Sunday, September 26, 2021

Adakah judi baik untuk rakyat Malaysia?

 


APAKAH ada kebaikan aktiviti perjudian untuk rakyat dan negara? Apakah wajar alasan meletakkan aktiviti perjudian sebagai salah satu sumber ekonomi utama bagi menjana pendapatan negara? Adakah judi ini hanya memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu dan Islam sahaja?

Menurut Kamus Dewan Bahasa, judi diertikan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Manakala, dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai sebagai al-maisir atau al-qimar yang bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah.

Beberapa ulamak menyatakan mengenai takrifan judi antaranya adalah:

1. Al-Mahalli mengatakan judi adalah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan, yang terdedah untuk menang atau kalah. (Lihat Syarh al-Minhaj, 4/226)

2. Al-Mawardi menyebut judi ialah suatu pertandingan yang menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan. (Lihat al-Hawi al-Kabir, 13/379)

3. Syeikh Ali al-Sabuni menyebut, judi adalah setiap permainan yang memberikan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi pihak yang lain. (Lihat Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-ahkam min al-Quran, 1/279)

Berdasarkan takrifan yang diberikan, jelaslah bahawasanya aktiviti perjudian merupakan satu permainan yang mengandungi pertarungan daripada semua yang bertanding, pertaruhan ini akan mengakibatkan keuntungan pada sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.

Terdapat ayat al-Quran yang menyatakan keburukan judi lebih besar dan dari manfaat serta ayat Al-Quran yang menyatakan pengharaman judi iaitu yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…””

(al-Baqarah: 219)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(al-Maidah: 90)

Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama, namun tiada satu pun yang menyatakan mengenai kebaikan daripada perjudian. Bahkan, ianya terbukti telah merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat merentasi kaum dan agama. 

Antara kesan buruknya ialah aktiviti perjudian boleh menyebabkan seseorang itu lalai daripada tanggungjawab yang dipikul sehingga menyebabkan kehabisan wang dan dibebani hutang. Akibat daripada hutang ini juga seseorang itu mudah terjebak dengan jenayah sehingga mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perpecahan dalam masyarakat.

Selain itu, kesan aktiviti perjudian dalam kalangan masyarakat ini secara tidak langsung akan memberi kemudaratan kepada negara. Contohnya seperti aktiviti perjudian yang berlaku di kalangan pegawai kerajaan atau penjawat awam yang boleh menyebabkan rasuah berlaku akibat daripada kerugian yang dialami. 

Maka apabila rasuah berlaku, ianya akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di peringkat pimpinan negara.

Oleh itu, tindakan kerajaan yang terbaru dengan mengumumkan mengenai kelulusan permohonan semua syarikat perjudian untuk cabutan khas nombor ramalan sebanyak 22 kali sepanjang tahun ini adalah sangat tidak wajar berlaku. Lebih-lebih lagi, negara dan rakyat masih lagi terkesan dengan pandemik yang melanda.

Allah menjadikan kekayaan sumber alam ini untuk ditadbir dengan sebaiknya dan diagihkan kepada semua manusia yakni rakyat. Maka, alasan atau rasionalnya untuk menjana keuntungan ekonomi adalah sangat dangkal kerana terdapat banyak lagi sumber yang boleh dijadikan hasil bagi negara.

Semoga kita semua dijauhi dengan segala perkara yang dilarang sehingga menyebabkan kemurkaan dan mengundang lebih banyak kecelakaan kepada negara dan rakyat. 

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 24/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/430665967118189/posts/1781559208695518/

1 comment:

Anonymous said...

Bila polis nak tangkap Zety Aziz.

Banyak yang diketahui oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai akaun bank di Singapura yang dimiliki oleh suaminya Datuk Dr Tawfiq Ayman?

Menurut dokumen dan surat-menyurat yang dilihat oleh The Edge, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura pada tahun 2015 dan 2016 telah berkongsi maklumat dengan Bank Negara Malaysia mengenai transaksi mencurigakan yang melibatkan Iron Rhapsody Ltd, yang mempunyai akaun bank di UBS di Singapura .

Tawfiq dan seorang anak lelaki mereka adalah pemilik bermanfaat Iron Rhapsody, menurut CAD.

Dokumen yang dikongsi oleh CAD Singapura dengan penyiasat Malaysia menunjukkan bahawa Iron Rhapsody menerima sejumlah AS $ 16.22 juta dari syarikat / akaun bank Low Taek Jho, atau Jho Low:

1) 18 Jun 2008: US $ 7.42 juta dari akaun bank Butamba Investments Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik benefisial Butamba Investments, yang terlibat dalam perjanjian tanah RM3 bilion pada Mei 2008 dengan Khazanah Nasional Iskandar

2) 21 Mei 2009: AS $ 0.732 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS. Jabatan Kehakiman AS telah menamakan Shearman sebagai firma yang digunakan Jho Low untuk mencuci wang yang dicuri dari 1MDB

3) 1 Jun 2009: US $ 0,567 juta dari akaun Acme Time Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik AcmeTime yang bermanfaat;

4) 17 Disember 2009: AS $ 6.25 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS

5) 18 Dis 2009: AS $ 1,25 juta diterima dari akaun Asset Central Holdings Ltd di RBS Coutts, Singapura. Jho Low adalah pemilik benefisial Asset Central.

CAD Singapura telah mengesahkan bahawa sumber wang dalam urus niaga 2, 3, 4, 5 berasal dari keuntungan yang dibuat oleh Jho Low dan kumpulan dari pembatalan bon 1MDB / TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) bernilai RM5 bilion yang diatur oleh AmBank pada Mei 2009 .

Jho Low dan lain-lain, melalui Aktis Capital Pte Ltd, Acme Time and Country Group Private Securities Ltd, memperoleh keuntungan lebih daripada RM600 juta dari penggulungan bon 1MDB.

Selain daripada perjanjian di atas antara Tawfiq Ayman dan Jho Low, kedua-duanya juga dipercayai sebagai rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan Jho Low pada bulan Julai 2007, yang disebut Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (lihat The Edge Malaysia, Issue 1071 , 15 hingga 21 Juni 2015: “Jho Low berperanan sebagai boneka kepada 1MDB untuk mendapatkan berbilion-bilion untuk kesepakatannya.

Tawfiq Ayman dan Jho Low, kedua-duanya juga dipercayai sebagai rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan Jho Low pada bulan Julai 2007, yang disebut Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (lihat The Edge Malaysia, Issue 1071 , 15 hingga 21 Juni 2015: “Jho Low berperanan sebagai boneka kepada 1MDB untuk mendapatkan berbilion-bilion untuk kesepakatannya”.)

Dokumen yang dilihat oleh The Edge menunjukkan bahawa pegawai bank BSI Yak Yew Chee - yang dipenjara di Singapura kerana bersubahat dengan Jho Low dalam transaksi jenayah berkaitan 1MDB - telah memberitahu CAD bahawa "ketika ADKMIC digabungkan (17 Julai 2007), ada enam tujuh pemegang saham, termasuk Jho Low dan Datuk (Tawfiq) Ayman - suami Dr Zeti, gabenor Bank Negara ”.

Siasatan CAD juga mendapati bahawa, antara bulan Jun 2011 hingga September 2013, sejumlah AS $ 153 juta telah dipindahkan ke akaun bank ADKMIC di RBS Coutts Singapore dari akaun bank Good Star Ltd di RBS Coutts, Switzerland.

Bila nak siasatan Zety nak habis..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails