Monday, August 16, 2021

LG Eng guna pendekatan 'Khemah Besar' untuk rampas k'jaan.

 

LG Eng Guna Pendekatan 'Khemah Besar' bersama  blok Pembangkang rampas k'jaan.

KL: PH bersama Blok Pembangkang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen 'tidak boleh buang masa dan sebaliknya gunakan pendekatan "Khemah Besar" untuk rampas kembali mandat sebagai Kerajaan yang memerintah sebelum ini.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui Roketkini.com.

Menurut beliau, kedua-dua, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat, kononnya. 

"Majlis Presiden PH telah membenarkan pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan kecuali 3 pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian." Kata beliau. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Khemah Beso lagi cepat runtuh.. tiup angin sepoi sepoi bahasa pun dah runtuh... kiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails