Thursday, August 19, 2021

PM: PAS sokong pencalonan Ismail Sabri

 

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini sebagai usaha untuk memuktamadkan nama calon perdana menteri ke-9.

Rombongan PAS diketuai Timbalan Presiden Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kelihatan turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ketika ditemui media selepas itu Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, parti terbabit menyokong pencalonan ahli parlimen Bera Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon perdana menteri.

Katanya, sokongan itu mewakili kesemua 18 ahli Parlimen PAS.

Semalam Umno mengesahkan parti itu mengemukakan nama Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno sebagai calon tunggal perdana menteri.

Media melaporkan nama Ismail Sabri dipersetujui kesemua 42 Ahli Parlimen BN dan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Pada Isnin lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti apabila 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i):   ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...  Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter...  Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11:  Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 7(iii): ADUN DAP Tronoh. X kesan Air Mani.

10 comments:

  1. Jangan seronok sangat amano dan peminatnya. Klau amano jadi p em...

    Ingat kadang2 nikmat yg diberikan boleh menjadi bala.

    Amono akan hancur bila sesama mereka yg terkenal tamak/sombong berebut jawatan dan kuasa.

    1. Stail/Otak/Idea lama pemimpin Melayu x cerdik/penipu pkp pkpd pkpp pkpppp akan berulang.
    2. Rakyat pkperit hidup susah.
    3. Pemimpin kayangan kaya raya sombong terus langgar SOP
    4. Amano biasa perangai tamak akan mula menjarah spt biasa. Susah nak tangkap kerana mrk dah pandai penipu x cukup bukti(pengalaman 60 tahun perintah)

    Lebih malang lagi parti2 peminat amano pula akan dipinggirkan dan dilayan spt sampah.

    Semua akan pecah berderai sblm PRU nanti.

    ReplyDelete
  2. Kalau saya di lantik jadi PM lagi saya akan haramkan lompat parti - Tun

    Baru sekarang kau nak cakap haram lompat parti.

    Program Ruang Bicara dengan tajuk ‘Mencari Malaysia Yang Lebih Baik’ yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.

    Dalam temu bual itu juga Dr Mahathir menjelaskan beliau berhasrat menghalang wakil rakyat lompat parti sekiranya diberi peluang untuk menambah baik Perlembagaan Negara.

    Beliau berkata dengan cara menghalang lompat parti, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengkhianati parti atau kerajaan yang mereka sertai.
    Beliau menjelaskan apa yang berlaku masa ini terdapat wakil rakyat yang lompat parti kerana mengejar kedudukan sebagai menteri dan sebagainya.

    “Mungkin kita haramkan lompat katak, no more lompat, anda lompat hilang jawatan, hilang keahlian dalam dewan dan itu akan hentikan mereka dari lompat sebab tidak jadi wakil rakyat tidak bolehlah jadi menteri.


    #elokdiamdaricakaplawakbodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak guna kutuk Madet. Akan jadi sejarah.

      Bersatun dan pejuangg akan lenyap.

      Penyokong parti Islam extreme akan sedar pemimpin mereka bergabung kleptokrat pilih p em. Dan semua cita2 Islam akan tinggal angan2. Pengundi mereka berkurangan. Akan berebut kerusi. Covid x akan selesai mudah dan ramai rakyat akan derita SELEPASNYA kerana p em seterusnya sama geng gagal.

      Gabungan Pase dan amano tak akan berjaya.

      Dgn info alam maya, rakyat akan semakin cerdik. Pengundi akan pilih PH dengan kerusi banyak utk elak katak dlm PRU tak lama lagi.

      Delete
    2. PH...?....setakat kasi rakyat 30 ringgit jangan mimpi laa rakyat akan dipatuk ular kali ke 2...Fakta yang jelas PN yg berusia 15 bulan lagi besar jasa dari PH yang berusia 22 bulan kehkehkeh

      Delete
  3. Klepetokrat ni dah jatuh hukum ka blommm..?

    Klu blom jatuh jgn buat fitnah persepsi dosa besaq tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kleptokrat dah hukum salah cuma tunggu rayuan.

      HARAP FAHAM....

      Isunya bukan sahaja batang tubuh kelptokrat sj

      Isunya segala jenis penipuan/kerugian berbillion sibawah pemerintahan mereka berlaku. Tapi susah nak cari pesalah dan kadang2 kelihatan mcm tiada siapa bersalah..

      Tlng ingat dibawah amanolah...Rizab Melayu dan tanah kerajaan hilang/jual murah dan akan hilang lagi nampaknya.

      Delete
  4. Celah mana wang 1 MDB tu lesap..!?

    kau cecitee skettt..!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tunjuk kat mana duit yg lesap tu skrg!

      Ko cecitee skett...!

      Delete
  5. duit tu tak lesap pun... cee cite kau kata duit 1 MDB tu lesap tadi...


    celah mana yg lesap tuuu.. cecitee cercitee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit tu dah disembunyikan oleh jin. Jin jibon..kah kah kah

      Ko x nampak? Tandanya ko anak luar nikah..

      Delete