5 fakta sangkal propaganda ‘Kerajaan PN gagal’
LAUNGAN kerajaan gagal terus bergema sehingga ke hari ini. Adakah kerajaan hari ini benar-benar gagal? Ayuh kita lihat apa Kerajaan PN telah buat:
1. Malaysia mendapat pengiktirafan antara negara yang terpantas di dunia mengatasi United States, United Kingdom, Singapura, Jepun dari segi kepantasan pemberian vaksin bagi setiap 100 penduduk.
2. Kerajaan PN berjaya menghapuskan hutang FELDA berjumlah RM8.3 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 92 ribu warga peneroka.
3. Berjaya menaikkan harga paras minyak sawit mentah yang menguntungkan 3 juta rakyat Malaysia sekali gus mampu mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan.
4. KDNK negara meningkat sebanyak 16.1 peratus bagi suku kedua 2021 dan pertumbuhan dijangka akan terus beransur pulih pada suku keempat 2021 serta akan bertambah baik menjelang 2022.
5. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kian mula menunjukkan hasil melalui program vaksinasi negara. Di mana kadar kemasukkan pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 semakin menurun di beberapa buah negeri (Sarawak, Labuan, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perlis).
5 perkara ini merupakan fakta yang perlu anda ketahui sebelum membuat kesimpulan, Kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal. Namun, persoalannya adalah, adakah benar kerajaan gagal ataupun kita yang gagal memahami realiti sebenar cabaran pandemik yang berlaku pada hari ini?
USTAZ ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ – HARAKAHDAILY 17/8/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan gagal atau mereka yang gagal memahami realiti sebenar? Ini 5 fakta. 'Barua tukang salak', sila ambil perhatian, jawab dengan fakta, bukan salak melulu dan biadap lucah...
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal. Rogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 7(iii): ADUN DAP Tronoh. X kesan Air Mani.
1 comment:
Kemana gerangan Parti PrjWang lepas ini dah lah cawangan tak ada, ahli ke laut dalam berapa juta keahlian PejWang.
PRU dah dekat apa jadi pada nasib Boboi dan apaknys. PrjWang nak jadi kuasa pengimbang dah melingkup.
Bila PRU 15 nak jadi calon kat mana jentera parti pun tak ada. Nak harap sambil kudakan jentera rakan sekutu sambil melaung laungkan suara reyorik acah acah Melayu Islamik rakyat dah meluat mendengarnya...!!
Boboi dan apak boboi zaman senang lenang sambil mengkudakan jentera parti sekutu dah berlalu. Apak dan anak kena buat sendiri usaha sendiri pasang kemah, pasang bendera Pejwang tampal poster sendiri yer...!!
Bole lah anak cucu kesayangan panjat tiang tampal poster dan kibar bendera PejWang sendiri yer...!!
Rakyat dah meluat perangai lidah bercabang Tun..!!
#pandaipandailahnakhidup
Post a Comment