Thursday, September 16, 2021

AS$12 juta Aghan rampas balik. M'sia pun sepatutnya begitu.

 

Rakyat Afghanistan bergelut kerana cawangan cawangan membataskan pengeluaran kepada AS$200 (RM831.60) seminggu, selain pemilik akaun perlu beratur beberapa jam. - Foto AFP

AS$12 juta dirampas dari bekas pegawai kerajaan Afghanistan

KABUL: Bank pusat Afghanistan semalam berkata, Taliban merampas wang tunai bernilai lebih AS$12 juta (RM49.9 juta) dan emas dari rumah bekas pegawai kerajaan susulan ancaman masalah kewangan dihadapi pentadbiran Islam itu selepas sebulan setengah mengambil alih kuasa.

Sebahagian besar kakitangan kerajaan masih belum kembali bekerja dengan kebanyakan kes, gaji belum dibayar selama beberapa bulan, menyebabkan jutaan orang sukar untuk memenuhi keperluan.

Malah, individu yang mempunyai wang di bank sedang bergelut kerana cawangan membataskan pengeluaran kepada AS$200 (RM831.60) seminggu, selain pemilik akaun perlu beratur beberapa jam.

Walaupun kiriman wang dari luar negara kembali beroperasi, pelanggan yang menunggu dana di rangkaian antarabangsa seperti Western Union dan MoneyGram semalam mengadu cawangan dikunjungi mereka kehabisan wang.

Bank meminta semua transaksi di negara yang bergantung kepada bantuan itu dilakukan dalam mata wang tempatan.

"Semua warga Afghanistan dalam organisasi kerajaan dan bukan kerajaan diminta menggunakan mata wang Afghanistan dalam kontrak dan transaksi ekonomi mereka," kata bank pusat itu, semalam.

Bank itu dalam kenyataan berasingan berkata, pejuang Taliban menyerahkan wang tunai dan emas bernilai AS$12.3 juta (RM51.14 juta) yang dirampas dari kediaman bekas pegawai kerajaan dengan sebahagian besar daripadanya ditemui di rumah bekas Naib Presiden, Amrullah Saleh.

"Wang ini diperoleh daripada pegawai berpangkat tinggi... dan beberapa agensi keselamatan negara yang menyimpan wang tunai dan emas di rumah mereka.

"Bagaimanapun, masih belum diketahui tujuan wang berkenaan disimpan," katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimBank pusat Afghanistan semalam berkata, Taliban merampas wang tunai bernilai lebih AS$12 juta (RM49.9 juta) dan emas dari rumah bekas pegawai kerajaannya. 

Sepatutnya Malaysia pun kena buat begitu, percepatkan proses ambil balik wang rakyat yang hilang melalui salah guna kuasa dan rasuah pemimpin-pemimpinnya sebelum ini. Samada kes yang sedang dibongkar seperti terowong bawah laut, atau yang dikatakan wajar dibongkar seperti 'forex' dan lain-lain.

Menjadi amanah pemimpin-pemimpin baru melaksanakan tugas menggantikan harta rakyat yang telah dihilangkan.

2 comments:

Anonymous said...

Betul sangat tuan ibnu. Pemimpin yg ada sekarang kena kerja keras ambil semula wang rasuah. Yg terima rasuah kenakan tindakan yg keras. Yg beri rasuah pun diambil tindakan juga. Baru malaysia boleh bersih dari rasuah bila penerima dan pemberi wang kotor ini disumbat ke penjara. Jangan kerajaan skrg labun lagha jer.

Anonymous said...

Penerima rasuah dan pemberi rasuah, jika dapat disabitkan dgn kesalahan yg jumlahnya banyak rm, elok dihukum tembak mati jer. Jika penjara, masih ada peluang utk berbelanja bila sudah keluar penjara. Jika hukum mati, dah tentu duit rasuah pun berkubur sama. Takde peluang utk bermewah dgn duit rasuah. Penerima dan pemberi rasuah adalah pasangan yg jadi makhluq perosak dlm ekonomi dan keselamatan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails