Sunday, August 15, 2021

Ismail Sabri, Hamzah calon baharu PM, TPM PN?

 

Sebilangan Ahli Parlimen dikatakan mahu mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri manakala Hamzah Zainuddin sebagai timbalan perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, hari ini dipercayai berhubung rancangan pembentukan kerajaan baharu.

Perjumpaan itu menyusul selepas mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu setelah Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan dijangka menghantar surat perletakan jawatan apabila menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok

Spekulasi bertebaran sebilangan Ahli Parlimen mahu mencalonkan Ismail sebagai perdana menteri manakala Hamzah dilantik timbalannya, untuk menerajui kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN), Utusan Malaysia melaporkan.

Pertemuan di Royal Chulan dilaporkan bagi mengumpulkan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen untuk menyokong Ismail sebagai perdana menteri.

Antara yang menandatangani SD sedemikian adalah Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz yang dilaporkan berkata, beliau menandatangani dokumen berkenaan hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh masa usaha menampilkan Ismail sebagai calon perdana menteri menggantikan Muhyiddin akan berhasil. Ismail dilantik Timbalan Perdana Menteri Julai lalu.

Menurut laporan, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga disebut sebagai calon perdana menteri yang ditampilkan dengan sokongan parti itu. (FMT)

1 comment:

Anonymous said...

Pendedahan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang mendakwa Anwar tidak memiliki majoriti dan hari ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpaksa merayu kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal bagi pihak Anwar.

Ini membuktikan bahawa Presiden PKR itu nyata sama sekali tidak akan dapat menjadi PM seperti yang dicita-citakannya.

Sifir mudah, Bersatu dan PAS tidak akan membiarkan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang majoritinya terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen (MP) bukan Melayu bumiputera untuk mentadbir kerajaan pusat.

Anwar nampaknya mabuk kuasa dan khayal dengan retorik politik sehingga memaksa rakyat turut terlibat dalam huru-hara yang dicetuskan kumpulannya yang terdiri daripada Zahid dan konco-konconya.

Lebih malang lagi apabila rakan-rakan parti blok pembangkang seperti DAP dan Amanah pula boleh percaya bulat-bulat kepada Anwar.

Menurut Tony Pua, kini DAP dan Amanah pula diheret sekali dalam kancah politik dan mereka nampaknya sekali lagi ditipu Anwar yang kononnya sudah memiliki majoriti.

Sejak awal lagi, Agenda Daily meramalkan Anwar bakal terjerat dengan strategi yang dicaturnya, berkali-kali dipesan supaya tidak percaya dengan Zahid yang mempunyai sejarah tidak bercakap benar, ia turut diakui rakan senior partinya, Datuk Seri Nazri Aziz

Nampaknya calon PM baharu akan menjadi milik UMNO yang akan kembali menjadi dominan di Putrajaya nanti.

UMNO kini sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menerima calon PM mereka iaitu Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Anwar hampir pasti akan sekadar menjadi PM yang sedang menunggu kerana kebodohan yang diciptanya sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails