Friday, September 24, 2021

Premis loteri tanpa lesen diserbu. Judi, bagaimana selesaikan?

 

Barangan yang dirampas termasuk wang tunai bernilai RM81,156 dalam serbuan di sebuah premis di Kulim.- Foto NSTP/Ihsan PDRM

Premis loteri awam tanpa lesen diserbu. 

ALOR SETAR: Polis menahan dua individu dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Raya Kulim di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50-an ditahan dalam serbuan itu dan polis turut merampas wang tunai sebanyak RM81,156.

Beliau berkata, serbuan dilakukan jam 7.40 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kulim, berdasarkan maklumat yang diterima.

"Hasil siasatan mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat pengiraan (counting centre) perjudian loteri awam tanpa lesen.

"Kedua-dua suspek yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi meneliti modus operandi sindiket terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Beliau berkata, pihaknya percaya kegiatan itu masih baru dilakukan. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelik. Di Malaysia agak ganjil. Ada premis loteri (judi) awam tanpa lesen yang diserbu, ertinya dilarang, disebut juga 'haram'. Ada premis yang tidak haram, seperti premis 4 nombor ekor. Ada tempat main judi besar (kasino), terang-terang di Genting Highland, bahkan dilindungi kerajaan pula, itu boleh. Cuma tidak ditulis 'Ini premis judi halal', seperti restoran halal. 

Bagaimanapun, yang dikategorikan judi itu tetap menzalimi rakyat. Jadi bagaimana nak selesaikan? Mudah saja, dalam PRU 15 akan datang undilah parti Islam dan parti yang menyokong dilaksanakan sistem perundangan Islam di Malaysia. Bukan parti yang anti Islam. DAP?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails