KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah terkenal berusia 30-an, tiba di Bukit Aman pagi ini bersama peguamnya, dipercayai bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.
Beliau yang hadir dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux, tiba pada jam 8.59 pagi.
Sejurus tiba, individu berkenaan yang memakai kopiah dilihat turun dari kenderaan tersebut namun wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.
Beberapa individu dipercayai pembantunya dilihat mengepung seolah-olah mahu mengelak wajah pendakwah itu dirakam oleh pihak media yang menunggu sejak pagi.
Selesai pendaftaran, lelaki itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Menara 2, Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan dan polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini..
2. Bekas penggerak vaksin Kanada didakwa kes serangan seksual.
Mejar Jeneral Dany Fortin didakwa lakukan serangan seksual pada 1988. - Foto AFP
OTTAWA: Pihak berkuasa Kanada semalam memfailkan dakwaan serangan seksual terhadap seorang jeneral yang baru-baru ini dipecat daripada jawatannya selaku ketua program vaksinasi COVID-19 negara.
Peguamnya memberitahu media tempatan, dakwaan terhadap Mejar Jeneral Dany Fortin berhubung kejadian pada 1988 ketika beliau menjadi pelajar di Royal Military College di Saint-Jean, Quebec.
Fortin menafikan tuduhan itu. Dalam satu kenyataan semalam, dia berikrar untuk membela diri terhadap tuduhan berkenaan.
Fortin berkata demikian di luar balai polis di bandar Gatineau, Quebec dekat Ottawa di mana tuduhan itu difailkan.
Dia yang berpengalaman selama 36 tahun dalam tentera, termasuk sebagai ketua misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Iraq, berkata tuduhan terhadapnya berkaitan dengan beberapa kesalahan seksual didakwa berlaku lebih 30 tahun lalu.
Fortin berkata, dipecat daripada jawatannya dan kini didakwa secara jenayah adalah penderitaan baginya dan keluarga serta satu mimpi buruk.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengulas mengenai kesalahan seksual dalam tentera, dengan mengatakan: "Kita melihat selama beberapa bulan terakhir sejauh mana Angkatan Bersenjata Kanada belum sampai ke tahap yang diperlukan untuk melindungi semua wanita dan lelaki yang memilih untuk berkhidmat."
Beliau mengingatkan kerajaan pada April lalu melantik bekas pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyemak cara pengendalian dakwaan terhadap tentera, lima tahun selepas pasukan petugas sebelumnya gagal membanteras kesalahan seksual dalam pasukan itu.
Tentera baru-baru ini melaporkan kepada parlimen bahawa terdapat 581 serangan seksual dan 221 insiden gangguan seksual sejak 2015.
Fortin dipecat pada Mei 2021 sebagai ketua pasukan petugas vaksinasi COVID-19 Kanada.
Dia antara beberapa komander tertinggi tentera yang kehilangan jawatan kerana tuduhan salah laku seksual sejak setahun lalu.
Pada Julai lalu, bekas Ketua Staf Pertahanan Jonathan Vance didakwa menghalang proses keadilan berkaitan tuduhan seksual terhadapnya.
Penggantinya, Laksamana Art McDonald dikenakan cuti pentadbiran pada Februari lalu, hanya sebulan selepas memegang jawatan berkenaan berikutan tuduhan sama.
Walaupun penyiasat tentera memutuskan minggu lalu untuk tidak mendakwa McDonald dan menutup kes, kerajaan menolak untuk mengembalikan kepada jawatannya dan dia terus dikenakan cuti pentadbiran.
Fortin dijadualkan hadir di mahkamah pada 20 September ini. - AFP
Jangan Dituang Garam Atas Luka Anwar Itu Wahai Tun.. Mahathir dalam wawancara bersama Bernama malam tadi.
ReplyDeleteApa ni Tun apa pasal nak gaduh gaduh dengan Anwar nih... Jangan bergaduh Tun ... jangan berhenti bergaduh teruskan bergaduh Tun... Selagi nyawa di kandung badan .. teruskan lah bergaduh Tun.. kami sedia menonton sambil tambah pop corn..!
Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim terhutang budi kepadanya kerana naik dalam politik, menolak kecaman berterusan penyokong pemimpin PKR itu beliau menjadi halangan kepada usaha Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.
Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar yang tidak mahu menerimanya selepas kerajaan PH tumbang tahun lepas.
“Saya tak tolak dia. Sebenarnya, Anwar jadi Anwar kerana saya. Kalau tak ada saya, Anwar bukan siapa pun. Saya yang bawa naik dia sampai jadi timbalan perdana menteri.
Dia nak jadi perdana menteri. Saya kata pada dia, ‘Saya jadi perdana menteri untuk enam bulan, lepas tu you take over la’,” kata Mahathir.
“Lepas tu apa peranan saya? Tak nak saya jadi perdana menteri, tak nak saya ada dalam parti. Dia yang menolak saya. Tapi dengan bijaknya, dia beritahu kepada orang yang saya tolak dia.”.
Pada Tun sudah sudah lah tu berhenti lah.. jangan berhenti bergaduh Tun teruskan selagi nyawa di kandung badan. Sesekali kami pun nak belajar membatu api.. haahh tepokk dan pop corn tambah.
Yg suka buat jahat dan faham liberal, tak minat dgn pas. Sebab pas bawa politik islam. Mereka suka dgn dap sebab dgn dap takda hukum islam.
ReplyDeleteEng guan ngam dgn pkr, dan pkr ngam dgn eng guan. Pkr mcm puppet. Tuan puppet ialah dap. Lenggok puppet ikut lenggok tuan puppet. Puppet ini special sebab sembang kari nya lebih dari pemilik kari. Habis semua nak dilesing.