Saturday, August 21, 2021

AS kalah perang.. Penduduk Afghanistan kibar bendera negaranya!

 

Penduduk dilihat mengibarkan bendera Afghanistan sempena ulang tahun kemerdekaan ke 102 negara itu di daerah Wazi Akbar Khan, Kabul. - Foto AFP

KABUL: Beberapa rakyat Afghanistan turun ke jalanan sambil mengibarkan bendera negara semalam bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 102 negara itu,

Tindakan berani itu dilakukan beberapa hari selepas pejuang Taliban merampas kuasa dan mengibarkan bendera pergerakan mereka di bangunan kerajaan.

Seorang kakitangan AFP melihat sekumpulan lelaki dan wanita ,mengibarkan bendera berwarna hitam, merah dan hijau berhampiran Wazir Akbar Khan tanpa menghiraukan sebuah trak membawa pejuang Taliban yang melintasi mereka.

Trak itu bergerak perlahan dan pejuang Taliban hanya memerhatikan kumpulan rakyat Afghanistan itu, namun kemudian meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan mereka.

Bekas pemimpin Afghanistan, Amanullah Khan, mengisytiharkan kemerdekaan pada 1919 selepas perang Anglo-Afghan ketiga dan sejak itu, Afghanistan memiliki beberapa bendera.

Bendera terkini adalah pada 2013 yang menggunakan tiga garis melintang berwarna hitam, merah dan hijau, dengan tertera lambang negara berwarna putih.

Rabu lalu, pejuang Taliban melepaskan tembakan untuk menyuraikan puluhan warga Afghanistan di Jalalabad yang mengibarkan bendera itu menjelang hari kemerdekaan.

Malah, terdapat laporan tidak rasmi mengenai tembakan dilepaskan di Kunar semalam dan Twitter menunjukkan sejumlah kereta dan motosikal bergerak di Asadabad sambil mengibarkan bendera Afghanistan.

Media sosial turut memaparkan orang ramai bersorak kepada seorang lelaki yang memanjat tiang bendera di Medan Abdul Haq, sebelum mengikat bendera itu pada tiang berkenaan.

Hantaran Twitter lain menunjukkan puluhan penunjuk perasaan membawa bendera berkenaan dan berarak di jalanan di ibu negara itu.

Bendera Taliban berwarna putih yang tertulis kalimah syahadah dinaikkan di kebanyakan lokasi di Afghanistan selepas mereka kembali berkuasa dengan pantas iaitu hanya 11 hari.

Semalam, Taliban mengeluarkan satu kenyataan yang mengiktiraf hari kemerdekaan Afghanistan dan kekalahan empayar British serta pendudukan Russia yang berakhir pada 1989.

Kini, Taliban menyifatkan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu selepas 20 tahun sebagai kebanggaan besar bagi Afghanistan. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAS nampaknya bakal dicop sekali lagi sebagai gagal dan kalah dalam peperangan. Selama dua dekad 1955 hingga 1975, sekurang-kurangnya 50,000 korban di pihak AS terjadi dalam perang Vietnam.

Ketika era tersebut, teknologi persenjataan masih belum secanggih kini. Akan tetapi era milenium ini menyebabkan angka kematian menjadi rendah, walaupun kemusnahan adalah sangat besar.

Malah kematian di pihak musuh juga adalah besar terutamanya apabila senjata kimia dan biologi digunakan dalam peperangan sebagaimana yang berlaku di Iraq dan Syria.

Perubahan kepimpinan AS menyebabkan dasar luar mereka juga berubah. Biden melalui kenyataan media bertarikh 10 Ogos menyatakan Afghanistan bukan lagi masalah Amerika.


Ia perlu diselesaikan oleh warga Afghanistan sendiri. Keadaan yang sama juga apabila AS di bawah Presiden Trump mengambil keputusan keluar daripada Iraq dan Syria. Jelas AS bertindak sedemikian selepas terbukti mereka gagal dalam peperangan yang dicetuskan oleh mereka sendiri.

Pemimpin AS bersikap lepas tangan meninggalkan negara tersebut setelah terbukti mereka tidak mampu memenangi peperangan tersebut. Jelas sekali, Taliban gagal dimusnahkan oleh AS walaupun bertapak selama 20 tahun di negara tersebut.

Bukan sahaja AS, Nato juga menerima tempias, dimalukan dengan kegagalan mengawal sebuah negara kecil yang miskin dan tidak mempunyai teknologi secanggih mereka.

Malah kelihatannya AS dan Nato mempunyai agenda peribadi apabila keluar dari Afghanistan dan membiarkan Taliban menguasai negara tersebut. 

Keupayaan luar biasa yang dimiliki Taliban juga menunjukkan bahawa AS dan sekutunya dengan sengaja membiarkan Taliban berkembang, mendanai malah menyediakan strategi berkaitan agar kerosakkan di Afghanistan akan berterusan.

Natijahnya nanti, AS dan sekutunya mempunyai alasan untuk menyerang semula negara ini atau menjadikan Afghanistan sebagai hub untuk menjatuhkan Iran dan lain-lain ‘musuh’ yang dikenal pasti berdasarkan kepentingan geopolitik mereka. 

Begitu jahatnya mereka!

1 comment:

  1. Salah Strategi Anwar kecundang lawan musuh politiknya. UMNO kembali menguasai Putra Jaya semula. Tony Pua salahkan Anwar.

    Pasukan think tank Anwar tidak mempunyai stratrgi yang tepat. Setelah Datuk Sabri Ismail dilantik PM ke 9 sepatutnya DSAI tidak perlu menyerang PM Datuk Sabri. Sepatutnya PN di biarkan berkuasa sebab terlalu banyak kelemahan dalam kerajaan Mahiuddin.

    Kabinet yg ramai tidak berfungsi dan polisi yg flip flop di setiap kementerian. Era Ismail Sabri tentunya ini akan diperkemaskan maka peluang think tank DSAI tertutup semula. Cipta lagi yg persepsi baru oleh pasukan DSAI.

    Sepatutnya pasukan think tank DSAI perlu hapuskan politik Tun dan legasinya dari bangkit menyerang DSAI. Tapi pasukan think tank DSAI samgat gelojoh untuk menyerang Mahiuddin. Setelah Tun tidak boleh bangun menyerang DSAI maka strategi seterusmya adalah Sabri Ismail.

    Sepatutnya DSAI halakan serangan kepada Tun Mahathir dan legasi Tun selama lamanya. Tun adalah musuh DSAI sudah berdekad lamanya. Hapuskan musuh DSAI satu per satu. Maka DSAI hanya perlu tumpukan pada musuh politiknya seterusnya iaitu PN.

    Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua, yang mempersalahkan pembangkang yang menyaksikan Umno kembali berkuasa.

    "Ditendang keluar dari kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk. "Tetapi berperanan utama yang membolehkan Umno kembali berkuasa? Satu tamparan,” katanya dalam satu catatan Facebooknya malam ini.

    Pua merujuk kepada kejatuhan Pakatan Harapan tahun lalu, dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang untuk mengasak pentadbiran Perikatan Nasional sehingga menyebabkan pengunduran diri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

    Ahli Parlimen Damansara itu sebelum ini lantang membidas idea menjatuhkan Muhyiddin, kerana bimbangan bahawa tindakan berkenaan akan menyebabkan Umno kembali berkuasa.

    Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini menyoal apakah kerajaan baru Ismail sabri akan menawarkan tawaran serupa kepada pembangkang.

    Dalam hal ini salahkan Anwar Ibrahim yang pentingkan numbers sedangkan Tony Pua mengetahui Anwar tiada majority. PM ke 8 sudah menawarkan bipartisan tetapi ditolak mentah oleh Anwar dan puak reformasi.

    Akhirnya Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini secara tidak langsung mencadangkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan, selepas presiden Anwar itu gagal memperolehi numbers majoriti ahli Dewan Rakyat.

    Membiarkan Tun menyerang DSAI bila bila masa adalah kelemahan strategi pro reformasi. Hapuskan Tun dan legasi kekayaan anak beranak dan akhlak anak cucu jadi senjata ampuh melenyakan Tun dan legasinya.

    Gunakan strategi yang betul DSAI boleh berjaya menundukkan musuh politik dengan cepat. Membiarkan Tun menyerang bila bila masa menyebabkan hilang fokus pengikutnya.

    ReplyDelete