Beberapa hari selepas menteri dari Umno meletak jawatan - sekali gus memberi kesan kepada keberadaan Perikatan Nasional (PN) - beberapa ahli parlimen pembangkang mendedahkan mereka menerima tawaran lumayan untuk berpaling tadah.
Ia berlaku ketika PN terus dibayangi krisis sokongan majoriti dalam kalangan ahli parlimen. Antara yang mendapat tawaran itu ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan Kelvin Yii (Kuching).
Berkongsi mesej WhatsApp yang diterimanya, Khoo berkata terdapat nombor yang tidak dikenali menghubunginya dan memberitahu mengenai dua kekosongan jawatan menteri sekarang.
“Keluarlah dari bayang-bayang keluarga Lim... kita perlu lebih ramai wakil bukan Melayu dalam kerajaan ini,” menurut mesej tersebut yang merujuk kepada dua pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Khoo merupakan wakil rakyat dari DAP. Individu tersebut turut menawarkan "Durian RM30" dan jawatan menteri. Bagaimanapun, tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "Durian RM30". namun menjanjikan "durian" berkenaan akan dibayar segera secara tunai.
Khoo bagaimanapun tidak membalas terhadap tawaran itu. Bukan untuk dijual
Semalam Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai menteri pendidikan tinggi sehari selepas Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah ula melakukan perkara yang sama. Kedua-dua mereka bertindak begitu sebagai mematuhi keputusan Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan semua ahli parlimen parti itu agar menarik diri daripada kerajaan PN.
Bagaimanapun Umno berdepan detik sukar kerana tidak semua ahli parlimen mereka mentaati arahan berkenaan.
Antara mereka yang masih kekal bersama kerajaan ialah naib presiden parti itu sendiri, Ismail Sabri Yaakon.
Berkongsi mesej tersebut ke Facebooknya, Khoo menulis: “Kota Melaka bukan untuk dijual.” Dia juga secara bergurau mencadangkan jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi menteri mereka boleh menghubungi individu tersebut.
Sementara itu, Yii yang turut menerima mesej yang sama berkongsinya di Twitter. “Nampaknya, nilai kami dikira dengan durian sekarang,” ciapnya.
Pada 8 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik kembali sokongan yang diberi terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Namun, Ismail Sabri tetap berpihak kepada Muhyiddin dan mengetuai sekumpulan ahli parlimen Umno serta BN dengan membuat kenyataan terbuka menentang MT Umno.
Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu Umno menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan jumlah ahli parlimen parti itu yang tidak lagi menyokong Muhyiddin. at 8/07/2021 05:30:00 PTG (Kerengga/Mkini)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh dengar percaya jangan..
reverse sikologi dari puak PH jaga jaga... hati hati fitnah persepsi paling laku masa ini
ReplyDeleteBengong ahli politik. Covid dah serius pun masih nak rebut kuasa dan fitnah.
ReplyDelete