Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ sangat tepat dengan masa
KUALA LUMPUR: Pendekatan baru ‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada pemimpin dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta gelora ekonomi sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi segala situasi.
Menurutnya, Keluarga Malaysia juga menuntut muafakat dan sepakat serta perpaduan semua pihak untuk saling berganding bahu ibarat dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.
Tambahnya, dengan pengenalan dan pendekatan baharu Keluarga Malaysia, nyatalah betapa pentingnya seluruh rakyat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.
Beliau berkata, ikatan nilai kekeluargaan amat penting dalam suasana getir ketika ini untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara.
“Jangan kita biarkan anasir-anasir jahat yang sengaja mahu merosakkan nilai ini dalam negara kita.
“Sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, saya menegaskan kebersamaan dengan kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan muafakat rakyat ini,” ujarnya swbagai respons kepada ucapan sulung Ismail Sabri sabagai Perdana Menteri ke-9, petang ini.
Beliau juga menyeru semua pihak juga bersatu kembali melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
“Justeru, saranan kerjasama rentas parti yang turut ditawarkan oleh beliau kepada parti pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 sangat wajar disahut oleh pembangkang.
“ Semoga Malaysia terus dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Ayuh kita bersama menjadikan negara yang kita cintai ini lebih baik dan diredhai oleh Allah SWT,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 22/8/2021
4 comments:
Keluarga Malaysia
Bila kerusi cukup makan je. Risiko jatuh tetap ada.
Antara profession yg x bleh dipercayai.... peguam. Terutama dr amano.
Kerja peguam belit nak menang dlm mahkamah.
Tengok mcamana nanti.
Kuasa ke tiga kenyataan Tun ego dan angkuh. “Saya bukan nak jadi perdana menteri saya cuma nak jadi ketua Mageran (Majlis Gerakan Nasional) atau Majlis Pemulihan Negara - Tun Mahathir
Tun berkata dengan bongkak dan angkuh "Parti yang ditubuhkan nya Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau PN".
Anwar juga hampir pasti menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 namun tidak berjaya juga apabila berlaku pergolakan politik dan pertembungan beliau sekali lagi dengan Mahathir dalam Pakatan Harapane.
Mengikut rekod ini adalah kegagalan ke-5 Anwar Ibrahim dalam cubaan mendapatkan tempat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa di dalam UMNO satu ketika dahulu.
Bila dah Tun tak berkuasa lagi Anwar dan otai reformasi dibakul sampah kan pula. Tindakan ini jelas menunjukkan Tun lebih pentingkan diri sendiri setelah Pakatan Harapan tidak memberikan apa apa keuntungan pada Tun lagi.
Parti Pejuang juga kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan dan memilih menjadi kuasa ketiga.
"Oleh itu Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN)", kata Tun Mahathir
“Kita dapati kedua-dua pasukan gabungan yang ada, PN dan PH tidak menarik dan tiada tarikan langsung maka sebab itu Parti Pejuang asingkan diri selesa jadi blok ke tiga", kata Tun.
Pada PH silalah menilai kenyataan Tun ini selepas kehilangan kuasa. "Kalau Anwar nak jadi perdana menteri dia kena dapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat, tapi dia kerap kali tak dapat sokongan, pasal apa pun saya tak tahulah,” kata Dr Mahathir.
“Kita dalam Pejuang adalah kuasa ketiga. Kita boleh pilih mana satu yang kami suka samada hendak memihak kepada mereka tapi kita ingin tahu apa pendirian ditawarkan mereka." hujah Tun lagi
Pada otai otai reformasi kau orang nilai lah sendiri kenyataan Tun. Bongkak dan mulut celupar. Bila Tun nak kuasa jadi PM kali ke 2 dengan muka tebal tidak tahu malu terhegeh hegeh minta sokongan puak Reformasi.
Selepas perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri PM ke-9 semalam tiba - tiba Tun mohon Pejuang sertai PN sekiranya ada jemputan dari PN. Seperti biasa Tun dengan ayat penuh berlapik sekiranya Pejuang dijemput menyertai PN. Perlukah PN buat jemputan..!?
Perlu kah dilayan permintaan Tun dengan kedudukan Parti Pejuang yang tiada cawangan tiada bahagian dan ahli parti yang kecil.
Kalau nak buat blok ke tiga sila lah Tun M usahakan sendiri. Silakan Tun bentuk kuasa ketiga. Tun tidak perlu terhegeh hegeh hendak menempelkan Parti Pejuang pada PN atau PH.
Malah Parti Pejuang tidak meninggalkan apa apa impak yang signifikan lansung buat masa ini pada PN mahupun PH..! Tiada cawangan, tiada ahli ahli dan tiada bahagian Pejuang di negara ini.
Pada PH dan PN eloklah tinggalkan Pejuang parti anak beranak ini Tun dan Mukhriz serta lain lain. Biar kan Pejuang membawa hala tujunya sendiri sebagai blok ke tiga. Pedulikan sahaja Parti Pejuang ini.
"Pinggan tak retak nasi tak dingin. Pejuang tak hendak PH dan PN lagi tak ingin."
#KeluargaMalaysiaSelamatJalanTun
Buat apalah bergaduh dgn orang tua.
PRU nanti.
Mmng dah tahu pejuangg x dapat undi sbb tiada hala tuju.
Bersatun akan bungkus(confirm).
Pemimpin Amano akan ditolak kerana rakyat sedar mereka pencuri
Pemimpin Pase akan ditolak kerana perguna agamadan tak bijak
PH akan dipilih semula dgn kerusi yg banyak.
11.33
kah kah kata kan saja Anwar jadi PM kah kak kah...
Hebat Ilusi kau... kah kah kah
Lebih hebat dari ilusi jon doe... sbb ilusi jon doe Atok kibar panji hitam dari timur
q sera sera
kah kah kahhh..!!
Post a Comment