Sunday, August 15, 2021

Tawaran PM Penghinaan -Anwar. Muhyiddin licik-Guan Eng

 

 ONGSEBERANG JAYA 29 APRIL 2019. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Sembang Santai dan Minum Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di De Pauh Garden, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang. NSTP/MIKAIL

1. Tawaran Perdana Menteri satu penghinaan - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu penghinaan kepada ketua pembangkang.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam keadaan rakyat susah dan terbeban akibat kesan pandemik COVID-19, tawaran sebegitu tidak mampu menyelesaikan masalah.

"Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

"Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.

"Sebab itu saya tegas menolak, saya tidak mahu menilai motif dan niat masing-masing, tetapi apa yang nyata dan dizahirkan itu adalah percubaan licik tanpa memikirkan masalah rakyat," katanya dalam sidang video secara maya di Facebook beliau malam ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas tawaran kerjasama bipartisan dibuat Muhyiddin semalam kepada Ahli Parlimen pembangkang serta faedah setaraf menteri kanan yang diberi kepada ketua pembangkang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam kedudukan Perdana Menteri sudah hilang majoriti, tidak munasabah untuk beliau mengemukakan apa-apa tawaran.

"Perdana Menteri mengaku sudah hilang majoriti dan dalam keadaan begini tidak munasabah untuk kita memberi pertimbangan apa-apa usul yang beliau kemukakan kerana usul itu harus dikemukakan Perdana Menteri yang baharu.

"Ya... Ahli Parlimen penting dapat peruntukan, tetapi nyawa rakyat pun penting. Kehidupan orang tiada pekerjaan, yang susah terpaksa mengemis minta pertolongan, itu lebih penting dan wajar kita pertimbangkan bukan soal survival Ahli Parlimen atau ketua pembangkang," katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya Muhyiddin wajar mengikut jalur perlembagaan yang sepatutnya dengan meletak jawatan secara terhormat.

"Perdana Menteri ikutlah jalur yang munasabah iaitu menghormati prinsip perlembagaan. Ikutlah prinsip perlembagaan dan letak jawatan secara terhormat dan biarlah kita ambil langkah maju ke depan.

"Kita perlu lakukan politik baharu yang tidak berasaskan politik dendam. Kemudian politik yang tidak terlalu diheret dengan kepentingan peribadi," katanya.

2. Muhyiddin licik, jangan mudah termakan umpan, kata Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang yang ‘terpesona’ dengan taburan janji manis Muhyiddin Yassin berpegang kepada pemikiran matlamat menghalalkan cara, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Kenyataan beliau muncul selepas dua Ahli Parlimennya, Ong Kian Ming (Bangi) dan Tony Pua (Damansara), mahu pembangkang mempertimbang cadangan dikemukakan Muhyiddin terutama dalam mereformasikan institusi, selain enggan membiarkan kleptokrat kembali berkuasa.

Ahli Parlimen Bagan itu, bagaimanapun berkata beliau tidak menyalahkan ada pihak tertarik dengan tawaran reformasi dicanangkan perdana menteri itu, semalam.

“Mereka tidak peduli siapa mengemukakannya. Mereka tidak salah. Mereka tidak salah dalam mengejar reformasi institusi secara idealistik.

“Namun, kita berhadapan dengan perdana menteri yang memiliki rekod sejarah melakukan sebaliknya apabila “matlamat menghalalkan cara”, dalam perkara ini untuk kekal menjadi perdana menteri tanpa mengira betapa mahal harganya,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng berkata, reformasi institusi bukanlah permainan politik kerana memerlukan komitmen ikhlas, bahkan mendambakan pengorbanan.

“Berdasarkan rekod perdana menteri dalam pengkhianatan politik dan komposisi Kabinet konservatifnya yang secara konsisten menentang reformasi dalam sebarang bentuk, ada keraguan munasabah sama ada Mahiaddin akan melaksanakan reformasi dijanjikannya,” katanya.

Beliau berkata, adalah jelas cadangan ‘perdamaian dan setiakawan’ dihulur Muhyiddin bukti percaturan kuasa atau strategi untuk survival.

“Walaupun ramai menjangkakan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin tidak mempunyai pilihan, selain meletakkan jawatan, sehingga menimbulkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan, DAP menolak pilihan raya umum kerana rekod tertinggi kes jangkitan Covid-19 dan angka kematian yang menghampiri 12,000 orang,” katanya.

Katanya, DAP mengulangi komitmen menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan menumpukan usaha memerangi pandemik Covid-19.

“DAP berpegang teguh kepada pilihan kami untuk calon perdana menteri berdasarkan kepada mandat PH. Jawatan perdana menteri bukan milik satu orang sahaja tetapi kelayakan perlu berdasarkan potensi kemampuan dan kapasiti untuk mengatasi wabak Covid-19, kemelesetan ekonomi dan komitmen reformasi institusi,” katanya.

(IH)

7 comments:

Anonymous said...

Gaji Anwar sebagai Penisehat ekonomi Selangor RM1.00 (1 henggget) klaim elaun sepanjang jadi Penisehat RM15 juta.

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=834587&extra=&ordertype=1&mobile=2

Gaji penisehat ekonomi Selangor RM1.00 tuntut elaun 15 juta setahun.

Elaun RM15j: Kenapa Anwar tidak saman Faekah?

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ditempelak kerana hanya mampu berdiam diri tentang dakwaan beliau membuat tuntutan elaun berjumlah RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata, sikap Anwar itu agak menghairankan kerana beliau masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

#mantaplakonanhahhlufikirlahsendiri

Anonymous said...

https://chedet.cc/?p=348

Atas blog laman CheDet Tun bidas Anwar bergaji RM1.00 ringgit ( satu ringgit) jadi Penisihat Ekonomi di Selangor

Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF – International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.
5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF – iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.

6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.

7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book – pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.

11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya. Ini satu penghinaan pada rakyat Selangor


#lakonbiarnampakmantaplufikirsindiri

Anonymous said...

Secara jujur jika aku mati dan hidup semula, aku tetap tidak percaya pada kepala bapak kafir harbi roket dan kepala bapak munafiqun liberal mata satu kerana mereka mempunyai lidah biawak @ lidah bercabang yang telah, sedang dan akan digunakan untuk membuat pelbagai persepsi @ fitnah dan pelbagai janji palsu untuk kencing rakyat tanpa merasa malu atau segan.

Bahkan mereka berani menghina agama Islam dan umat Islam secara terbuka untuk membuktikan diri mereka adalah musuh Islam. Maka teramat bodohlah umat Islam yang menyokong mereka.

Mereka suka merobohkan rumah dan kampung Melayu dan gerai Melayu dll. Mereka juga membatalkan kontrek untuk kontraktor Melayu. Ini menunjukkan mereka bersikap anti-Melayu.

Aku juga tidak percaya pada puak kluster makamah kerana berani pecah amanah dan menyalah-gunakan kuasa dan jawatan untuk mengumpul kekayaan secara haram di waktu sedang hidup menderita kerana kemiskinan.

Apabila mereka didakwa di mahkamah kerana pelbagai kes rasuah, mereka sanggup menggulingkan kerajaan supaya mereka boleh dibebaskan dari kes rasuah seperti mana kepala bapak roket kaki rasuah dibebaskan dari perbicaraan mahkamah.

Mereka adalah kepala bapak hipokrit ysng menjerit mahu perpaduan ummah @ kaum Melayu di waktu mereka tersepit. Apabila mereka mula merasa diri mereka kuat, mereka mula memecah-belahkan perpaduan ummah @ kaum Melayu kerana mereka mementingkan diri mereka sendiri bukan ummah @ kaum Melayu.

Malangnya ada sebilangan rakyat yang suka dikencing hancing berulang kali kerana mereka buta, pekak dan dungu.

Umat Islam wajib menolak semua pemimpin kafir harbi roket, pemimpin munafiqun liberal dan semua pemimpin rasuah dalam PRU yang akan datang kerana mereka semua adalah poli-TIKUS yang memusuhi rakyat dan negara.

Jika anda masih menyokong dan mengundi mereka, anda juga mendapat dosa besar setiap kali mereka menzalimi dan menipu rakyat dan menghina Islam dan menindas umat Islam.

Jika anda tidak bertaubat dan anda mati , anda akan dihumban ke dalam bersama dengan pemimpin-pemimpin zalim tersebut.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka.

(Surah Hud 11:98)

Anonymous said...

Pembetulan komen 8:00 am :

Perenggan 3:

Mereka suka merobohkan rumah dan kampung Melayu dan gerai Melayu dll. Mereka juga membatalkan kontrek untuk kontraktor Melayu. Mereka juga telah memecat berbelas ribu kakitangan awam kaum Melayu. Ini menunjukkan mereka bersikap anti-Melayu.

Perenggan 4:

Aku juga tidak percaya pada puak kluster makamah kerana berani pecah amanah dan menyalah-gunakan kuasa dan jawatan untuk mengumpul kekayaan secara haram di waktu RAKYAT sedang hidup menderita kerana kemiskinan.

Anonymous said...

Bila mendedahkan gaji bukan satu rm tapi 15 juta rm, ia bukanlah satu kebencian. Tapi lebih kepada pendedahan supaya rakyat tahu siapa yg sebenarnya berlindung disebalik ucapan manis. Supaya ucapan manis jadi persepsi karier politik. Begitu juga halnya dgn janji kafir harbi yg yg sejurusan dgn rakan politik. Cuma menimbulkan persepsi yg bertujuan mengelabui mata org ramai. Di belakang ucapan lemak manis eng guan, ada lembing yg menunggu utk menikam bangsa melayu.

Anonymous said...

Mentera Beradu ( Hati hati Lakonan Si Bangau)

( Bangau dah pulang suara sumbang. Bawa otak bukan pisau)

https://youtu.be/GBZktXrvO-s

Bismilahirahmanirahim
Gerakkan Hati... Hati gerakkan
Pandanglah aku... aku lah dia
Kulitku tebal ku kebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Pecah tembelang... peta dah hilang
Bangau dah pulang... suara sumbang
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah segarang
Takat meradang
Tanya abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodinya
Lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaw
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belot maut
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu
Puisi hati mu... hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku
Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna...

#awaslakonansibangauohbangau

Anonymous said...

Sajak Kencing

Kencing hukumnya najis

Hancing buktinya wujud

Pakatan Hancing empunya nama

Dipimpin abang roket tak basuh

kencing dan berak

Pengikut-pengikutnya juga kaki kencing

Kencing sana kencing sini

Hancing seluruh negara

Konon akan hapus tol, hutang PTPTN, hutang peneroka felda , bla ... bla .. bla.

"SAYA ULANG kita tubuh kerajaan hari ini , esok kita turunkan harga minyak, hapuskan tol .... bla .... bla ...."

Kencing lagi .....

Itulah puak Pakatan Hancing muka tembok

Kencing rakyat menjadi hobi dan tugas hakiki ....

Rakyat dikencing tanpa kasihan belas

Setelah mengundi Pakatan Hancing

Semua janji menjadi kencing hancing

Rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri

Dan Pakatan Hancing masih menabur janji palsu

Yang bodoh tetap percaya kerana

Mereka lebih bodoh dari lembu

Pakai spect warna hijau

Makan rumput kering

Kerana menyangka itu rumput hijau.

Bodoh berlapis-lapis.....

Pakatan Hancing suka

Sembang lebat

Babi pun bokeh terbang

Tetapi

Habuk pun tarak !

Porrahhhhhh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails