Gangguan Seksual, Ebit Lew Didakwa, Ini penjelasan..
Polis telah merekodkan keterangan daripada pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew, yang lebih dikenali sebagai Ebit Lew, untuk membantu siasatan mengenai dakwaan gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kenyataan Ebit Lew dirakam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Khamis (19 Ogos).
“Kami merakam kenyataannya untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.”
Datuk Seri Abd Jalil Hassan mendesak semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut kerana boleh membahayakan siasatan.
Menurut Ebit Lew, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pagi tadi adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.
“Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana.”
“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya kepada media sejurus keluar dari Bukit Aman, pada jam 2 petang tadi.
Tambah Ebit Lew, polis merakam kenyataannya selama lebih dari satu jam dan dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Peguam beliau, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata setakat ini, polis mengatakan Ebit Lew tidak perlu dipanggil lagi berkaitan dengan kes ini.
Baru-baru ini rakyat Malaysia telah didedahkan mengenai penjelasan terperinci daripada pihak Nadir Al-Nuri menerusi laman Telegram. Susulan isu hangat melibatkan tiga individu utama iaitu Ebit Lew, Caprice (atau nama sebenarnya Ariz Ramli) dan Nadir, pelbagai respons dan tamparan hebat dapat dilihat di seluruh platform media sosial. Ada yang memberi reaksi secara positif dan ada juga … Continue reading
Selepas menerima pelbagai soalan, cacian dan fitnah daripada orang ramai yang sama sekali tidak mengenalinya, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir akhirnya tampil memberikan pandangan peribadi menerusi platform Telegram tentang ketibaan pasukan Ustaz Ebit Lew ke Palestin bagi menghulurkan bantuan. Walaupun tidak mengenali Ebit Lew secara dekat, Nadir amat kagum dengan usaha … Continue reading
Pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew iaitu Arief Farhan tidak berdiam diri apabila namanya dipetik sebagai insan yang ‘buat hal’ dalam isu pendakwah bebas itu. Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, Arief tampil menjawab semua tohmahan yang dibuat oleh Caprice kerana ia melibatkan imej Ebit Lew. Arief menjawab isu utama yang dibangkitkan Caprice menerusi satu hantaran … Continue reading
Malaysia-Indonesia nyata komitmen untuk tingkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi
By Saidati Adha -August 23, 2021 • 11:32 PM0
Tahniah eratkan lagi hubungan kerjasama dengan Indonesia. Presiden Indonesia, Joko Widodo mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.
Menurut satu kenyataan dimuatnaik di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerima panggilan daripada Jokowi petang tadi turut menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dua hala.
“Petang tadi saya menerima ucapan tahniah daripada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi). Dalam perbualan kami, Jokowi mendoakan agar hubungan Malaysia dan Indonesia terus kukuh.
“Saya juga menyampaikan hasrat untuk melihat hubungan rakyat antara dua negara terus akrab dan harmoni. Jokowi dan saya juga turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi”, katanya di Facebook.
Dalam pada itu di Twitter Jokowi menyatakan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia yang terjalin baik selama ini akan terus diperkukuhkan.
Syukur alhamdulillah kerjasama dengan tetangga serumpun lebih banyak manfaat dengan Indonesia. Tahniah Petronas jumpai sumur migas lagi di Indonesia. CSR Petronas buka mata rakyat Indonesia. Exxon Mobil Chevron di Indonesia hadapi tamparan bila Petronas memasuki pasaran migas carigali patrolium di Indonesia.
Masa untuk Malaysia dan Indonesia meminggirkan Singapura yang lebih suka buat onar sesama tetangga.
Tinggalkan Singapura enemy at the gate langkah terbaik Malaysia Indonesia.
2 comments:
Bila persepsi fitnah jijik sudah menjalar pada manusia marhean...

Post a Comment