Siri 2: Cara Lendir Siput Babi Digunakan Dalam Penghasilan Kosmetik
Dulu musuh, kini kawan baik.
Begitulah gambaran kepada hubungan antara petani dan siput babi. Suatu ketika dahulu, siput babi ini dianggap sebagai ancaman dan perosak kepada tanaman di Thailand.
Kini, siput babi mampu membuatkan para pekebun tersenyum, tidak lagi dicampak ke tepi jalan malah siap diternak lagi kerana haiwan ini mendatangkan pendapatan lumayan.
Para penternak sentiasa memastikan siput-siput babi ini sihat sejahtera dan ‘gembira’ dengan cara memberi sayuran hijau organik agar dapat menghasilkan lebih banyak lendir yang berkualiti.
Malah siput-siput ini turut diberi ‘cuti’ daripada proses ekstrak selama 4 bulan setiap tahun bagi mengelakkan mereka berasa stress.
Lendir siput ini ‘diperah’ dengan cara menitis air ke atas kelenjarnya menggunakan pipet bagi merangsang penghasilan lendir.
Kemudian, bahan mentah ini dijual kepada syarikat kosmetik di Thailand sebelum dieksport ke Amerika Syarikat dan Korea Selatan di mana trend kecantikan sedang meletup.
Bayangkan, serum dan pelembap yang disapu pada muka dengan lekit-lekit sehingga cantik berkilat itu sebenarnya lendir siput babi.
Image by Myriam Zilles from Pixabay
Krim siput babi ini dikatakan mengandungi bahan kolagen dan elastin yang akan melembapkan kulit dan menghilangkan kedut serta parut pada wajah.
Selain Thailand, negara-negara seperti Chile, Itali dan Perancis turut membuka ladang siput babi secara besar-besaran.
Kalau anda nak tahu, nilai lendir siput babi dalam industri kosmetik (RM 239,200 per kg) sekarang ini lebih tinggi berbanding emas (RM189,800 per kg).
Oleh itu, marilah kita sama-sama ternak siput babi.
Berdasarkan kajian dan kesimpulan yang dibuat oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan kosmetik (bukan untuk pemakanan), penternakan dan jual belinya adalah harus, halal dan sah kerana manfaat yang terhasil daripadanya.
5 comments:
Rakyat semakin sengsara hilang/kurang pendapatan.
Simpanan semakin susut.
Perbelanjaan semakin kurang.
Nak bankrap bleh try jadi usahawan sekarang.
Betui tu. Bila kerajaan beri sedikit kelonggaran, bukan makna wabak dah kurang. Tapi lebih kpd bantu aktifkan ekonomi. So masih perlu berjaga jaga. Nyawa ada satu je.
Jho Low pasang perangkap kenakan Najib wang 1MDB.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlalu baik dengan kamu.
Dalam jawapan bertulis, Mohd Hazem memberitahu, pada 22 Mei 2014, rentetan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB, membuat pinjaman sehingga AS$300 juta (RM1.2 bilion), sebagaimana yang telah dirancang oleh ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.
Menurutnya, Pada 26 Mei 2014, 1MDB Energy Holdings Limited memeterai perjanjian Facility Agreement dengan Deutsche Bank AG untuk membuat pinjaman AS$250 juta (RM1.1 bilion).
Katanya, Deutsche Bank AG dipilih untuk membuat pinjaman AS$250 juta (RM1.1 bilion) dan AS$975 juta (RM4.1 bilion) pada tahun 2014 kerana ia adalah pilihan Jho Low.
Adakah Jho Low memasang perangkap untuk menganiaya Datuk Seri Najib? Namun, apa yang jelas, CEO 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman yang seharusnya dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram dan bukannya Datuk Seri Najib.
1MDB dijadikan “modal” untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun yang lalu. Kini kes tersebut sedang dibicarakan. Semalam ketika perbicaraan sedang berlangsung, dalang sebenar 1MDB didedahkan.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman seharusnya dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram dan bukannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memetik sumber, Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendapati jutaan wang 1MDB dipindahkan ke beberapa syarikat tanpa pengetahuan Bank Negara Malaysia (BNM).
Mohd Hazem memberitahu yang beliau tidak pasti berhubung kebenaran daripada BNM untuk memindahkan wang terbabit.
“Ketika memindahkan wang-wang itu, kamu mempunyai kuasa dalam 1MDB, adakah kamu mendapat kebenaran daripada BNM?” soal Muhammad Shafee.
“Saya tidak pasti,” jawab Mohd Hazem.
Muhammad Shafee: Wang ini dipinjam dari Deutsche Bank AG, adakah kamu setuju, kamu tidak mendapat kebenaran (BNM), ini satu kesalahan?
Mohd Hazem: Ya
Sudah2la.
Klau Jib x curi pun, dia salah sbb beri kepercayaan secara terus tanpa penelitian kpd sesorng utk kendali berbillion. Rasanya klau duit dia sendiri satu sen pun dia akan check. Kecualilah dia x cerdik sangat.
Anon....
Boleh kasi duit ko kat si mamat nak urus buat pelaburan? Untung berbillion ni.
Post a Comment