Thursday, September 02, 2021

Merdekakan S'gor dari PH, ini sebabnya...

 

Kerajaan PH Selangor undang bencana alam sekitar

HARI Kemerdekaan Negara ke-64 diraikan di Selangor dengan sekali lagi terputusnya bekalan air melibatkan 463 kawasan akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam air mentah di Jenderam Hilir. Entah bilalah pula bekalan air kali ini akan kembali pulih?

Namun itu bukanlah kemuncak nestapa di negeri ini. Selain air terputus yang menjejaskan kehidupan rakyat yang sudah sedia tertekan dengan pandemik COVID-19, ada satu lagi bencana besar yang bakal menimpa negeri ini akibat kerakusan Kerajaan Negeri PH.

Kerajaan Negeri PH telah meluluskan dalam mesyuarat MMKN bertarikh 5 Mei 2021 penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara seluas 536.7 hektar untuk dibangunkan sebagai ‘mixed commercial development’ oleh sebuah syarikat iaitu Gabungan Indah Sdn Bhd.

Pupuslah hutan paya gambut atau ‘peat swamp forest’ Selangor yang keluasannya sebesar 70 Stadium Bukit Jalil yang akan memusnahkan biodiversiti hutan berkenaan dengan simpanan flaura dan fauna yang endemik. Selain juga memusnahkan tanah adat turun-temurun suku Orang Asal Temuan.

Malaysia menguasai 11 peratus dari Hutan Paya Gambut dunia dan dengan kelulusan ini Kerajaan PH menyumbang ke arah pupusnya keluasan Hutan Paya Gambut Dunia. PH dan Kerajaan Negeri perlu membatalkan hasrat ini dan mengekalkan status hutan simpan ini demi masa depan generasi akan datang.

Siapakah di belakang Gabungan Indah Sdn Bhd sehingga mereka diberikan keistimewaan menggondol dan memperkosa tanah hutan negeri berusia ribuan tahun semata-mata kerana mahu meraih keuntungan?

PH tidak boleh dilepaskan dengan kerakusan yang cukup tidak bertanggungjawab ini. Menteri Besar dan EXCOnya perlu jawab kepada rakyat atau diturunkan sebelum merela dihukum dalam PRU ke-15 nanti. Bebaskan Selangor dari PH!

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/9/2021

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails