Mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam Singapura akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam. - Foto hiasan NSTP
Singapura benar jururawat hospital awam pakai tudung
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam.
"Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura," kata Hsien Loong berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021 hari ini.
Pada ucapan sempena NDR, selain bahasa Inggeris perdana menteri kebiasaannya menyampaikan ucapan dalam tiga bahasa termasuk Melayu dan Cina.
"Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonian kaum dan agama. Pendekatan seperti ini, telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.
"Dan kita harus meraikan apa yang telah dicapai: Negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, dengan kita dapat menyaksikan banyak interaksi mesra dan akrab dipaparkan setiap hari," katanya.
Perbincangan untuk benarkan jururawat di hospital awam pakai tudung ketika menyarung seragam sudah bermula sejak 2014.Pada 2014, Hsien Loong berkata, ada perbincangan hangat mengenai isu tudung dan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Islam juga telah diadakan.
"Kami berbincang dari hati ke hati. Mereka menjelaskan kepada saya mengapa pemakaian tudung penting dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan.
"Saya beritahu mereka bahawa saya amat memahami, tetapi saya juga menjelaskan perspektif kerajaan dan alasan di sebalik dasar kami," katanya.
Namun, disebabkan beberapa alasan yang kukuh, Hsien Loong berkata untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan beruniform yang lain, kerajaan perlu mengekalkan status quo.
"Mereka menegakkan undang-undang Singapura. Mereka mesti selalu dilihat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih. Sebab itu mereka semua memakai seragam yang sama," katanya.
Bagi jururawat di hospital, Lee berkata: "Di sini, percanggahan pendapat cuba diseimbangkan. Satu pihak adalah kemahuan rakyat manakala kerajaan di satu lagi sudut, memikirkan aspek kebangsaan dan perkara spesifik.
"Pesakit di hospital pula sering resah dan adakalanya tenat. Jadi penting mereka melihat semua jururawat dalam keadaan sama. Pada satu lagi aspek pula, jururawat juga perlu berasa selesa untuk menjaga semua pesakit, tidak kira agama atau kaum.
"Kami tidak mahu perbezaan ketara dalam isu pakaian seragam jururawat menjadikan perkara ini sukar ditangani," katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.
"Kami memantau keadaan. Jika dan bila kita mahu mengubah pendirian, kami pasti akan terlebih dulu memastikan semua - Islam dan bukan Islam - faham serta dapat menerima perubahan itu. Kerana bertudung bukan saja isu membabitkan orang Islam. Ia isu negara," katanya.
Sejak itu, Hsien Loong berkata kerajaan sentiasa memantau rapat keadaan berkenaan.
"Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.
"Dalam banyak keadaan juga wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam. Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan, begitu baik," katanya sambil menambah generasi muda Singapura juga kini sudah lebih menerima perbezaan agama dan kaum. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian Singapura, negara baru nak cerdik, baru nak faham erti kebebasan'hak asasi manusia'. Baru nak umumkan mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam.
Begitulah, bila terlampau terperuk di bawah tempurung pemikiran perkauman pemimpin PAP yang menguasai negara itu, tidak ikut perkembangan tamadun dunia. Di Malaysia pun ada, pemimpin yang cuba nak heret pemikiran rakyat Malaysia berkiblatkan Singapura, yang tidak bertamadun itu.
Peluang jadi usahawan ternak siput..
1 comment:
Indonesia sudah mula bertindak balas memcontohi Malaysia menghalang Singapura sabotaj perekonomian negara itu. Lihat link bawah ini
https://youtu.be/T-McLuK0nE0
Pemerintah Jokowi-JK telah menjalankan aturan tax amnesty atau pengampunan pajak (cukai) untuk masyarakat.
Namun, hingga 9 Agustus 2016, deklarasi harta masyarakat yang memanfaatkan tax amnesty baru mencapai Rp 9,27 triliun jauh dari ditargetkan.
Pemerintahan Jokowi tidak bisa menjatuhkan sanksi denda pajak hingga 48 persen sekalipun. Akibatnya, Indonesia akan terus menjadi negara miskin dan tidak mampu mengalahkan Singapura seperti yang diinginkan antek-antek di dalam negeri.
Menteri Keuangan, Bambang Brodjonegoro kala itu mengaku tidak takut dengan Singapura. "Saya tidak takut dengan Singapura. Negara kecil begitu," ujarnya saat ditemui di Gedung DPR, Jakarta, Senin (18/7).
Indonesia sudah mula bertindak balas memcontohi Malaysia menghalang Singapura sabotaj perekonomian negara itu.
Lihat link bawah ini
https://youtu.be/T-McLuK0nE0
Ada apa Singapura tanpa Indonesia dan Malaysia..!? Menteri Dalam Negeri dan Hukum Singapura, K Shanmugam menanggapi sindiran Menteri Keuangan Bambang Brodjonegoro yang mengatakan bahwa Indonesia tidak takut pada Singapura yang hanya negara kecil.
https://youtu.be/VY0q3nYXXwg
Jika Indonesia hentikan supply patrolium dan gas ke Singapura. Singapura boleh jadi apa - Jokowi
https://youtu.be/SJoEFd4ZUEY
Hubungan Indonesia dengan Singapura sempat memanas setelah disahkannya UU Tax Amnesty atau Pengampunan Pajak ,(cukai). Niat pemerintah Jokowi-JK menarik dana orang Indonesia di luar negeri dikabarkan dijegal oleh Singapura dengan kebijakan anyarnya.
Salah satu kebijakan Singapura untuk menggagalkan tax amnesty Indonesia adalah dengan menawarkan kewarga negaraan kepada anggota keluarga Indonesia yang menyimpan wang di Singapura.
CSR Petronas Carigali Indonesia buka mata rakyat tempatan semasa pendemi Covid 19.
https://youtu.be/NUXaVab_dEk
Petronas Carigali Indonesia dan Pemkab Sampang Luncurkan CSR Program 2020. Eratkan hubungan dangan Indonesia berbanding Singapura.
Post a Comment