Jawatan bertaraf menteri bukan satu sogokanOleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
KANGAR: Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan lantikan jawatan bertaraf menteri sebagi satu sogokan dianggap tidak tepat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Senator Nuridah Salleh berkata, pada era pemerintahan Dr Mahathir pun beliau sendiri pernah menawarkan individu dengan jawatan bertaraf menteri.
Katanya jawatan yang ditawar itu kepada individu yang layak dan berpengalaman.
“Bekas perdana menteri terbabit tidak wajar membuat tanggapan secara umum kerana setiap jawatan yang diwujudkan kerajaan ada peranannya yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Baru-baru ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang dilapor berkata, langkah kerajaan melantik ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf menteri dianggap pembaziran.
Menurutnya, peruntukan dibayar kepada mereka sepatutnya disalurkan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini melantik jawatan bertaraf menteri antaranya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.
Selain itu, Dato’ Seri Tiong King Sing (Duta Khas ke China) dan Dato’ Seri Richard Riot (Duta Khas ke Asia Timur).
Manakala bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri sesuai. Beliau juga tidak mengambil sebarang imbuhan dan berkhidmat sebagai sukarela.
Nuridah juga berkata, setiap pelantikan itu berdasar kepada pengalaman tokoh-tokoh terbabit sebelum ini termasuk Muhyiddin berjaya menerajui strategi pemulihan negara akibat Covid-19 sebelum ini.
Malah katanya, rakyat juga tidak akan menyokong langkah yang boleh membawa pembaziran wang negara, namun tugas tokoh-tokoh terbabit bukan mudah bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara luar. – HARAKAHDAILY 21/9/2021
Atuk berada dlm dunia yg tersendiri. Dia ikut rasa hati dia, rasa hati orang lain, pada dia dah terpinggir. Penyakit spt ini ada satu dalam sejuta. Makin dia memikirkan hal politik, hal jawatan, hal harta benda, makin merosot kewarasannya. Bukan senang dia nak perbetulkan kerosakan yg pernah dilakukannya. Org melayu terbelakang berbanding pendatang.
ReplyDeleteBiasa lah Tun tuhh.... klu hajat tak sampai suma rasuah..!!
ReplyDeleteDolu dolu punya tahun masa jadi PM ke 7 kalu kita minta sesuatu umpamanya kalau kita beli kapal terbang, kita minta ‘offset’.
Sama ada kita anggap ‘offset’ itu sebagai rasuah atau tidak, terpulang kepada anda. Link kat bawah nih haah sial..!!
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653133/dr-mahathir-kata-tak-salah-minta-timbal-balas
“Bagi saya kalau kita boleh dapat sesuatu kerana kita membeli sesuatu dengan harga tinggi, kenapa kita tak boleh terima?
Walau dah tua nak mati kata kata dan lidah bercabang Tun masih berbisa..!!
Pergh....bila ahli syurga berbicara...
ReplyDeleteSindiran setaraf dap. Islam itu taliban. Sedangkan makna taliban pun tak mengerti. Yg mangkok pulak asal org islam berbicara, ahli syurga berbicara.
DeleteBerjaya tarbiah dap terhadap pengikut liberal pkr.
Mereka semakin berani!
ReplyDeleteMudah utk patah hujjah. Bicara ahli syurga.
ReplyDeleteSemoga jadi kenyataan. Yg liberal eloklah tinggalkan bicara eng guan dan bicara bang non.
Mahathir ni bila dia serang musuh,dia selalu guna perkataan perompak,penyamun, rasuah dan macam macam perkataan lagi sebagai pembunuh karektor pada hal dirinya yg laku perkara itu
ReplyDeleteMahathir is karektor assassin... suka lebel orang dng buruk... so kita balas balik
ReplyDelete