Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, perkembangan positif itu turut menggambarkan bahawa isu aurat dan maruah wanita merentasi agama dan bangsa.
“Kita melihat ia sebagai satu perkara yang positif dan menyedari maruah wanita termasuk pakaian yang sopan adalah isu universal merentasi agama dan bangsa.
“Jadi apa yang diperjuangkan sebelum ini bukanlah isu Islam yang yang sering dimanipulasi sebagai tertutup dan kolot, malah ia langkah kehadapan untuk kita membawa perubahan dalam dunia sukan.
“Tumpukan pada merit sukan itu sendiri bukan mengeksploitasi batang tubuh atlet wanita sebagai tarikan dan ukuran,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Media melaporkan skuad gimnastik wanita Jerman memilih menggunakan seragam yang lebih ‘sopan’ ketika bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tindakan atlet gimnastik Jerman tersebut dikatakan sebagai simbolik untuk memerangi gangguan seksual dalam sukan berkenaan.
Langkah gimnas Jerman itu mendapat pujian di seluruh dunia dan menamatkan tradisi di temasya Sukan Olimpik sebelum ini menggunakan pakaian leotard ketika beraksi.
Mumtaz juga berkata, perkembangan yang berlaku itu turut menjadi peneraju dalam perubahan ke arah pematuhan syariah Islam dalam konteks sukan.
Kelantan sebelum ini antara negeri yang menjadi perintis perubahan pematuhan syariat dalam acara sukan.
Malah Kelantan juga merintis acara sukan bina badan patuh syariat pertama di negara ini. – HARAKAHDAILY 4/8/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita dari Tokyo menyebutkan, skuad gimnastik wanita Jerman mendedahkan pakaian sukan yang lebih ‘sopan’ untuk dipakai pada Sukan Olimpik Tokyo sebagai tentangan terhadap seksualiti dalam sukan tersebut.
Bukan baru, sejak 1970-an, gimnas wanita sering mengenakan pakaian leotard, namun skuad Jerman menerusi quartet Elisabeth Seitz, Kim Bui, Pauline Schafer dan Sarah Voss membuat keputusan untuk memecah tradisi tersebut.
Laporan menerusi perkongsian di Instagram milik Voss, keempat-empat gimnas itu mengenakan seragam berwarna merah jambu dan hitam serta berseluar panjang ketat.
“Memakai pakaian sebegini mampu membantu gimnas wanita lebih selesa serta yakin, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan.
“Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya leotard tidak menutup segalanya atau kadang-kadang terselak.
“Jadi sebab itu kali ini kami memakai pakaian yang baharu untuk lebih rasa selesa dan selamat semasa pertandingan atau latihan.
“Setiap kali tidak rasa selesa, ia akan mengganggu fokus anda, sekali gus menjejaskan persembahan.
“Saya fikir dengan pakaian ini akan membolehkan kami memberikan perhatian semasa membuat persembahan tanpa memikirkan apa yang orang lain lihat,” kata Voss.
Dilaporkan juga pasukan bola tampar pantai dari Norway sedia membayar denda kerana tidak mahu memakai bikini dan memilih memakai seluar pendek. Nampaknya atlet wanita bukan Muslim juga mula memperjuangkan dan menolak pakaian yang mereka rasakan memanipulasi wanita sebagai objek seksual walaupun sudah pastinya falsafah mereka tidak sama dengan konsep patuh syariat pakaian sukan Islam.
Sekian.
1 comment:
Elok lah Anwar pula dicabar buktikan majoriti sekarang tanpa tunggu Parlimen.
Pemuda Pas mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan keabsahan mempunyai sokongan majoriti.
Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, sudah berkali-kali Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau mempunyai majoriti, namun sehingga kini ia gagal dibuktikan.
Malah, katanya, PH tidak perlu membuktikan mereka benar mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat sebaliknya boleh dibuktikan di luar.
“Kes Datuk Seri Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010 membuktikan bahawa majoriti sokongan boleh sahaja dibuktikan di luar Dewan.
Post a Comment