Monday, August 23, 2021

Peluang Jadi Usahawan. Ternak Siput Gergasi/Siput Babi. Ini...

 


Siri 1: Nilai lendir siput babi di Thailand seperti emas

REBUTAN… Mungkin ada yang berasa geli apabila lihat lendiran haiwan bercengkerang ini, namun tidak para petani tradisional di wilayah tengah Thailand, ia malah jadi rebutan mereka.

Stesen penyiaran Channel NewsAsia melaporkan, siput babi saiz gergasi itu lazimnya dimakan pesawah tempatan sebagai diet organik dihidangkan bersama dengan masakan labu dan timun.

Bagaimanapun kini firma-firma kosmetik dikatakan amat perlukan cecair likat dari moluska ini yang dikatakan amat kaya dengan khasiat kolagen dan lebih bernilai daripada jongkong emas.

Senario ini jauh berbeza denggan sebelum ini apabila lambakan siput babi di kebun Phatinisiri Thangkeaw pernah dibenci ramai petani sawah kerana sering makan tunas muda tanaman itu.

“Mereka biasanya akan campak sahaja siput babi itu ke jalan raya atau sungai,” kata wanita ini sebelum tambah bahawa kini para petani berebut jual kepadanya untuk duit poket tambahan.

Dengan memiliki lebih 1,000 ekor haiwan kecil itu, Phatinisiri mampu raih pendapatan 9,855 baht (RM1,316) sehingga 20,020 baht (RM2,672) sebulan di kebunnya di wilayah Nakhon Nayok itu

Dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 80 kebun ternakan siput babi secara komersial di sekitar wilayah tersebut yang terletak hanya dua jam pemanduan berkereta dari ibu kota Bangkok.

Ia pesat ekoran permintaan tinggi pasaran kecantikan global berasaskan siput babi dengan nilai 9.7 bilion baht (RM1.3 bilion), menurut data kumpulan penyelidikan Coherent Market Insights.

Lendiran ‘mahal’ itu bagaimanapun memerlukan tahap kesabaran tinggi kerana ia hanya boleh didapati daripada kelenjar yang direnjiskan air berterusan menerusi satu saluran tiub kecil.

Produk mentah itu dijual kepada sebuah syarikat kosmetik global berpusat di Thailand, Aden International sebelum dijual kepada pelbagai firma di Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). 

Sebagai pengeluar lendir moluska tunggal di Thailand, Aden mula komersialkan produk itu tiga tahun lalu sebagai penyelesaian pintar bisnes bagi isu serangan siput babi di Nakhon Nayok.

Pengasasnya, Kitpong Puttarathuvanun berkata, serum dihasilkan di bawah jenama Acha, turut dijual kepada syarikat kosmetik Korea Selatan dan AS selain lendir dalam bentuk serbuk kering.

“Keseluruhan produk ini bernilai 1.8 juta baht (RM239,240) sekilogram, lebih mahal berbanding logam emas yang pada ketika ini berharga 1.4 juta baht (RM190,320) sekilogram,” jelas beliau.

Kitpong turut jelaskan perbezaan keluaran Aden dengan produk sama buatan China yang lendir siput itu dikutip setiap hari, walhal di Thailand ia pekat kerana dituai sekali setiap tiga minggu.

“Justeru, harga lendir haiwan ini lebih tinggi iaitu kira-kira 80,000 baht (RM10,700) sekilogram. Kami dapati siput di Thailand makan segala-galanya termasuk sayur, bijirin dan cendawan.”

Tidak hairanlah lendir keluaran negara itu amat bermutu tinggi, malahan Kitpong akui mukus dihasilkan di Thailand boleh digunakan untuk sembuh luka dan melecur akibat sinaran matahari.

Buat masa ini, belum ada lagi kajian saintifik terhadap khasiat lendiran siput babi, namun bagi Phatinisiri, ramai penternak haiwan itu sudah dapat merasai lonjakan permintaan di pasaran.

Guru tersebut imbau pengalaman lebih dua tahun lalu ketika beliau jadi penternak yang pertama, ramai petani rela beri siput babi secara percuma kerana anggap ia haiwan perosak tanaman.

“Kini, saya beli daripada mereka pada harga 30 baht (RM4.10) sekilogram, Tetapi ramai sudah buka kebun ternakan siput babi sendiri dan saingan harga jadi lebih sengit,” ujar Phatinisiri.-Bebasnews

Bolehkah orang Islam makan siput babi?

Soalan:

Assalamualaikum..

Ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? Dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh, tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi. Harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini. Syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

04/06/2008 


Video

...bersambung..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Imej yang berkaitan
Lihat lagi

4 comments:

  1. Dari sokong Brother Anwar Bin Ibrahim baik Sokong bela Siput Babi

    Letih bela Brother Anwar Bin Ibrahim ooiiii..!!!


    kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Ha ha

    Step pertama buat2 tawar kerjasama lawan covid. Member lain asyik bincang siap TPM dan menteri2

    Tunggu lawak kerejaan amano seterusnya.

    ReplyDelete
  3. 9 lapuran polis sudah dibuat pada Tun. Hingga sekarang tiada tindakan

    Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa mengesahkan sebanyak 9 laporan polis telah dibuat kes beku akaun bank taikun Cina dlm kes 1MDB oleh pihaknya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  4. Tolak Brother Anwar Bin Ibrahim

    Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, ledakan mahukan PH mengemukakan calon lain selain Anwar telah dipalu oleh pemimpin PKR di Pulau Pinang.

    Antaranya, mereka mahu Anwar berhenti memimpin barisan pembangkang termasuk berhenti menjadi ketua pembangkang dalam Dewan Rakyat.

    Pemimpin yang sebelum ini daripada ‘kem Azmin’ itu berpendapat Anwar telah mengecewakan orang ramai dan rakan politik lain, malahan gagal menyatukan PKR secara dalaman sehingga menyebabkan ramai Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket PKR telah melompat parti.

    Bagaimanapun, terdapat juga suara dalam PKR yang mahu Anwar memberi laluan kepada pemimpin lain untuk meneraju barisan pembangkang.

    Antara nama-nama yang disebutkan untuk ganti Anwar termasuk Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Pejuang), Lim Kit Siang (Pemimpin veteran DAP) dan Mohd Shafie (Presiden Warisan).

    ReplyDelete