Monday, September 13, 2021

Maka berkatalah Roketkini.Com "Kerajaan-PH tanda tangan MoU... "

 

Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan PH.

Dalam satu kenyataan bersama, wakil-wakil kerajaan dan PH memberitahu, semua pihak telah bersetuju bahawa MoU itu adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara. 

Menurutnya, ini demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara ‘dwi-partisan’. 

“Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawapan. 

Sesuai dengan semangat itu dan komitmen untuk menterjemahkannya, tambahnya, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani persefahaman ini pada hari esok, pukul 5 petang bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. 

Ujarnya, majlis tanda tangan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua parti PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik), Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu). – Roketkini.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Landskap politik baharu, Kerajaan-PH: Muktamadkan MoU.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'.

Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

Menerusi kenyataan bersama wakil kerajaan dan PH yang dikeluarkan malam ini, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik itu akan ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH di Dewan Bankuet, Parlimen pada jam 5 petang, esok.

Ketua parti PH adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

"Selepas mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil kerajaan dan PH hari ini memuktamadkan sebuah memorandum antara kerajaan Persekutuan dan PH," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan itu, wakil kerajaan yang menyertai rundingan berkenaan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Wakil PH pula adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Wakil Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang terbabit dalam rundingan untuk memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk kerjasama dwipartisan.

Tunggu berita selanjutnya..

2 comments:

Anonymous said...

Masalah nya bila masih ada yg nak berpolitik, tidak berkerja menyelamatkan negara. Keutamaannya politik bukan nyawa dan kesihatan.

Anonymous said...

Najib dakwa jadi ‘mangsa dendam fitnah jijik politik’ susulan notis muflis dari LHDN

Najib mencurahkan kepedihan hatinya di Facebook berkait ketidakadilan yang dipikul dalam kes notis bangkrap yang dihadapinya.

Najib Razak hari ini menjelaskan notis muflis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diserahkan kepadanya semalam bagai “menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah”, dan beliau menjadi “mangsa dendam fitnah jijik politik”.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara tersebut dengan nada sedih dalam sebuah hantaran Facebook yang biasanya dipenuhi hantaran-hantaran sarkastik terhadap musuh politiknya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bagaimana ia terjadi? Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails