Tuesday, August 17, 2021

Rogol 7 (iii): ADUN DAP Tronoh. X kesan air mani.

 

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini dimaklumkan analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas beberapa

eksibit dalam kes rogol membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong tidak menemukan kesan air mani.

Pegawai Sains Jabatan Kimia Bahagian Forensik, Nor Aidora Saedon, berkata eksibit yang dihantar kepadanya untuk dianalisis termasuk pakaian dari tempat kejadian iaitu baju, seluar, seluar dalam serta keratan tilam.

"Saya sudah menjalankan ujian asid fosfatase bagi mengenal pasti kehadiran air mani dan saya juga melihat beberapa tompokan yang ditandakan, sebelum ia dihantar kepada saya. Keputusan ujian menunjukkan tiada kesan air mani dijumpai pada pakaian-pakaian terbabit.

"Ujian asid fosfatase adalah ujian yang sahih bagi pengenalpastian ujian air mani, maka kenapa ia tiada, tidak dapat saya jawab," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Saksi pendakwaan ke-17 itu juga berkata, kesan air mani pada mop pula tidak dapat dikesan dengan ujian itu atas beberapa faktor antaranya kerana ketiadaan air mani, sudah dibasuh dengan bersih atau ada, namun terlalu sedikit dan mengalami degradasi akibat suhu melampau (suhu tinggi dan kelembapan tinggi).

Nor Aidora turut memaklumkan, pengesanan air mani melalui proses 'polilight' bukan satu analisis pengesahan dan ia hanya dilakukan sebelum analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau berkata, analisis itu turut tidak mengesan kehadiran DNA pada beberapa helai rambut atas beberapa faktor iaitu ketiadaan akar rambut yang masih mempunyai DNA serta belum mengalami degradasi dan jika ada, DNA itu sudah mengalami degradasi akibat suhu tinggi atau kelembapan melampau.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Rajpal Singh, saksi itu bersetuju bahawa ujian polilight bukan hanya membabitkan kehadiran air mani, tetapi juga cecair lain sama ada biologi atau air teh yang boleh menunjukkan hasil warna hampir sama.

Katanya, laporan kimia turut mengesan satu profil DNA campuran daripada ekstrak sel bukan sperma terdiri daripada sekurang-kurangnya dua individu pada putik kapas, yang mana DNA yang terdapat adalah lemah dan tidak konklusif hingga tiada perbandingan dapat dilakukan dengan spesimen darah yang diterima.

Turut memberi keterangan Juruanalisa Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia Cheras, Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz sebelum prosiding ditangguhkan jam 5 petang dan bersambung pagi esok.

Pendakwaan dikendalikan Azlina dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin, manakala pembelaan diketuai Rajpal.

Mahkamah sudah mendengar keterangan 18 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula 5 April lalu.

Yong, 51, didakwa atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia di kediamannya di Meru Desa Park di sini, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019 mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - BERNAMA

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i):   ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter...  Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11:  Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 7(iii): ADUN DAP Tronoh. X kesan Air Mani.

2 comments:

Anonymous said...

Semoga penyokong liberal kembali ke pangkal jalan dan tidak bekerjasama dgn mini zionist. Kembali berjuang perkasakan Islam. Sesungguhnya kepimpinan yg tiada pendidikan Islam adalah retorik saja. Pilih pimpinan yg tidak gila rebut kerusi pm.

Anonymous said...

Rakyat marhaen la yg kena.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails