Tuesday, August 31, 2021

Singapura janji gaji minimum SGD1,400 dalam 2 tahun

 

SINGAPURA: Hampir semua pekerja tempatan di republik ini akan membawa pulang gaji sekurang-kurangnya SGD$1,400 (RM4,332) dalam masa dua tahun akan datang.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia dan Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata mereka yang melakukan pekerjaan bergaji rendah seperti pemandu dan penolong pentadbiran akan mendapat gaji lebih tinggi.

"Ini akan dilakukan dengan memperluaskan Model Gaji Progresif (PWM) kepada lebih banyak sektor dan juga pekerjaan tertentu dalam semua sektor.

"Syarikat yang menggajikan pekerja asing pula akan perlu melaksanakan rejim Gaji Kelayakan Setempat (LQS) supaya semua pekerja bergaji rendah tempatan mendapat gaji garis asas sekurang-kurangnya SGD$1,400 (RM4,332).

"Ini adalah antara saranan yang dibuat Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) dalam usaha mempertingkat gaji dan kesejahteraan pekerja bergaji rendah," katanya.

Tambah beliau, kerajaan menerima semua 18 saranan oleh kumpulan kerja itu, yang mengeluarkan laporan penuhnya semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, mengumumkan saranan utamanya.

"Saranan ini membawa usaha sedia ada kami ke tahap baru dengan langkah yang mantap lagi berani ke depan.

"Ini bermatlamat membina sebuah Singapura yang lebih inklusif supaya pekerja bergaji rendah kita juga boleh mencapai kemajuan.

"Ia tidak mudah bagi majikan, rundingan kami sukar tetapi kami mencapai persetujuan mengenai hasilnya, yang juga akan mengurangkan risiko pengangguran," katanya.

Tambah Zaqy, kerajaan juga menyedari bahawa majikan masih menghadapi masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19, ketika melaksanakan dasar baharu itu.

Namun, tegas beliau, semua perlu bersedia membayar lebih bagi barangan dan perkhidmatan jika ini bermakna pekerja boleh membawa pulang gaji lebih baik bagi keluarga mereka, sekali gus boleh menikmati taraf kehidupan lebih tinggi.

Sekitar 94 peratus atau sembilan daripada setiap 10 pekerja bergaji rendah akan menikmati gaji lebih tinggi di bawah pendekatan PWM.

Skim yang diperluaskan itu akan antara lain membabitkan tiga sektor baru iaitu pembersihan, keselamatan dan landskap.

Dengan pendekatan baru itu, 82 peratus pekerja bergaji rendah atau sekitar 234,000 pekerja akan menikmati kenaikan taraf.

Langkah yang disarankan kumpulan kerja itu akan dilaksana mulai tahun depan, dengan PWM diperluas kepada sektor runcit mulai 1 September 2022 sementara khidmat makanan serta pengurusan sisa mulai 1 Mac 2023.

PWM bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap akan turut merangkumi pekerja dalaman mulai 1 September 2022 manakala Gaji Progresif Pekerjaan akan diperkenal bagi pekerja pentadbiran dan pemandu mulai 1 Mac 2023.

Sementara itu, syarikat yang menggajikan pekerja asing dikehendaki membayar semua pekerja setempat mereka LQS sekurang-kurangnya SGD$1,400 (RM4,332) sebulan mulai 1 September 2022. - AGENSI


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

1 comment:

  1. Dari kaca mata seorang pendidik : Tun dan UMNO. Merdekakah kalah suka gadai prinsip.!?

    Cikgu Kamarul Azman Habibur Rahman..

    Pengasas PPBM

    (Persoalan prinsip, dasar dan akidah. Perlukah aku menang bila prinsip maruah negara dan akidah digadai untuk menang..!?)

    Cikgu : Seorang yang bijak pasti mampu memanfaatkan musuh-musuhnya, daripada seorang bodoh yang dijahanamkan oleh rakan-rakannya.

    (Perlukah aku menang dan mengangkat sesorang yang bercakap pasal islam dengan gah bila berkuasa tetapi bila kuasa sudah tiada sanggup pula mengadai akidah bersama anak cucu menjulang perjuangan COMANGO, LGBT Seksuality Merdeka dan bersama sama jadi barua Lee Kwan Yew@ DAP bila sudah kehilangan kuasa.!? Ingat 22 tahun 22 bulan berapa banyak tanah orang Melayu tergadai dan bailout bagi tokey Cina)

    Cikgu : Dalam meniti hari-hari menuju kepada terbitnya fajar pilihanraya umum ke 15, UMNO perlu mempunyai pandangan yang jelas dan terang tentang siapa rakan dan siapa lawan. Ini bukanlah masa untuk UMNO menambahkan musuh tetapi sebaliknya.

    (Kami tidak menambah musuh cukup lah musuh yang sedia ada pengajaran 22 tahun 22 bulan cukup mengajar kami siapa musuh dan kawan dikala susah dan senang..)

    Cikgu : Mantan Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pernah berkata “Bukankah aku membinasakan musuh-musuh ku dengan menerima mereka sebagai rakan?”

    ( Yer Abraham Lincon dan Tun intiti tidak sama, Abraham mati ditembak semata mata menghentikan sistem hamba dan manipulasi Federal Reserved, hingga mati ditembak demi prinsip kerjanya walaupun dia agama Kristian. Tidak sesekali prinsip Abe Lincon digadainya. Tun apa yang dia buat untuk negara selama 22 tahun 22 bulan... prinsip flip flop dan lalang)

    Cikgu : Saya cuba menyelami perasaan para pemimpin serta ahli-ahli UMNO apabila Tun Mahathir mula menunjukkan tanda-tanda untuk pulang ke pangkuan UMNO.

    (Tanda kepulangan untuk apa..!? Yang rakyat nampak tanda kepulangan orang yang cukup terdesak menyelamatkan anak cucu dan kroni setelah tipu daya dan muslihat politiknya mudah dibaca oleh rakyat)

    Cikgu : Ternyata ada perasaan yang masih dan akan terus terusik tentang apa yang telah berlaku.

    (Apa guna nya untuk menang bila semua harta rakyat dibailout sesuka hati demi anak cucu bila rugi berniaga sambil memaki hamun bangsanya sendiri tak tahu berniaga dan sebagainya bila perniagaan anakcucu rugi..!?)

    Cikgu : Ramai juga yang seperti telah menutup hati terhadap Tun.

    (Perlu kah aku harus menang semata mata untuk menang bila prinsip flip flop Rules Of Laws yang dilaung dari satu bukit ke satu bukit dengan mudah dipijak pijaknya dengan lidah bercabang fitnah jijik bila kuasa ditangan.. bila kuasa sudah tiada diulang ulang Prinsip Of Laws. Sekali diperbodoh tidak mengapa Cikgu..!! kalau lebih sekali cuba memperbodohkan rakyat itu bangang namanye..)

    Cikgu : Namun untuk menang dalam permainan politik, UMNO tidak mampu untuk menutup pintu terhadap mana mana tokoh yang ingin bersama mereka.

    (Ye kami mahu menang dan bodohlah kalau bertanding tak nak menang. Apa guna menang bila maruah akidah iman tergadai..!?
    Biarlah kalah tapi kalah bermaruah dengan akidah iman tidak digadai dan dijual beli dengan mudah...bijak kah aku semata mata untuk menang bila akidah maruah bangsa digadai sesuka hati)

    Untuk Cikgu : Jadi lah seperti Abraham Lincon biarlah 'kalah ditangan musuhnya' hingga ditembak mati sekalipun perjuangkan dan membebaskan hamba abdi dan belenggu Federal Reserved tapi prinsip perjuangannya tidak berganjak seinci pun, itu lah Abraham Lincon. Macam langit dan bomi jauh benar Abraham Lincon yang tidak mengadai prinsipnya untuk cikgu dijadikan ukuran dengan prinsip Tun.

    Pada cikgu elok lah ulang sekolah balik dan belajar tapi bukan mengajar..!!

    ReplyDelete