MoU ini membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
Kerajaan, pembangkang lakar sejarah meterai kerjasama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama 'dwi-partisan' yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
"Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif," katanya.
Ismail Sabri berkata, titah hasrat Seri Paduka ialah semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.
"Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini.
"Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau turut merakam setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Parlimen yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
MoU yang terhasil dari beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang sejak akhir bulan ditandatangani secara bersama oleh Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menandatangani MoU itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti.Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Ismail Sabri yang mengumumkan perkara itu berkata, tawaran ini bertujuan mewujudkan lanskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.
Katanya, transformasi itu memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia.
Tujuh tawaran itu ialah:
* Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
* Pelaksanaan Undi 18 dalam tempoh terdekat. Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan
* Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun
* Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen membabitkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang
* Setiap Rang Undang-Undang, termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama
* Ahli parti pembangkang akan terbabit dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.
* Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri Selain tujuh tawaran itu, kerajaan juga komited untuk memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa. (BH)
4 comments:
Hahaa..Sejak Bila Pulak Pejuang Sekepala Dgn PH. Memang Sepatutnya Pejuang dan Warisan Tidak Bersama PH, Kerana Sudah Jelas Mereka Adalah Duri Dalam Daging Di barisan Pembangkang.
Mukhriz dicadang ganti Anwar sebagai ketua pembangkang. Kalau Tak Ada Saya, Anwar Bukan Siapa Pun" - Tun Mahathir
Link bawah ni haah...!!
https://youtu.be/FCsiQlq8Lok
Selama Ini Mereka Tidak Pernah Mengiktiraf Dan Menghormati DSAI Sebagai Ketua Pembangkang Di Parlimen.
Barua Tun iaitu Khairuddin Pun Bercakap Mungkin Mewakili Suara Hati Mahathir Yg Kecewa Tidak Dilantik Sebagai Pengerusi MPN..������. Anwar, PH didakwa ketepikan pembangkang lain runding dengan k'jaan.
Kena akui yang Tun meme kebal dan cukup hebat dan handal dengan undang undang dan tindakan mahkamah. Tapi ada banyak jalan untuk mengenakan Tun , kroni dan legasi nya bersama Parti Pejuang cap ayam ini..!! Dah banyak kali Tun memgenakan musuh musuh politik dengan fitnah jijik lidah bercabangnya.
Tapi ini lah salah satu kasi ajar Parti Pejuang cap ayam ini. Masa Tun nak geli geli dengan otai otai dan musuh musuh nya dah tamat. Masa nak sembang kencang sampai babi pun bole terbang dah habis.
Link Tun kata 'strong, formidable dan convincing pergi balik lah..!!
https://youtu.be/zywGoX6EER0
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan kesal Pakatan Harapan (PH) mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan (CSA) dengan kerajaan.
"Ketika hendak menamakan calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini; pemimpin PH datang berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.
"Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ ke arah memartabatkan ketua pembangkang masa kini sebagai perdana menteri kesembilan.
"Kini, apabila hendak berunding dengan pihak kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan oleh perdana menteri; Anwar bersama pemimpin-pemimpin PH ketepikan Pejuang, Warisan.
Cukup cukup lah Tun Mahathir setakat nak geli geli kasi basah basah sambil sembang kencang sampai babi pun bole terbang dah tamat. Pada otai otai sekelian masa kasi main balik sampai rentung Parti Pejuang cap ayam ini.
Atok paling banyak tubuh parti dan paling banyak pegang presiden parti. Atok pernah jadi presiden umno dan melingkupkan org melayu dgn politik wang dan politik ugut. Atok tubuh parti baru, jadi pm untuk bergaduh dgn anwar. Skrg atok tubuh parti cap ayam utk letak anakandanya jadi pm. Semuanya berkaitan dgn kepentingan diri atok. Tidak satu pun org melayu marhain dpt menafaat dari politik atok. Atok lah seorg legenda yg paling dibenci oleh org melayu, yg sangat berkredibiliti menipu, mengkambing hitamkan, bekas pm paling kaya, gila kuasa sampai 30 tahun jadi pm dan masih mahu kerusi pm. Seorg yg tamak dan sangat suka kpd harta dan jawatan.
Atok bina highway bina putrajaya Majukan negara.
Semua pemimpin amano adalah anak didik dia
Yg kutuk lebih2 lah paling banyak ambil manafaat.
Tujuh tawaran yang menjadi inspirasi PH, paling penting RUU Anti Lompat Parti moga tiada lagi binatang katak Politik yang bernafsu mengeluarkan lidah bagi membuncitkan perut.. menyampah sungguh dengan pelompat2 Tak Kira dari parti mana
Post a Comment