Jangan Lupa DAP, PKR Lebih Banyak Derhaka Kepada Agong, Raja-Raja Melayu
Tuduhan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Howard Lee Chuan How bahawa parti politik bersandarkan nama Melayu dan Islam mengkhianati institusi raja, membuka pekung siapa sebenarnya parti rasis dan cauvinis DAP itu sendiri.
Malah dia menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘biadab’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, tanpa melihat DAP sendiri yang penuh dengan sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu.
Bukan perkara baharu lagi kerana umum sudah mengetahui pemimpin-pemimpin DAP sama ada mereka sendiri atau orang suruhan mereka lebih kerap menghina institusi Raja-Raja Melayu sejak penubuhan parti itu lagi.
Untuk rekod berikut adalah beberapa tindakan DAP dan PKR yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
2013: Dalam satu rakaman video, penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin menyatakan institusi beraja akan terkubur menjelang 2030 dan bahawa Malaysia akan menjadi negara repulik. Antara kandungan video terbabit adalah perancangan agar rakyat mula menyamakan panggilan ‘Sultan’ dengan ‘setan’.
2 September 2014: Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlanjutan berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu tidak diendahkan oleh PKR dan DAP.
8 September 2014: Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita terhadap DAP dan PKR yang ingkar dan gagal mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar seperti yang dititahkan. Setiausaha Sulit baginda menyifatkan tindakan dua parti itu sebagai biadab kepada Institusi Raja dan satu perbuatan derhaka terhadap titah baginda Tuanku.
10 September 2014: Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan mengikut Akta Hasutan kerana menghina institusi diraja. Penahanan beliau dikutuk Pemuda PKR.
28 September 2017: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab menjelaskan dasar Islam negeri itu. Wan Ji sebelum ini dikenali dengan video yang memaparkannya menjelaskan rancangan menghapuskan sistem beraja di Malaysia.
6 Mac 2018: Lim Kit Siang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Beliau menyifatkan titah baginda sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
19 Mei 2020: Pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar disifatkan menghina institusi diraja apabila melabelkan Sidang Parlimen sebagai ‘sampah’.
4 Ogos 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Tras, Chow Yu Hui mencabar ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan. Ketetapan tersebut dibuat selari dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah yang mahu memartabatkan penggunaan tulisan jawi dalam negeri ini.
21 Oktober 2020: Pemimpin DAP dan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu menulis hantaran Facebook berbaur hasutan agar rakyat menentang sistem beraja seperti yang sedang berlaku di Thailand ketika itu.
24 April 2021: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Charles Santiago menulis hantaran Facebook bersolidariti dengan artis, Fahmi Reza yang ditahan kerana menghina Raja Permaisuri Agong.
Mei 2021: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam satu video secara langsung.
25 Mei 2021: Pemimpin PKR dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi menulis hantaran Twitter berbunyi, “Qu’ils mangent de la brioche” (biarkan mereka makan kek) untuk mempersenda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah. Ayat tersebut sinonim dengan Revolusi Perancis yang menggulingkan sistem beraja Perancis pada 1789. -agendadaily
Diangkat dari tungkaran hati.blogspot
1 comment:
Biasalah akhir zaman ini puak kafir harbi dan khadam liberal mereka adalah puak rasis yang berani mencipta pelbagai fitnah untuk menghina dan memburuk-burukkan agama Islam, ulama Islam, pemimpin Islam, parti Islam dll dan menghasut rakyat membenci Islam dan umat Islam.
Apabila umat Islam menunjukkan kemarahan, musuh Islam berpura-pura mohon maaf. Selepas itu, mereka ulangi kejahatan terhadap Islam dan umat Islam. Sampai bilakah umat Islam sanggup dihina oleh musuh Islam ?
Malangnya masih ada penyokong mereka yang bodoh berlapis-lapis kerana masih percaya pada semua fitnah tersebut walaupun mereka sendiri telah dikencing hingga hancing dengan pelbagai janji palsu oleh musuh Islam selama 22 bulan. Bukankah ini menunjukkan mereka lebih bodoh dari lembu ?
Maka benarlah zaman fitnah bermaharajalela akan berlaku di akhir zaman di mana orang yang jahat dianggap sebagai orang yang 'baik' dan orang yang baik dianggap sebagai orang jahat oleh orang-orang yang tidak bermoral.
Post a Comment