Thursday, August 12, 2021

PRU15: Hadapi kempen dengan norma baharu. Begini..

 

PRU15: Hadapi kempen dengan norma baharu -T/Presiden PAS

KOTA BHARU: Ahli dan pendukung PAS hendaklah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam suasana norma baharu, di mana tiada lagi aktiviti kempen sekiranya pandemik Covid-19 masih lagi menular.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, begitu juga poster kempen juga mungkin tidak akan kelihatan lagi.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baru. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baru ni, namun lama-lama insya-Allah akan OK.

“Pelaksanaan norma baru dirasai dalam kehidupan harian sekarang, malah turut melibatkan ceramah, mesyuarat serta perjalanan PRU15,” katanya pada ceramah perdana Hijratul Rasul anjuran PAS Kelantan secara atas talian malam tadi.

Ceramah itu mengupas tajuk Meneladani dan Mengambil Ibrah Hari Kebebasan Islam yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kelantan TV.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sidang Dewan Rakyat yang dijangka diadakan pada September ini akan menentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada dapat bertahan atau sebaliknya.

“Situasi politik sehari dua ini nampak tidak stabil khususnya setelah Umno meminta ahli parlimennya menarik diri daripada kerajaan PN,” katanya.

Persidangan parlimen itu akan bermula dengan titah perasmian Yang di-Pertuan Agong kemudian diikuti usul percaya terhadap perdana menteri. – HARAKAHDAILY 11/8/2021

Lihat kisah misteri sebelum ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails