"..sampai masa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempunyai pengajian agama dan saya mencadangkan Kuala Krai.."
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, memohon Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan menggunakan RM2 bilion untuk membayar konsultan luar bagi menyiapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Katanya, dakwaan Anwar (PKR-Port Dickson) telah menyinggung perasaan dan merendahkan pegawai kakitangan awam, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) yang bertungkus lumus menyiapkan RMK12.
“Saya mohon agar Ketua Pembangkang menarik balik tuduhan ini. Ini (RMK12) adalah hasil libat urus dan kebijaksanaan pegawai kita yang diterajui oleh Jeli (Dato’ Sri Mustapa Mohamed) selaku menteri bertanggungjawab dalam bidang ekonomi.
“Mereka memberikan jiwa raga untuk membina kembali negara kita dalam keadaan yang mencabar akibat pandemik Covid-19 dan berjaya menyiapkan rancangan yang akan menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat, hari ini.
Abdul Latiff juga memohon penjelasan daripada Mustapa berhubung perkara tersebut supaya dakwaan Anwar dapat dihentikan.
Sementara itu, Abdul Latiff ketika perbahasan, mencadangkan kerajaan membangunkan cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kuala Krai.
Katanya, Kelantan sebagai sebuah negeri yang digelar Serambi Mekah perlu mempunyai sebuah pusat pengajian Islam bertaraf universiti.
“Sudah sampai masa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempunyai pengajian agama dan saya mencadangkan Kuala Krai dipilih untuk tujuan itu,” katanya.
Malah, beliau berkata terdapat sebidang tanah di Kuala Krai yang sesuai untuk pembinaan pusat pengajian tinggi. – HARAKAHDAILY 30/9/2021
4 comments:
Anwar tembak dgn senapang angin untuk jadi isu ,suka temberang,pembaca boleh senaraikan sendiri temberang Anwar, Anwar Ibrahim sudah benggerap idea selepas jadi banduan
Anwar tembak dgn senapang angin untuk jadi isu ,suka temberang,pembaca boleh senaraikan sendiri temberang Anwar, Anwar Ibrahim sudah benggerap idea selepas jadi banduan
hahahahhaaaaaa. mai mana blh caya yb standard mcm ni. adib bomba bangun cekik baru tau. dulu pong pang pong pang. loni kena tindas kt mca.
Anuar suka tembak terowong. Bagi 10 jam pun dia boleh temberang. Mostly lagha dan zero roh. Macam isu balak kat gunung jerai. Tuduhan demi tuduhan, fitnah demi fitnah. Itulah identiti anuar. Org sastera pandai bersastera. Fantasi dan neverland. Don't forget harga rumahnya 12 juta.
Masa zaman ph, banyak bukti tidak diketengahkan oleh ph. Bahkan yg dituduh pun bebas tanpa perbicaraan. Bukti2 rawatan adib tidak dikumpulkan oleh ph ketika kes itu baru berlaku. Itulah cara pkr dan pan membalas budi dap. Buat macam mana pun pkr dan pan akan bebaskan cina dan india, tapi melayu tidak dibela. Kes jadi sukar bila kerajaan baru ambil alih kerajaan penipu ph.
Post a Comment