Tuesday, September 21, 2021

Mangsa eksploitasi seks &wanita dari Vietnam..

 

Enam wanita warga Vietnam yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks diselamatkan dalam dua serbuan di sekitar Johor Bahru, kelmarin - Foto ihsan PDRM

6 wanita mangsa eksploitasi seks diselamatkan

JOHOR BAHRU: Polis menyelamatkan enam wanita warga asing dipercayai mangsa eksploitasi seks selepas menahan dua lelaki dalam dua serbuan di sekitar negeri ini.

Dalam operasi jam 10.30 malam kelmarin, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D13 Bukit Aman bersama Bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan dua suspek lelaki warga tempatan berusia 53 dan 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata enam wanita warga asing yang diselamatkan berusia antara 25 hingga 29 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis merampas pelbagai peralatan iaitu dua kad akses rumah, tiga unit telefon bimbit, empat kondom, kereta, resit hotel dan wang tunai berjumlah RM998.

"Saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek yang ditahan itu negatif dadah dan mereka kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Semua mangsa warga Vietnam sudah dipohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari dan dihantar ke rumah perlindungan sementara, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebut mengenai  wanita mangsa eksploitasi seks dari Vietnam, mengingatkan saya kepada pengalaman saya beberapa tahun yang lalu semasa saya berada di Kemboja dan Vietnam.

Saya dan beberapa pemuda dari negara Asean dijemput oleh kerajaan Kemboja menghadiri majlis beli/sewa tanah di Kemboja untuk buat projek pembangunan, di sana. Dalam perjumpaan itu kami dijamu arak dan beberapa perempuan yang dikhaskan untuk kami. 

Tetapi kami tolak dengan jawapan "Maaf, kami orang Islam." Bahkan ada perempuan yang mengikut hingga ke bilik hotel kami, merayu untuk melayan kami sebaiknya, tiada apa-apa bayaran.

Saya masih tinggal beberapa hari lagi di hotel itu. Pada suatu malam kira-kira lepas jam 12, pintu bilik saya diketuk orang. Terjegat seorang perempuan di muka pintu. Ingin masuk dan melayan saya. 

"Sengaja aku datang tengah malam, kerana sekarang bukan lagi waktu kerja. Aku ingin melayan tuan sepenuhnya kerana ada perkara penting kami nak minta tolong." Katanya.

"Kami.. kami siapa?" Saya bertanya. Setelah diberitahu, saya mengajak berjumpa kawan-kawannya itu.

Kami berjumpa disebuah bilik di hotel itu. Rupanya mereka, beberapa orang wanita muda Vietnam berpakat meminta pertolongan saya untuk membawa mereka ke Malayisa, ingin kerja 'cari makan' dengan apa cara sekali pun. 

Berderau rasa darahku menyirap, terkejut. Nak jadi barua pelacur ke aku ni? 

Seorang dari mereka pandai cakap Melayu. Dia mungkin dari Melayu Kemboja, yang lain semuanya dari Vietnam. "Begini bang." Katanya berbahasa Melayu Kemboja. 

"Mereka pelacur muda dari Vietnam ini percaya kepada abang, kerana abang orang Islam. Orang di sini menganggap orang Islam itu baik-baik. Mereka minta aku sampaikan pada abang, 'tolong hantar mereka ke hotel di Malaysia saja', mereka akan runding dan cari makan sendiri. Itu aja. Tetapi jangan jual mereka. Minta ampun, tolong!" Jelasnya dan merayu bersungguh-sungguh.

"Kamu orang Islam ke? Tak ada tanda-tanda Islam pun." Kataku.

Dia terus tadah tangan baca Al-fatihah dan doa iftitah. "Ini bukti tanda aku Islam dan aku juga solat!" Jelasnya.

Al-hamdulillah! Bisik hatiku. Tetapi sepatutnya, bila mengaku Islam seperti dalam janji doa iftitah, kena ikut seluruh cara hidup Islam. Diri pribadi, keluarga, masyarakat dan negara mesti sekurang-kurangnya menuju kepada Islam, politik atau negara Islam. 

Ada ulamak menggatakan, tidak sempurna iman seseorang itu, selagi negaranya tidak menjadi negara Islam yang sebenarnya.

Mereka yang mengaku Islam, tetapi duduk dalam parti politik yang anti Islam atau bukan Islam, adakah sama tarafnya dengan pelacur-pelacur dari Vietnam kalau sekiranya mereka mengaku Islam??

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

No comments:

Post a Comment