Tuesday, September 07, 2021

Erdogan terbit buku bagaimana wujudkan ‘Dunia Yang Adil’

 

“Sehinggalah satu sistem dibangunkan bahawa yang betul itu kuat dan bukannya yang kuat itu betul.."

ANKARA: Sebuah buku yang mengkritik orde dunia sedia ada, tulisan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, sudah berada di pasaran mulai Isnin.

Buku berjudul A Fairer World is Possible mengandungi apa yang disifatkan Erdogan sebagai ketidakadilan, diskriminasi dan perbezaan, yang diwujudkan oleh lima negara kuasa besar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik.

Antara petikan yang terkandung dalam buku itu, “Sehinggalah satu sistem dibangunkan bahawa yang betul itu kuat dan bukannya yang kuat itu betul, kita akan terus tunjukan “Dunia adalah lebih besar daripada lima.” 

Erdogan berpendapat bahawa institusi yang dibentuk oleh “keperluan masa lalu” tidak dapat menyelesaikan masalah moden sebaliknya mencetuskan masalah baharu.

“Untuk dunia yang lebih adil, perlu ada peraturan global yang memberikan harapan dan keyakinan,” katanya.

Buku itu akan diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Arab, Jerman, Perancis, Rusia dan Sepanyol, kata pengarah komunikasi presiden.

Semua hasil penjualannya akan disumbangkan kepada agensi pengurusan kecemasan AFAD. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails