OLIMPIK: 'Paling Seksi' hanya di perkampungan sukan
LONDON: Peminat bintang olahraga Jerman yang dilabelkan sebagai "Atlet Paling Seksi Dunia" menyuarakan rasa tidak puas hati selepas atlet berkenaan semakin lama berada di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo.
Alica Schmidt, yang layak mewakili negaranya dalam acara 4x400m, direhatkan dalam acara itu Sabtu lalu dan dilihat hanya menggunakan media sosial.
Pasukannya melangkah ke final tetapi dibatalkan kerana berlanggar dengan pasukan Jamaica yang menimbulkan spekulasi mengenai kempen pelari berusia 22 tahun itu di Olimpik.
Kehilangan Schmidt daripada kejohanan nyata disedari oleh hampir 3 juta peminatnya di Instagram dan TikTok.
Dia berkongsi cerita pendek kehidupannya di perkampungan sukan dan sentiasa mencipta video Instagram Stories mengenai lapangan olahraga, sorakan dan rakan sepasukan.
Dan ketika ramai yang mengikutinya, ada yang mula meragui apa yang dilakukannya di Tokyo, memandangkan dia masih tidak bertanding.
Dalam satu video hujung minggu lalu, Schmidt menayangkan baju T Jerman dan seluar pendek Adidas dan berkata "apabila anda membuat kemunculan pertama bersama pasukan Olimpik".
Bagaimanapun ada yang tidak memahami.
"Keliru. Apa yang awak buat? Video awak menunjukkan banyak gaya yang amat bagus, tapi saya tidak melihat acara awak di mana-mana," kata seorang di ruangan komen.
"Saya tidak sedar bahawa menjadi 'hot' adalah acara sukan," kata seorang yang lain. - AGENSI
Ini telahan Weblog IbnuHasyim..
Tempat iklan 'atlet paling seksi' di dunia. Olimpi...
Terbaik..sy sokong artikel camni!
ReplyDeleteSokong! Kalo boleh, banyakkan lagi gambar2 sebegini.
ReplyDeleteAtas tekad dan tawakal, dan berpegang kepada prisip kebenaran, kalau dikira, sokongan kepada Perdana Menteri daripada 115, selepas 8 penyokong menarik sokongan, maka berbaki 107, namun ada sekurang-kurangnya 4 ahli parlimen terbuka hati menyokong.
ReplyDeleteAtas kebijaksanaan Baginda, maka memberi perkenaan dan menerima angka tersebut dan keabsahannya pada bulan September, 2021 semasa sidang parlimen,menerusi USUL PERCAYA.
Nasib baik Agong sudah bertukar kalau Agong dari Kelantan masih jadi agong tak tau lah apa jadi. Kalau kena umpan dengan 'pussy Russia' trus hilang tak balik istana.
Menurut Datuk Ahmad Maslan, bermula daripada semalam, satu persatu ahli parlimen Umno termasuk menteri akan menarik sokongan. Sejauh mana perkembangan tersebut, tiada yang mengetahui hingga sekarang, kecuali SPBA, kerana surat akuan, terus dipersembahkan kepada baginda.
Jika menurut jadual, parlimen akan bersambung pada 6 September, yang akan dirasmikan oleh SPBA, ertinya tempoh masa itu, 4 minggu daripada sekarang.
Di pihak Anwar mungkin sudah menyadari, bahawa PM dan Kerajaan mendapat sokongan ahli-ahli parlimen yang mencukupi, maka Presiden PKR itu tidak berani lagi menyebut numbers, hanya berselindung dengan kata-kata, bahawa mereka percaya, PM dan Kerajaan tiada sokongan majoriti mudah.
#haahtepokpopcorntambah