PAS dilihat tidak condong ke kanan atau kiri kerana bersama Umno menganggotai Muafakat Nasional (MN) dan bersama Bersatu serta beberapa parti politik Bumiputera dan bukan Islam lain, membentuk PN.Tidak keterlaluan jika dikatakan ketika kegawatan politik begini, PAS bersikap tenang dan terus mempertahankan prinsip kerjasama dalam MN dan PN.
Pendirian PAS juga amat dinanti-nantikan oleh parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) yang sudah tentu mahu melihat kerjasama erat PN terlerai, sekali gus membalas dendam terhadap kegagalan kerajaan PH yang tumbang selepas hanya 22 bulan memerintah.
Semua persoalan ini dijawab dalam pandangan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika Ceramah Perdana Hijratul Rasul anjuran PAS Kelantan, sekali gus menunjukkan hala tuju yang dibawa oleh parti bagi mencari jalan meredakan krisis antara Umno dan Bersatu.
Bagi PAS, matlamat dan dasar politik mestilah berdasarkan prinsip Islam serta perjuangan Rasulullah SAW supaya matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan ummah.
Berpolitik bukan untuk mencari keuntungan duniawi dengan menguasai Putrajaya atau kerajaan negeri kerana jika itu yang dijadikan sandaran, baik bergabung saja dengan PH.
Bagi Tuan Guru Abdul Hadi, PAS menggunakan acuan yang dirintis Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa hijrah ke Madinah bagi menghadapi cabaran memerintah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan kepercayaan.
Beliau berkata, peristiwa hijrah adalah iktibar dan teladan yang baik untuk menyatukan umat Islam dan golongan bukan Islam yang tidak keras menentang Islam.
Berdasarkan asas inilah, tindakan PAS adalah untuk menyatukan orang Islam melalui tiga parti utama orang Islam di negara ini, PAS, Umno dan Bersatu.
“Kita mesti menyatukan orang Islam agar tidak berpecah melalui Muafakat Nasional. Kedua, kena ajak orang bukan Islam melalui PN untuk menggabungkan parti bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya.
Berdasarkan kenyataan ini, kedudukan PAS dalam keributan antara Umno dan Bersatu dapat difahami, iaitu untuk memastikan kerjasama antara ketiga-tiga parti tidak terlerai.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS tidak menerima parti yang keras menolak pendekatan Islam yang dibawa oleh parti itu dengan menyatakan bahawa tindakan terbabit sudah berlaku pada zaman Rasulullah SAW.
Menurutnya, negara Islam Madinah turut berhadapan dengan golongan munafik yang sentiasa bersama, mendengar kuliah dan khutbah baginda.
“Kita tolak mereka yang tidak menerima pendekatan yang kita bawa. Pada zaman Nabi pun ada juga, bila tegak kerajaan Madinah, munafik duduk bersama Nabi dan orang Islam yang lemah kepercayaan terhadap agama sendiri. Mereka terpengaruh dengan orang munafik yang meragui dan tidak percaya Islam boleh memerintah dan mentadbir.
“Ini kita biarkan, kedua bukan Islam yang keras menentang PAS. Ini semua merupakan cabaran kita sekarang,” katanya yang menyatakan bahawa senario di Madinah ketika itu boleh dijadikan panduan untuk menghadapi keadaan yang berkecamuk sekarang,” katanya.
Bagi pemimpin Melayu-Islam yang masih ada kuasa sekarang, perpaduan ummah bukan hanya slogan politik untuk dilaungkan ketika kempen pilihan raya. Ia adalah konsep perpaduan yang menjadi antara teras Islam.
Dalam al-Quran, Allah SWT menyeru umat Islam supaya bersatu padu dengan berpegang teguh pada ‘tali Allah’, iaitu prinsip kebenaran Islam dan mengingatkan mereka supaya jangan berpecah belah sama sekali (Al-Imran:103).
Firman Allah ini adalah penegasan Ilahi terhadap umat Islam mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan ummah demi memastikan ketahanan dan kemajuan mereka di pentas sejarah kemanusiaan.
Ahli politik Islam sebenarnya sudah ada panduan untuk diikuti seperti PAS lakukan yang jika diikuti dapat mengelakkan pemerintahan PH berulang. Pengalaman 22 bulan itu bukan sesuatu yang menarik untuk diulang tayang sekali lagi. – HARAKAHDAILY 13/8/20211
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal. Rogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...
1 comment:
Jika ph kata ada mp umno yg sokong ph. Jangan lupa ada mp ph yg sokong kerajaan bersih pn. Mp ini juga lunak selesa dgn politik pas yg lebih berteraskan islam, tiada rasuah dan tiada salah guna kuasa. Ph menyuburkan pecah amanah yg dibersihkan dgn pengguguran kes mahkamah bila dpt kuasa. Sampai bila bila kleptocrat tidak akan berkesudahan jika ph yg ditunjang oleh kluster mahkamah menjadi kerajaan. Jangan lupa fitnah dan persepsi adalah art yg jadi resam dlm ph.
Post a Comment