Tuesday, August 10, 2021

Sumber Pembangkang &UMNO, mengenai Kedudukan PM Kini..

 

1. Pembangkang pula serah surat ke Istana tolak Muhyiddin 

B Nantha Kumar 

Selepas Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin, sumber dalaman blok pembangkang berkata bahawa pembangkang pula telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak perdana menteri itu. 

Dua sumber masing-masing dari parti Amanah dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan surat itu dihantar ke Istana hari ini. 

"Kami hantar surat hari ini lebih kurang pukul 4 petang tadi. 

"Kesemua 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar surat.

"Dengan keputusan pembangkang sebulat suara menolak Muhyiddin, jumlah ahli parlimen tidak sokong kini sudah mencecah kepada 118 orang," kata sumber itu kepada Malaysiakini. 

Malaysiakini sedang menghubungi Majlis Pakatan Harapan untuk mendapatkan pengesahan lanjut. Menurut satu lagi sumber yang tidak ingin mendedahkan namanya, pembangkang menyerahkan surat itu secara en-blok. 

"Ketua parti menghantar suratnya mewakili parti masing-masing. 

"Jika kita lihat Umno serahkan surat pada 29 Julai. Jadi, jelas lapan ahli parlimen Umno telah tolak Muhyiddin pada 30 Julai. Kalau campur dengan pembangkang 105 sudah jadi 113 anggota pada ketika itu. 

"Maka, kami percaya Muhyiddin telah menipu Seri Paduka Baginda bahawa dia masih mempunyai mandat di Dewan Rakyat," katanya. 

Untuk rekod, pada 3 Julai, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin. 

Setakat laporan ini ditulis sebanyak 15 ahli parlimen Umno dikatakan telah memutuskan kerjasama dengan kerajaan PN dan Muhyiddin. Dengan itu sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat kini berkurang kepada 100 ahli sahaja, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah di parlimen. 

Namun, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos. 

Dia juga berjanji untuk membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadual bulan depan. at 8/09/2021 08:34:00 PTG (KERENGGA)

 

2. Umno dedah surat MP Umno tarik sokongan pada Muhyiddin

Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis, Mohamadin Alamin yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Surat berkenaan telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong. Surat berkenaan disahkan oleh peguam Santhra Segaran, bertarikh antara 29 Julai dan 3 Ogos. Surat-surat terbabit disiarkan secara ringkas di akaun media sosial parti itu. 

Ahli Parlimen yang menandatangani surat berkenaan ialah: 

Najib Abdul Razak (Pekan)

Azalina Othman Said (Pengerang) 

Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) 

Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) 

Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) 

Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 

Ramli Mohd Nor (Tanah Tinggi Cameron) 

Ahmad Maslan (Pontian) 

Mohd Nizar Zakaria (Parit) 

Noh Omar (Tanjong Karang) 

Azeez Abdul Rahim (Baling) 

Shamsul Anuar Nasara (Lenggong)

Bung Moktar Radin (Kinabatangan) 

Mohamad Alamin (Kimanis) 

Bung Moktar dan Mohamad adalah dua ahli Parlimen terbaru yang menyertai senarai Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menjadikan jumlah keseluruhan 14 ahli parlimen.

Bung Moktar adalah yang paling awal menandatangani surat itu pada 29 Julai. Umno juga telah memuat naik dua surat yang ditandatangani oleh presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. 

Yang pertama, bertarikh 30 Julai, di mana Zahid menyampaikan warkah kepada Agong untuk mempersembahkan tandatangan surat pertama yang ditandatangani oleh ahli parlimen Umno. Dalam surat kedua, bertarikh 4 Ogos, Zahid menyerahkan senarai lengkap 14 ahli parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan tidak ada mana-mana anggota parlimen yang menandatangani surat pertama menarik sokongan mereka. 

Pada 3 Ogos lalu, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 14 ahli parlimen sudah menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata beberapa sumber dalaman parti itu. Menurut mereka, selain 11 ahli parlimen yang hadir bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa membuat pengumuman isu berkenaan di Kuala Lumpur, ada tiga yang lain sudah menurunkan tandatangan untuk memaklumkan pendirian mereka kepada Yang di-Pertuan Agong. 

"Antara mereka yang tidak hadir bersama presiden Umno hari ini tetapi sudah menandatangani surat penarikan balik sokongan kepada PN ialah ahli parlimen Lenggong, dan seorang (ahli parlimen Sabah)," kata sumber yang dekat dengan Ahmad Zahid. 

Untuk rekod ahli parlimen Lenggong ialah Shamsul Annuar Nasarah yang meletakkan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber asli. at 8/09/2021 05:13:00 PTG (KERENGGA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini pun begitulah kenyataan pembangkang, rakyat sudah mangli..


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails