Sunday, September 05, 2021

Arab Saudi pintas peluru berpandu, dron dari Yaman. Dron di M'sia?

 

RIYADH: Arab Saudi semalam memintas dua peluru berpandu balistik dilancarkan dari negara jiran, Yaman yang menyasarkan wilayah Timur dan Najaran di selatan.

"Dua serangan peluru berpandu balistik dipintas bersama dengan tiga dron," menurut pihak berkuasa Arab Saudi yang mengetuai pakatan memerangi pemberontak Huthi di Yaman kepada AFP.

Saluran TV negara, Al-Ekhbariya yang melaporkan kejadian itu, memetik kenyataan pakatan bahawa mereka akan mengambil langkah ketat untuk melindungi orang awam.

Tiada laporan kemalangan jiwa berlaku tetapi serangan itu terjadi empat hari selepas sebuah dron menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di selatan yang mencederakan lapan individu dan merosakkan sebuah pesawat awam.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum utusan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman, Hans Grundberg, secara rasmi menjalankan tugasnya hari ini.

Arab Saudi bertindak campur tangan dalam perang Yaman bagi pihak kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 2015, tidak lama selepas Huthis menawan Sanaa.

Pemberontak yang didakwa sekutu Iran berulang kali menyasarkan negara itu dalam serangan rentas sempadan.

Pada Ogos lalu, pemberontak meningkatkan operasi dengan menggunakan dron dan peluru berpandu.

Konflik di Yaman meragut puluhan ribu nyawa dan disifatkan PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Sementara PBB mendesak untuk mengakhiri perang, Huthis menuntut pembukaan semula lapangan terbang Sanaa, yang ditutup di bawah sekatan Arab Saudi sejak 2016, sebelum gencatan senjata atau rundingan dijalankan. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa menariknya?Dron adalah suatu perkara penting untuk kegunaan pihak kerajaan, syarikat atau membuka peluang bisnes, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. 

Dron boleh membantu negara dari sudut bisnes, kewangan, pertanian, perikanan, persenjataan dan membina kekuatan pertahanan negara, termasuk jabatan polis dan tentera. Lihat perkembangan drastiknya seperti yang berlaku di negara Turki dan lain-lain.  

Menariknya Perkembangan Dron Dunia. Penulis Sains China Memuji Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar

Penulis sains popular China Song Yi Chang menggambarkan Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, sebagai "Genius dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata." 

Dalam program yang disiarkan dengan tajuk "War Technologies" di China Central Television (CCTV), Song Yi Chang menyamakan Bayraktar dengan Steve Jobs, pengasas syarikat Apple.

"Seorang genius muncul di bidang ini di Turki mengenai persenjataan. Dia adalah Selçuk Bayraktar. Bapa dron di Turki. Kedudukan Bayraktar dalam perang dron adalah seperti kedudukan Steve Jobs dalam teknologi telefon pintar." Katanya.

Penulis China juga memberikan maklumat mengenai latar belakang Bayraktar dalam program ini, dan mengingatkan bahawa dia mengkhususkan diri dalam perisian dan elektronik Dron Bersenjata semasa pendidikannya di AS, dan kemudian kembali ke negaranya.

UAV Buatan Turki Bayraktar SİHA Digunakan Dalam Latihan Tentera Azerbaijan

Dalam latihan tentera Azerbaijan, Bayraktar SİHA (Kenderaan Udara Tanpa Senjata Bersenjata) buatan Turki, juga digunakan.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Bayraktar SİHA yang dikeluarkan dari hangar dan ketika lepas landas ditampilkan.

SİHA melakukan tugas mengesan sasaran musuh yang disimulasikan dan memindahkannya ke pusat pemeriksaan.

Latihan dimulakan oleh tentera Azerbaijan dengan penyertaan 15 ribu tentera akan berterusan sehingga 20 Mei lalu.

Nur Syahira Azlyn dan Norfara Aiza untuk menjadi peneraju bidang pengemudian dron pertanian wanita di negara ini.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails