Thursday, September 02, 2021

PM Singapura, taktik saman tutup mulut penentangnya?

 

Ketua editor The Online Citizen Asia, Terry Xu, diarah membayar pampasan AS$156,000 (RM647,000) selepas kalah kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Foto EPA

PM Singapura terima pampasan lebih RM1 juta

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, menerima pampasan AS$275,000 (RM1.14 juta) hari ini selepas menang dalam kes fitnah terhadap seorang editor dan penulis portal berita.

Pengkritik menyifatkan saman itu adalah antara beberapa taktik dilaksanakan pemimpin negara itu bagi menutup mulut penentangnya.

Ketua editor The Online Citizen Asia, Terry Xu, dan seorang penulis portal itu didakwa memfitnah Hsien Loong dalam dua saman berbeza.

Penulis berkenaan, Rubaashini Shunmuganathan, menulis satu artikel pada 2019 mengenai perbalahan dalam keluarga Perdana Menteri Singapura itu.

Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Xu membayar pampasan AS$156,000 (RM647,000), manakala bagi saman kedua terhadap penulis, hakim menetapkan pampasan AS$119,000 (RM494,000), menjadikan nilai keseluruhan AS$275,000 (RM1.14 juta).

"Secara keseluruhan, saya mendapati Xu bertindak cuai, tidak mempedulikan kebenaran dan dengan niat jahat terhadap (Hsien Loong), yang memburukkan kesan padanya," kata Hakim Audrey Lim dalam penghakimannya.

Akhbar Straits Times melaporkan, Hsien Loong akan menyumbang pampasan yang diperoleh itu kepada badan kebajikan.

Perbalahan yang ditulis akhbar itu membabitkan Hsien Loong dan adik-beradiknya berhubung legasi bapa mereka yang juga pemimpin Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Xu melancarkan 'crowd funding' atau kempen pendanaan awam untuk membayar pampasan berkenaan.

"Saya berharap mana-mana rakyat Singapura yang patriotik dan cintakan kebebasan, kebebasan bersuara serta kebebasan akhbar akan memberikan sumbangan," kata peguamnya, Lim Tean.

Mac lalu, blogger Leong Sze Hian, diarah membayar pampasan hampir AS$100,000 (RM415,000) selepas didapati memfitnah Hsien Loong dengan berkongsi satu artikel di Facebook, yang mengaitkan Perdana Menteri Singapura itu dengan satu skandal rasuah. - AFP



Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails