Tuesday, August 31, 2021

Kejayaan 100 hari mampu memberi isyarat awal

 

LANGKAH Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan beberapa portfolio dalam kabinetnya bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Manakan tidak, barisan kabinet mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan calang-calang.

Malah, ini bukan kali pertama barisan kabinet kerajaan dikritik. Hampir setiap kali kerajaan terbentuk, barisan kabinet tentunya berdepan dengan kritikan terutamanya pembangkang.

Sama ada terlalu muda, terlalu banyak orang tua, bias kepada satu parti, lantikan politik, portfolio menteri tidak sesuai dengan kelayakan akademi, kelayakan akademi terlalu rendah dan sebagainya. Itu yang biasa yang kita sering dengari.

Maka, mana mungkin kabinet Ismail Sabri terlepas dari sebarang kritikan.

Namun, dengan pengekalan portfolio atas dasar meneruskan pelan rancangan yang dirangka ketika era Muhyiddin, ia membuktikan barisan kabinet sebelum ini kompeten.

Sebenarnya, pengumuman barisan kabinet Ismail Sabri ditunggu semua pihak.

Menjadi satu tanda tanya apa pilihan yang akan dibuat oleh perdana menteri sekarang memandangkan tempoh beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri berkemungkinan lebih singkat.

Sebaliknya Ismail Sabri juga akan berdepan dengan kritikan kalau memilih meletakkan lebih banyak muka baharu. Tentunya beliau akan dikait menggagalkan usaha atau perancangan kabinet Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Sedangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Program Imuniasasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dan banyak lagi pelan era Muhyiddin sudah menampakkan sinarnya.

Maknanya apa yang dibuat Ismail seumpama, ‘diluah mati bapak, ditelan mati emak’. Buatlah sebarang tindakan bersolusi baik sekalipun, kritikan akan tetap datang.

Jalan terbaik ialah, kerajaan perlu ‘move on’ dan buktikan kepada rakyat dalam tempoh 100 hari seperti yang disasar oleh perdana menteri.

Walaupun tempoh 100 hari agak mustahil untuk membawa sebarang perubahan atau move dalam tindakan dan solusi yang diperkenalkan kabinet baharu, namun kejayaan pada fasa itu boleh memberi sinar baru.

Lebih-lebih lagi tempoh pilihan raya yang semakin dekat, ahli-ahli kabinet tentunya tersepit di antara aktiviti kepartian dan tanggungjawab terhadap kerajaan.

Kerajaan baharu juga akan berdepan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung. Selagi lagi bukti majoriti mudah, sebagai mengabsahkan kerajaan akan muncul sekali lagi.

Peluang sidang parlimen menjadi rebutan pembangkang sekali lagi. Mereka pastinya akan menguji kewibawaan kerajaan baharu.

Sekiranya kabinet Muhyiddin diuji oleh pandemik Covid-19, kabinet Ismail pula akan diuji kemampuan kerajaan menyediakan solusi tepat bagi membuahkan hasil yang pantas.

Ketika ini, tiada peluang try and error. Apa yang rakyat tunggu ekonomi subur semula dan pandemik makin berkurangan. – HARAKAHDAILY 30/8/2021


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails