Wednesday, August 04, 2021

Kurang 1% kena C-19. Kebakaran AS &Sepak takraw Olimpik.

 

1. Hasil Selidik, Kurang 1% Memiliki Vaksin Lengkap Terkena Covid-19.


Ternyata kurang dari 1 peratus orang yang sepenuhnya divaksin terhadap jenis baru Coronavirus (Covid-19) dijangkiti.

Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Kaiser Family Foundation, berdasarkan data dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat (AS), lebih daripada 90 peratus kes Covid-19 dan 95 peratus kemasukan dan kematian di hospital berlaku pada orang yang tidak menerima vaksin.

Kurang daripada 0,004% dari mereka yang menerima vaksin Covid -19 memohon ke hospital kerana virus, sementara kurang dari 0,001% daripadanya meninggal dunia akibat virus tersebut.

Dalam kajian itu, yang menarik perhatian fakta bahawa orang yang diberi vaksin jarang tertangkap virus dan kadar ini kurang dari 1 peratus pada orang yang diberi vaksin, diumumkan bahawa Covid-19 terlihat pada sekitar 6,600 orang daripada lebih dari 163 juta orang yang diberi vaksin.

Dengan varian Delta yang dilihat di India mulai muncul di AS, jumlah kes dan kematian di negara ini meningkat lagi.

Menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kira-kira separuh daripada kes baru di AS telah direkodkan di Florida, Texas, California, Louisiana dan Missouri.

Di negeri-negeri ini, di mana jumlah kes meningkat, kecuali California, kurang dari separuh populasi mempunyai vaksin Covid-19.


2. Kebakaran Hutan di AS; 3 Bandar Digabungkan Berubah Jadi Abu.

Dalam kebakaran hutan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat (AS), kawasan seluas bandar-bandar New York, Los Angeles dan Chicago jika digabungkan berubah menjadi abu.

Pusat Kebakaran Antaragama Nasional AS mengumumkan bahawa ekoran 7 kebakaran lagi berlaku pada hujung minggu, api merebak ke lebih dari 90 kawasan.

Tanah seluas 1.8 juta ekar terbakar dalam kebakaran hutan yang berlanjutan di sebelah barat Amerika Syarikat.

Kebakaran di Oregon Bootleg, yang dinyatakan sebagai kebakaran hutan terbesar di negara ini, dan kebakaran di seluruh California setakat ini, wilayah yang seukuran kota-kota New York, Los Angeles dan Chicago jika digabungkan, berubah menjadi abu.

Lebih dari 400,000 ekar tanah terbakar di wilayah ini.

Menurut Pusat Kebakaran Antaragama Nasional AS, lebih daripada 3 juta ekar terbakar dalam lebih daripada 37,000 kebakaran di seluruh negara sejak awal tahun ini.


3. Sukan Olimpik: Menunggu kehadiran sepak takraw

AKHIRNYA sukan Olimpik ke 28 telah bermula di Tokyo pada 23 Julai lepas dan akan melabuhkan tirainya pada 8 Ogos ini. Sukan kali ini merupakan kejayaan bagi Jepun kerana bertegas mahu meneruskannya dan terpaksa melaksanakan pelbagai langkah-langkah untuk memastikan temasya sukan kali ini selamat ketika pandemik COVID-19 sedang melanda.

Apabila tarikh asal temasya ini ditangguhkan kepada tahun ini, ramai yang masih tidak percaya temasya ini dapat berlangsung. Darurat telah diisytiharkan beberapa kali untuk bandaraya dan wilayah tertentu di Jepun akibat kes COVID-19 yang meningkat. Pada 8 Julai, 2 minggu sebelum majlis pembukaan, Perdana Menteri Yoshihide Suga telah mengumumkan Tokyo akan diletakkan di bawah perintah Darurat untuk kali keempat dan kali ini sehingga 22 Ogos. Ketika sukan ini berlangsung, kerajaan Jepun telah menambah bilangan kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah perintah Darurat.

Kejayaan temasya sukan kali ini mungkin akan diukur berdasarkan kejayaan penganjur mengawal kesan pandemik. Walau bagaimanapun statistik pada 30 Julai lepas mendedahkan 220 orang termasuk 20 orang atlet telah disahkan positif COVID-19. Tokyo 2020 akan diingat sama ada sebagai satu kejayaan manusia menewaskan COVID-19 atau satu bencana akibat kedegilan manusia.

Walaupun ketika pandemik, kemeriahan Tokyo 2020 tidak berkurangan berbanding dengan temasya-temasya sebelum ini. Walaupun penonton adalah dihadkan namun jumlah atlet sekitar 11,000 orang adalah lebih kurang sama seperti di Rio de Janeiro pada tahun 2016. Bilangan negara juga lebih kurang sama seperti di Rio. Tetapi jumlah sukan yang dipertandingkan bertambah dari 28 kepada 33 dengan itu jumlah acara juga bertambah dari 306 kepada 339. Sukan-sukan baharu adalah sofbol (softball), karate, surfing (selancar), papan luncur (skateboarding) dan sukan memanjat (sport climbing).

Bagi negara kita, harapan untuk meraih pingat adalah tertumpu kepada 3 sukan walaupun sukan-sukan lain tidak boleh ketepikan. Sukan-sukan itu adalah badminton, lumba basikal (trek) dan akuatik (terjun). Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican pada 21 Julai lepas mengumumkan sasaran negara adalah 3 pingat. Di Rio empat tahun lepas, Malaysia meraih 5 pingat dengan 3 pingat perak dari badminton, 1 pingat perak dari akuatik (terjun) dan 1 gangsa dari lumba basikal (trek).

Malaysia telah mendapat pingat pertama Sukan Olimpik di Barcelona tahun 1992. Razif Sidek dan Jalani Sidek telah memenagi pingat gangsa dalam acara bergu lelaki sukan badminton. Sejak di Barcelona, Malaysia telah berjaya memenangi pingat 7 pingat perak dan 5 pingat gangsa. 9 dari 12 pingat itu adalah dari badminton.

Badminton mula dipertandingkan di Olimpik sejak 1992. Cukup menghairankan sukan yang popular di Asia dan beberapa negara Eropah seperti Denmark dan England terpaksa menunggu hampir 100 tahun dari temasya yang pertama sebelum dipertandingkan. Walhal terdapat banyak pertandingan-pertandingan badminton di peringkat dunia seperti Piala Thomas sejak tahun-tahun 40-an. Sementara kejohanan All England telah wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

Bagi mereka yang percaya kepada teori konspirasi sudah tentu akan menuduh ini adalah satu konspirasi untuk menafikan negara-negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia. Piala Thomas dan kejohanan All England dikuasai oleh mereka dan jika badminton menjadi sukan Olimpik sudah tentu pungutan pingat akan dibolot oleh mereka.

Satu lagi sukan popular yang tidak dipertandingkan di sukan Olimpik adalah skuasy. Sekali lagi ini menyokong teori konspirasi. Malaysia dengan Nicol David, juara dunia 8 kali, sudah tentu berupaya memenangi banyak pingat emas jika skuasy dipertandingkan di Olimpik. Sementara juara dunia 6 kali, Jahangir Khan dan juara dunia 8 kali, Jansher Khan, sudah tentu juga akan membolot emas untuk Pakistan.

Kehadiran sukan-sukan baharu berupaya menjadikan Olimpik ini lebih inklusif. Walau bagaimanapun kecuali karate sukan-sukan tersebut adalah sukan-sukan yang berasal dari Barat. Bagaimana pula sukan dari Asia seperti sepak takraw yang popular di Asia? 31 Persekutuan Kebangsaan bergabung dengan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF). Mereka bukan terdiri dari negara-negara Asia sahaja tetapi dari Eropah seperti Jerman dan Perancis, dari Amerika Utara seperti Amerika Syarikat dan Kanada, dan juga dari Amerika Selatan seperti Brazil dan Colombia. Ini membuktikan sukan ini adalah sukan global bukan sukan kampung.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) M'sia.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Bila agaknya pihak polis nak keluarkan surat saman kepada MONET2 berkot hitam yang berkumpul beramai2 didataran merdeka baru2 ini?

Susah sangat ke nak keluarkan saman kepada MONET2 tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails