Perenang Australia, Emma McKeon meraikan kejayaan memenangi emas acara gaya bebas 50m Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. - Foto AFP.
KL: Bolehkah dengan tidak berpakaian 1/2 telanjang begini, yakni memakai pakaian beradap menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, peserta yang menang dapat merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo ini? Weblog Ibnu Hasyim bertanya.
"Kalau tidak boleh, hal inilah yang perlu diperjuangkan oleh negara umat Islam, dalam memaju dan mengembangkan arena sukan ke seluruh dunia." kata editornya.
Beliau merujuk kepada perkembangan sukan di salah satu negeri di negaranya, yakni pada tahun ini, negeri Terengganu mengorak langkah kehadapan dengan menghantar Azreen Nabila Alias, ratu pecut Terengganu ke temasya sukan dunia mewakili Malaysia. Ertinya sekali gus mengangkat mengangkat imej dan konsep 'patuh syariah dalam sukan' dan memperkenalkan konsepnya ke peringkat dunia.
Menurut beliau lagi, beberapa hari lepas juga tular di media sosial mengenai ahli pasukan gimnastik Jerman memakai full body suit sebagai usaha untuk mengubah persepsi orang ramai dan menentang perempuan dijadikan simbol seksual dalam arena sukan. (https://www.reuters.com/…/gymnastics-german-team-wears…/)
Begitu juga pasukan bola tampar pantai dari Norway sedia membayar denda kerana tidak mahu memakai bikini dan memilih memakai seluar pendek. (https://www.nytimes.com/…/norway-beach-handball-team.html).
"Nampaknya atlet wanita bukan Muslim juga mula memperjuangkan dan menolak pakaian yang mereka rasakan memanipulasi wanita sebagai objek seksual walaupun sudah pastinya falsafah mereka tidak sama dengan konsep patuh syariat pakaian sukan Islam."
Jelas editor Weblog Ibnu Hasyim.
Berita hari ini: OLIMPIK, McKeon rangkul emas ketiga di kolam renang
TOKYO: Perenang Australia, Emma McKeon memenangi emas acara gaya bebas 50 meter (m) iaitu kejuaraan ketiga dan pingat keenam dari Pusat Akuatik Tokyo pada temasya Sukan Olimpik 2020 di sini, sebentar tadi.
Atlet berusia 27 tahun itu turut mencatat rekod baharu Olimpik dengan kepantasan 23.81 saat bagi mengenepikan cabaran wakil Sweden dan pemegang rekod dunia, Sarah Sjostrom (24.07) dan perenang Denmark, Pernille B lume (24.21).- AFP
Kuartet wanita Australia meraikan kejayaan memenangi acara 4X100m berganti-ganti rampaian pada Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. - Foto EPA.
No comments:
Post a Comment