KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU355, beritahu Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil nanti.
Sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.
“Ia bagi melihat pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,” katanya dilapor Utusan Online.
Penyataan tersebut merupakan jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.
Terdahulu, Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) meminta Perdana Menteri menyatakan perancangan strategik bagi memperkasakan mahkamah syariah menerusi pindaan Akta 355 bagi tahun ini.- HARAKAHDAILY 15/9/2021
1 comment:
Bersedia utk menerima bantahan dari dap, pkr dan pan. Mereka tak mahu islam dominasi, sementara avegalist dan liberal makin terpencil. Mendiang kapal sing pernah berteriak langkah mayat aku dulu jika nak jadikan negara ini sebagai negara islam. Sebagai anak kpd pendatang, terlalu tercepat untuk menafikan negara ini sebagai negara islam, dan bercita cita untuk tukar negara ini sebagai negara sekular. Sedangkan org melayu sudah berkurun beragama islam.
Post a Comment