Monday, August 16, 2021

Anwar gagal pujuk kem Azmin sokong sebagai PM

 

Komen rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Anwar gagal pujuk kem Azmin sokong sebagai PM

Beberapa percubaan giat dijalankan Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari PKR tahun lalu gagal dalam objektif bagi mengalihkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang tersebut, MalaysiaNow kini dapat mengesahkan.

Difahamkan bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan menolak dengan tegas rayuan yang dilakukan beberapa utusan Anwar bagi berunding dengan mereka secara tertutup.

Agenda Daily meramalkan Anwar bakal terjerat dengan strategi yang dicaturnya, berkali-kali dipesan supaya tidak percaya gang UMNO.

Menurut sumber dari ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberitahu Malaysiakini yang Ismail Sabri sedang bertemu Zahid di Kuala Lumpur World Trade Centre, iaitu ibu pejabat Umno.

Calon PM baharu akan menjadi milik UMNO yang akan kembali menjadi dominan di Putrajaya nanti.

UMNO kini sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menerima calon PM mereka iaitu Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kem Ismail Sabri sebelum ini berusaha meyakinkan kem Zahid agar kembali kepada PN dengan Ismail sebagai pemimpinnya.

Menurut mereka, ia konsisten dengan desakan kem Zahid bahawa Umno yang patut memimpin kerajaan.

Ini membuktikan bahawa Presiden PKR itu nyata sama sekali menerima jalan sukar untuk menjadi PM seperti yang dicita-citakannya.

No comments:

Post a Comment