Saman fitnah: Peguam PAN mohon maaf kepada Dr Kamarul
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berjaya membersihkan namanya yang tercemar ekoran fitnah Naib Ketua Pemuda PAN Negeri Perak, Mohd Fitri Asmuni.
Mohd Fitri yang juga seorang peguam dan anak kepada peguam Datuk Asmuni Awi, merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAN Nasional, Ahli Jawatankuasa Kanun Nasional PAN dan Ahli Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan Tatacara PAN.
Dalam penghakiman persetujuan yang dicapai di depan Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, semalam, Mohd Fitri selaku defendan telah bersetuju membuat kenyataan permohonan maaf terhadap plaintif, Dr Kamarul.
Dr Kamarul yang diwakili Peguam, Mohd Harris Mohan Abdullah, telah mengemukakan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas fitnah dari dua artikel ditulis dan disiarkan oleh Mohd Fitri di dalam Facebook beliau.
Dua artikel yang dipertikaikan tersebut adalah bertajuk ‘Dr Kamarul Yusoff, Cybertrooper Bertaraf Doktor’ dan ‘Dr Kamarul Zaman Yusoff Kaki Putar Belit, Astora Jabat Masa Kini’ masing-masing bertarikh 23 dan 25 Mei 2017 yang memfitnah Dr Kamarul.
Di dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini, Mohd Fitri yang diwakili Peguam, Noorazmir Zakaria, mengakui telah membuat kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa penulisan Dr Kamarul adalah penulisan yang tidak mempunyai nilai ilmiah.
Dr Kamarul juga ditulisnya tidak mengikut etika penulisan ilmiah dalam membahaskan subjek yang diketengahkan, malah Dr Kamarul disifatkan Mohd Fitri hanyalah penulis Facebook yang menyamar sebagai pengkritik, cybertrooper bertaraf doktor.
Penulisan Dr Kamarul tulis Mohd Fitri lagi, adalah sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun beliau bergelar doktor dan Dr Kamarul cuba membohongi dan mengelirukan pembaca dengan penulisan beliau.
Malah, Mohd Fitri menyifatkan Dr Kamarul dalam tulisannya adalah penakut yang hanya mampu berselindung di sebalik penulisan beliau seperti di media sosial Facebook.
“Saya dengan rendah diri dan suci hati tanpa sebarang paksaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Dr Kamarul di atas penerbitan kedua-dua buah artikel tersebut yang telah mengguris hati beliau.
“Saya juga menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya di masa hadapan.
“Kenyataan ini dibuat atas semangat persahabatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak ingin memanjangkan lagi kes ini di Mahkamah,” ujarnya Mohd Fitri di dalam kenyataan permohonan maaf beliau itu.
Ketika dihubungi, Dr Kamarul mengesahkan perkara ini dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral yang akan menjadikan beliau lebih bersemangat di dalam menghadapi kes-kes saman fitnah lain beliau kemukakan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada peguam yang membuat cadangan penyelesaian ini dan kepada Mohd Fitri yang bersetuju untuk membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut.
“Kes saman terhadap Mohd Fitri ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes saman saya terhadap sekumpulan pemimpin DAP dan PAN serta dua buah portal media, iaitu MalaysiaKini dan MalaysiaDateline.
“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap 8 Ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim.
“Kenyataan-kenyataan mereka, serta dua Ahli Parlimen PAN yang turut saya saman, iaitu Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin, lebih besar impaknya kerana mereka merupakan nama-nama besar dalam politik Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Kamarul juga berkata, kes ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada ahli-ahli politik, khususnya mereka yang dari golongan pemuda, supaya tidak bersuara mengikut rasa dan lebih berhemah di dalam berhujah.
“Golongan pemuda ini biasanya berdarah panas, tetapi masa sama mereka perlu memastikan hujah mereka rasional dan dipandu oleh fakta, dan tidak menggelar orang lain sesuka hati, bila sedar buat silap terus akui kesilapan dan mohon maaf,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/9/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dr Kamarul: 2 dah minta maaf. Tunggu saman kepada 8 Ahli Parlimen DAP pula..
“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap 8 Ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim." Kata Dr Kamarul Kamarul.
2 comments:
Vanu Gopala Venon Duta Singapura kunjungi Najib... Simbolik permohonan maaf Singapura pada bossku..! Bossku tiada apa jawatan dalam kerajaan tapi duta Singapura bertujuan utama adalah untuk eratkan hubungan ekonomi kedua negara Singapura Malaysia.!?
Kenapa Duta Singapura tidak kunjungi Tun atau PM ke 9. Salah satu sumbolik permohonan fitnah jijik 1MDB media Singapura semasa Tun Mahathir semasaPH@DAP berkuasa dulu.
Bossku tak perlu layan Singapura dalam hubungan ekonomi Singapura. Pepatah ada menyarakan When we Friend With Singapore We Dont Need Enemy.. bila dah berkawan dng Singapura bermakna kita tak perlu musuh lagi sebab Singapura bertindak sebagai musuh bila Malaysia berkawan dengan negara itu..!!
Rapat kan hubungan dengan jiran serumpun yang jauh lagi menguntungkan iaitu Indonesia yang ada sumber daya alamntang cukup banyak dan menguntungkan.
https://youtu.be/VY0q3nYXXwg
Petronas sudah masuki industri Migas Indonesia. Sumur minyak migas di Sampang Madura menjumpai simpanan billion kubik minyak.
https://youtu.be/D8utU3fWEBM
CSR Petronas membuka mata rakyat Indonesia betapa mereja menghargai setiap sumbangan pada rakyat tempatan di Sampang Banyuentas Acheh dll. Berbanding Chevron Mobil BP yang sudah lama bertapak di Indonesia.
https://youtu.be/YvVzeJDRCec
Tinggal kan Singapura yang banyak jadi duri dalam daging pada negara ini. Singapura tidak membantu kaum Melayu di sana. Tidak ada sorang pun kaum Melayu bertaraf billionaire di Singapura. Bodoh sangatkah orang Melayu di Singapura..!?
Apalah sangat Singapura sebesar Pulau Lombok atau Langkawi itu jika Malaysia dan Indonesia mengerat dan perkuatkan hubungan ekonomi kedua negara. Nah link bawah ini Indonesia bertindak contohi Malaysia
https://youtu.be/T-McLuK0nE0
Masa untuk mengajar Singapura celaka ini. Tanpa Indonesia dan Malaysia Singapura hanya tinggal nama sahaja. Lupakan Singapura elok hubungan diplomatik antara Singapura Malaysia dikaji balik atau direndahkan taraf hubungan itu.
https://youtu.be/AU38uujrYhE
Padan muka barua dap
Post a Comment