus menunjukkan sikap hipokrasi dan pilih kasih Barat.

Beliau juga menyelar sikap memburukkan Afghanistan sedangkan Amerika Syarikat, Britain dan negara pakatan NATO mempunyai masa selama 20 tahun, tetapi bukan sahaja gagal mengamankan negara itu, malah membawa hak kemanusiaan, persamaan wanita dan mewujudkan kerajaan demokratik bebas rasuah.

Malah, beliau mendakwa kerajaan Kabul adalah paling rasuah di dunia ini dan gagal membawa kemajuan akibat kerakusan ahli politik yang lebih mementing poket sendiri.

Sementara itu, katanya kejayaan Taliban kembali membentuk kerajaan di Kabul, meletakkan kerajaan dan media Barat dalam keadaan janggal selepas 20 tahun menjahanamkan Afghanistan.

“Kita diberitahu selepas kejadian 9/11, Taliban adalah rejim paling ganas di dunia, tetapi Taliban tidak terbabit dalam kejadian 9/11. Ini hanya naratif Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush, dan sekutunya, Perdana Menteri British, Tony Blair,” katanya.

Ridley berkata, Barat memainkan isu seperti sekolah ditutup dan kanak-kanak dilarang bermain layang-layang sedangkan siasatan wartawan mendapati sekolah yang dikatakan ditutup sebenarnya adalah sekolah terbiar akibat ketiadaan dana kewangan.

Katanya, bermain layang-layang tidak dibenarkan di bandar besar kerana tali permainan itu boleh terbelit pada kabel elektrik, sekali gus mengancam nyawa kanak-kanak dan menganggu bekalan elektrik. HARAKAHDAILY 26/8/2021

2. Letupan di Lapangan Terbang di Kabul.

JUMLAH tentera Amerika yang terbunuh dalam letupan yang berlaku di wilayah Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di ibu negara Afghanistan, Kabul, meningkat kepada 10 orang.

Sementara media Amerika mengumumkan bahawa 10 tentera mati dalam kejadian itu, Al-Jazeera melaporkan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 25 orang dan jumlah yang cedera menjadi 90 orang.

Sebaliknya, Associated Press menyatakan bahawa pegawai AS, yang tidak berkongsi nama mereka, percaya bahawa "serangan itu pasti dilakukan oleh organisasi pengganas Daesh".

Seorang pegawai Amerika yang lain menyatakan bahawa "menurut laporan awal, ada serangan bunuh diri". Sementara itu, terdengar bunyi letupan baru diibukota Kabul,padawaktu petang.


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

3 comments:

Anonymous said...

Begitulah negara Islam dan jirannya zaman skrg.

Dijajah. Kemudian bebas dan rasa bangga.

Lepas tu dijajah pula negara lain. Kemudian bebas dan rasa bangga lagi.

Keluar US, akan masuk China pula kunun nak tolong ekonomi.

Banyak negara jiran pun mcm bebas.Tapi realitinya samada dibawah pengaruh US atau Russia.

Selagi rasuah,pengkihanatan dan penyelewengan membarah dikalangan pemimpin Islam, selagi itulah x ada apa yg boleh dibanggakan dengan kebebasan.

Anonymous said...

Juga penting islam tidak berpecah. Berpecah kemudian bergabung dgn kafir lebih membahayakan. Ini pengkhianatan yg jelas dan ketara. Tiada segan silu menyindir islam untuk jaga hati rakan sekutu.

Anonymous said...

Anon 2908210937.

Lebih bahaya bergabung dgn kafir dibelakang tabir.

Hidup Melayu.... tapi kawan dan perchaya Jo Lo. Projek Melayu... subcon bangsa lain. Banyak pemimpin lain amano mcm tu.

Skrng Parti Islam extreme berkawan pula dgn amano... Last 2x5 juga. Hidup Melayu. BMF.... senyap. Melayu terus ketinggalan di tipu Melayu kerejaan M.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails