Friday, August 13, 2021

Tidak lagi menjadi pembangkang yang rasional....

 

Memang meluat dengan orang gila kuasa…

TAK sabar. Seorang rakan penulis yang jelas sokongannya sebelum ini kepada pembangkang mulakan bicara pada Rabu lepas mengenai luah rasanya terhadap senario politik negara hari ini.

“Tak sabar, dan memang gila nak berkuasa belaka, rakyat penat berdepan tekanan ekonomi dan dibelenggu Covid-19, depa (mereka) suka-suka nak alih sokonganlah, nak bentuk jajaran baharulah. Yang seorang lagi tak habis-habis dengan impian nak jadi Perdana Menteri,” kata sahabat penulis yang berasal dari Alor Star, seorang rakan sejak di zaman kampus lagi yang cukup kritikal pemikiran dan susah untuk meletakkan jiwanya bersama kerajaan, tidak kira siapa memerintah. Jiwa kepembangkangan atau anti establishment itu amat menebal sejak di kampus.

Namun bicara kami Rabu lepas membungkam satu rasa yang beliau sendiri sedih dengan sikap pembangkang dan mereka yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan melalui pelbagai cara ketika ini.

“Aku pelik, ya memang pembangkang tugasnya membangkang, tapi Malaysia dalam situasi gawat bukan? Kita patut sama-sama bantu atasi kemelut ini, bukan pakat tekan kerajaan. Yang aku lebih pelik yang duduk bersama ketika setuju bentuk kerajaan, hari ini mereka buat onar ketika kerajaan fokus sepenuhnya mengatasi pandemik Covid-19 dan cuba beri bantuan yang terbaik’ buat rakyat. Yang kau duduk dalam kerajaan tapi tidak bantu idea atau pandangan kepada kerajaan kenapa?” bicara beliau semakin panas.

Benar itulah antara luah rasa, kalau penulis mahu nukilkan kesemua luahan beliau mahu rasanya banyak nama yang beliau sebutkan tertulis di sini. Tapi cukuplah sekadar yang umum.

Rakyat di luar sana memang sedang memerhati dan meneliti sikap serta tindakan pihak-pihak tertentu ketika ini yang terlalu ghairah menekan kerajaan PN hinggakan hari ini virus politik itu lebih gawat berbanding virus Covid-19.

Walhal pihak Istana Negara, Sultan Johor dalam Titah sempena Maal Hijrah secara jelas memberi peringatan agar semua pihak bersama menumpukan usaha menyekat penularan wabak Covid-19 dan melihat kepada kebajikan rakyat.

Namun apa yang berlaku ketika ini, fraksi politik dalam kalangan PH dan pembangkang yang lain serta mereka yang berkepentingan asyik benar dengan tujahan politik dengan doktrin ‘Kerajaan Gagal’.

“Aku nak tanya depa, masa depa perintah dulu depa buka laluan masuk ke negara ini yang menyebabkan kes jangkitan pertama Covid-19, dan yang duk pakat nak tubuh kerajaan bulan Februari 2020 tu lupakah mereka bersama dalam kerajaan? Kalau depa kata kerajaan ini gagal, apa tanggungjawab mereka pula?

“Paling aku tak boleh blah (terima), depa ini semuanya hanya nak kuasa, bagi kuasa depa buat onar, depa pakat bedak (bahagi-bahagi) kekayaan negara sesama depa, rakyat dapat apa? Kita tengok dah 22 bulan depa perintah, hasilnya sampai tahap Tabung Haji pun depa kacau, aku memang anti establishment, tapi la ni aku nilai sepenuhnya dan aku letak sepenuh keyakinan bahawa kerajaan Muhyiddin Yassin ni jauh lebih baik,” selepas 21 tahun pandangan seorang rakan yang dahulunya amat rigid kepada kerajaan berubah tatkala pandemik Covid-19 membadai hingga dia hilang pekerjaan dan kini menjalankan usaha perniagaan secara dalam talian.

“Aku dapat bantuan kerajaan, dan aku yakin ramai lagi seangkatan dan senasib dengan aku dapat manfaatnya. Benar Covid-19 mendatangkan kesan yang amat parah, tetapi kalau kerajaan ini terus diperintah PH, aku rasa RM30 tu sahajalah yang rakyat dapat, dan mereka akan kata, ikat perut bantu kerajaan depani krisis ekonomi. Bagi aku, kerajaan PN ini dah bantu banyak, adapun yang bising di luar sana (pembangkang), mereka rakus nak berkuasa,” tegas sahabat penulis yang semakin cerah sisi pandanganya terhadap pelaksanaan pelbagai bantuan yang dihulur kerajaan yang mana manfaatnya dirasai rakyat yang benar-benar terkesan.

Benar ini satu contoh luahan rakyat. Dan di luar sana ramai lagi yang meluat dengan pembangkang yang hingga ke saat ini langsung tidak memikirkan langkah terbaik bersama mendepani pandemik Covid-19.

Sultan Johor sendiri secara tegas menitahkan agar semua pihak berhenti berbalah, dan andainya masih berlaku lagi Baginda tidak teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Rakyat penat, penat melihat sengketa angkara kuasa, rakyat cukup meluat dengan pembangkang yang tidak lagi menjadi pembangkang yang rasional. – HARAKAHDAILY 13/8/2021

1 comment:

Anonymous said...

Terdapat pelbagai penyakit gila seperti penyakit gila kuasa. Hanya orang bodoh sahaja menyokong pemimpin pembangkang yang gila kuasa tahap kronik.

Pemimpin gila kuasa adalah pemimpin yang tamak dan mementingkan diri mereka sendiri. Jika anda beri hati dan harapan anda kepada mereka, mereka pasti akan memusnahkan hati dan harapan anda sebagaimana mereka telah kencing anda dengan pelbagai janji palsu.

Maka kita tidak merasa terkejut melihat mereka menggunakan politik persepsi dan meratib jampi serapah 'kerajaan gagal' sepanjang masa untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut rakyat membenci kerajaan yang sedang sibuk mengawal wabak covid dan membantu rakyat.

Keadaan bertambah buruk apabila kluster makamah sanggup sabotaj usaha kerajaan membantu rakyat dan mengawal covid di waktu yang kritikal sekarang.

Maka tindakan mereka adalah tidak wajar kerana mereka tidak membantu rakyat tetapi memburukkan keadaan tanpa mempedulikan penderitaan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails